Followers MamaTisya

Tuesday, January 31, 2017

rezeki CNY


alhamdulillah rezeki CNY....ada  3 BE baru muncul
now ada  9 BE yg tgh running..apa2 pn tq Nuffnang


alhamdulillah


ni pn salah 1 rezeki juga...nantikan review ye

cuti CNY balik kampong

salam uolsss...syok cuti pjg...
ada yg masih bercuti ke ??? aku kj dh tp kalo aku opis kl mcm dlu , 
mmg sambung cuti direct la minggu ni kn hehe
 so ke mana uolsss cuti CNY ?? aku blk kampong gombak je
tgk jln hala tol gombak aritu jammed btul jumaat mlm
bertabah la kwn2 yg blk kampong jauh kn


bila dh blk kampong...apa lg mkn best2 la
nasi kerabu kuning, ayam goreng rempah, ikan celop tepung &  telur masin


smlm plak 1st time aku buat nasi arab guna noxxa
pastu tambah lamb & chicken grill

**pg ni smp opis, jln clear, masih ramai yg sambung cuti
 tkpn masih rmi yg stuck dlm jammed
ujan di pagi hari...zzzzzzzzzzz

Friday, January 27, 2017

rezeki penghujung Januari 2017


alhamdulillah rezeki penghujung januari....ada  6 BE baru muncul
now ada  9 BE yg tgh running..apa2 pn tq Nuffnang



aritu dpt email ni....aku rasa yg ni randam sbb seingat aku tkde plak join giveaway ni
kwn2 ckp perfume mahal Annick Goutal..tgu aku collect nanti ye

*kemenangan ke-2 utk 2017


dpt buku masakan & bekas San Remo



Thursday, January 26, 2017

Seronok cuti panjangggggggggggg CNY


bkn aku yg cuti pjg tp anakdara sorg ni..smlm last day sekolah
aku lastday kj arini...sronok CNY cuti pjg smp isnin kn
anakdara lg seronok sekolah cuti smp rabu sbb die bersambung ngan hari wilayah
so khamis br start sekolah
kalo dlu opis aku kl...mmg aku amik cuti direct la hehe
apakan daya dh pindah opis area sgor...jwbnye kj la selasa nextweek :)

Wednesday, January 25, 2017

wordless wednesday #329


lastweek 20/1/2017 setel urusan sign dokumen kt bank
aku amik 90% loan sbbb yg 10% tu aku nk keluarkan dr kwsp


 kelmarin 23/1/2017 setel urusan di kwsp utk pengeluaran duit thru akaun 2
tunggu duit diorang akan bank in nanti...
nk kena byr balance 10% kt developer sebelum 31/1/2017

alhamdulillah semua dipermudahkan..next tggu lawyer bank plak
nanti aku update lg ye psl RumahSelangorKu

Majlis Pelancaran GT Dollar Malaysia



Kuala Lumpur, 16 Januari 2017 - Y.B. Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan telah melancarkan platform  e-dagang terbesat, GT Dollar Malaysia di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur hari ini pada Persidangan FinTech Ekosistem Malaysia dan Pelancaran GT Dollar.

Majlis itu disaksikan oleh tetamu kehormat pegawai-pegawai kerajaan beserta 3,000 tokoh-tokoh pemimpin industry tekonologi maklumat dan e-dagang yang menyokong pembangunan dinamik FinTech ekosistem, yang memacu inovasi SMART seperti GT Dollar, menjadikan Malaysia satu kuasa yang berpengaruh dalam sektor FinTech.

Kerjasama di antara kerajaan Malaysia dan GT Dollar dapat membantu untuk meringankan kehidupan rakyat melalui pelancaran aplikasi mudah alih GT Dollar yang merupakan "platform mudah alih sehenti e-dagang" yang bertujuan membina sebuah masyarakat yang padu di antara pengguna dan peniaga dari pelbagai industri berinteraksi di dalam pasarannya.


Bagi melengkapkan usahasama ini, GT Robot sebuah inovatif teknologi tinggi di bentuk di bawah GT Group, merupakan pakar kemajuan dalam penyelesaian robot humanoid. Bagi mengiktiraf kemajuan ini, kerajaan Malaysia sedang merancang untuk memperuntukkan pelaburan satu kawasan kilang pembuatan dan pemasangan sendiri GT Robot di sepanjang sempadan Negeri Sembilan-Melaka yang bernilai lebih kurang RM300 juta. Pelaburan ini dianggarkan menjana pertumbuhan pendapatan bagi syarikat sebanyak lebih kurang USD20 Billon (yang bersamaan dengan 10 juta unit Mobile Robot) dan mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan dalam tempoh 5 tahun yang akan datang. Kilang GT Robot ini akan menjadi kilang mesra alam pertama di Asia dalam pembuatan dengan peralatan teknologi tinggi selepas China.


Acara pecah tanah hari ini menandakan pelancaran yang akan tersemat dalam sejarah tanah air. GT Dollar melancarkan applikasi utama mereka yang telah di kemas kini, sebuah perisian mudah alih sosial e-dagang yang pertama di dunia. Konsep baru ini yang ditemui oleh Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif GT iaitu Dr. Paul Zhang Baolu pada tahun 2014, seorang yang mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam industri pengurusan berteknologi tinggi, pembangunan ekonomi dan pelancongan di seluruh dunia. Syarikat GT Group ini bernilai lebih daripada USD4.7 bilion. Persidangan ini bertujuan untuk memacu pembangunan penggunaan internet serantau, di mana pengguna dan perniagaan berhubung dengan lancar tanpa halangan. Ini memberi manfaat sangat besar kepada pengguna apabila harga menjadi lebih murah sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi, hasil cukai negara dan pertumbuhan pekerjaan.

Kemas kini utama perisian, terdapat ciri-ciri utama yang baru dipertingkatkan untuk membantu pengalaman pengguna secara keseluruhan. Melalui penggunaan teknologi SMART yang terdiri daripada teknologi reality tambahan (Augmented Reality) bagi melaksanakan "ciri mendapatkan madu (seek the honey feature)", "ciri-ciri menangkap lebah bagi mendapatkan GT Tunai (catch a bee to earn GT Cash features)" yang boleh digunakan untuk pembelian dalam pasaran interaktif. Serta menjadi peralatan Bee Commerce yang membantu pengguna menguruskan kewangan mereka dengan berkesan dengan menikmati simpanan jangka panjang yang eksklusif, menjadikan Malaysia sebagai trendsetter dalam dunia e-dagang.

Aplikasi ini bertujuan menjadikan teknologi sebagai penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sebuah platform komprehensif untuk pengguna dan peniaga yang menggalakkan transaksi tanpa tunai (cash free) di seluruh dunia. Dengan tiada yuran pendaftaran, langganan atau pengiklanan, peniaga hanya perlu membeli GT Dollar (Mata Wang Maya) dan mengedarkannya kepada pengguna mereka pada bila-bila masa, di mana sahaja. Ini akan bertukar bentuk menjadi e-promosi atau e-pengiklanan dengan caj minimum. Gerbang pembayaran atas talian akan digunakan untuk menerima bayaran dalam talian - E-wallet / Visa (Kredit, Debit, Prepaid) / MasterCard (Kredit, Debit, Prepaid) / CUP Kad (Kredit, Debit, Prepaid) / Akaun Debit langsung untuk melaksanakan caj transaksi.

Fokus utama GT Dollar adalah mewujudkan satu dunia kemudahan berpusat di sekitar akaun kredit maya bagi membolehkan pengguna membuat pembayaran melalui sistem e-wallet, yang membolehkan carian luas untuk produk atau perkhidmatan melalui pasaran.

GT Dollar membolehkan Perusahaan Kecil Sederhana (SMEs) untuk berfungsi di alam maya. Ia menghubungkan mereka dengan pengguna baru dan sedia ada dan mengekalkan penguna dengan program kesetiaan (loyalty program) melalui pengagihan kredit maya (GTD). Komunikasi antara peniaga dan pengguna dipermudahkan melalui lokasi GPS dan platform tempahan mesra pengguna.

Aplikasi ini berfungsi sebagai komposit gaya hidup seharian seseorang, juga panduan bagi melengkapkan dan memudahkan gaya hidup pengguna yang semakin sibuk dengan menyediakan akses ke pangkalan data besar yang mempunyai lebih dari 80,000 peniaga di seluruh dunia, yang sebelum ini tidak berada di internet, tetapi menawarkan pelbagai produk. Selain menikmati perkhidmatan membeli-belah atas talian, peniaga dan pengguna juga boleh menikmati perkhidmatan lain seperti pemindahan dana, pembayaran bil utiliti, tambah nilai kad prabayar, Rangkaian Perbualan Sosial (sehingga 20 orang dalam setiap kumpulan) dan lain-lain lagi.

Mengikut statistik, terdapat lebih daripada 18 juta pengguna digital yang aktif di Malaysia dan sehingga tahun 2015, sebanyak 77.3% daripada isi rumah di Malaysia mempunyai akses kepada perkhidmatan jalur lebar.

Aplikasi ini adalah aktif sepanjang hari, bagi membolehkan pengguna untuk membeli-belah mengikut kelapangan masa mereka dan hanya melalui kemudahan telefon pintar. "Kami nampak peluang untuk mengambil kesempatan daripada ledakan digital dan membangunkan penyelesaian inovatif yang memberi manfaat kepada peniaga dan pengguna," kata Encik Patrick Chew, Ketua Pegawai Eksekutif GT Dollar Malaysia.

YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri di MOSTI menyebut, "pada tahun 2015, terdapat 3.4 bilion pengguna internet di seluruh dunia dengan jangkaan ia akan meningkat kepada 9 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang. Malah, kerajaan mengiktiraf kepentingan teknologi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi. Kami gembira melihat sebuah syarikat tempatan memulakan usaha inovatif yang sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melonjak dalam pembangunan teknologi. Kami memuji GT Dollar kerana menjadi ejen pengubah dalam sektor e-dagang. Dan saya yakin pengguna yang akan mendapat manfaat besar dari hasil penggunaan platform ini dan ciri-cirinya".

GT Dollar berhasrat membentuk perjalanan mudah alih di masa akan datang dan memacu pertumbuhan pelancongan dengan bekerjasama dengan Persatuan Pelancongan yang berpotensi bagi meningkatkan landskap pelancongan di Malaysia. Paul Zhang merupakan Pengerusi China Tian Ma Travel Group, penyedia ketiga terbesar perkhidmatan pelancongan dan rekreasi di China berharap dapat menarik pelancong China ke Malaysia dengan GT Dollar, yang berfungsi sebagai panduan bandar yang utama kepada pelancong.





GT Robot telah merancang untuk memulakan sebuah kilang pembuatan dan pemasangannya di Malaysia yang terletak di sepanjang sempadan Negeri Sembilan-Melaka yang pelaburannya bernilai lebih kurang RM300 juta. Kilang ini dianggarkan akan menjana pendapatan bagi syarikat sebanyak lebih kurang USD20 Bilion (yang bersamaan dengan 10 juta unit Robot Mobile) dan mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan dalam tempoh 5 tahun yang akan datang. Kilang GT Robot ini akan menjadi kilang mesra alam pertama di Asia dalam pembuatan dengan peralatan teknologi tinggi selepas China.

GT Dollar Malaysia berharap dapat mengembangkan perniagaan e-dagang keseluruh dunia dan menjadi gerbang masuk ke Asia. Pada majlis ini, GT Robot, pakar kemajuan dalam penyelesaian robot humanoid merupakan sayap inovatif teknologi tinggi GT Group akan melancarkan dua robot yang dikenali sebagai GT Wonder Boy, sahabat robot sosial SMART dan GT Gobot, perkhidmatan robot pelbagai fungsi yang disasarkan untuk meningkatkan kualiti hidup keseluruhan rakyat, merentasi ke era kepintaran baru.


Aplikasi GT Dollar




Anda boleh muat turun aplikasi GT Dollar di Google Play Store dan IOS dan akan mendapat kredit GT Dollar sebanyak RM300 secara PERCUMA. Melalui aplikasi GT Dollar, anda boleh mendapatkan pengurangan harga dan diskaun bagi pembelian produk dan servis melalui atas talian.

Di bawah GT Group terdapat juga produk GT Mobile dan GT Smart Watch


 GT Mobile – Telefon pintar yang bakal berada di pasaran Malaysia nanti


GT Smart Watch – Berfungsi untuk mengesan seseorang melalui aplikasi GPS dengan menggunakan jam tangan yang dipakaikan terutamanya untuk memantau anak-anak.

Untuk maklumat lanjut mengenai GT Dollar, anda boleh layari www.gtdollar.com 



Tuesday, January 24, 2017

FAME Travel Kit & FAME BB Cushion




fame cosmetics ada keluarkan travel kit..skarang tgh ada promo
beli set travel kit berharga rm 85 ni dpt FREE makeup bag tu


ni ada 5 color dlm travel kit tu 
3 color best seller ( nude, gosip,violet), 
2 color baru ( wild, rusty)



aku & bff julia mmg pencinta lipstiks Fame...
sbb colornya sesuai ngan kami..tu psl repeat beli kn
stakat ni aku dh ada 6 color (party, fuschia, gossip,violet, glam & topaz)
paling aku suka color gossip



skarang fame cosmetics pn ada BB Cushion...ni aku test bli br2 ni..rege rm 55
mascara & eyeliner pn ada..yg ni aku tk bli
kitorang senang, nk order je contact geng kitorang sbb die agent
uols kalo nk order bole tgk IG fame_cosmetics

Wedding @ Ochard Villa, Gombak




sabtu lps ada wedding kt Ochard Villa Gombak
cantik juga tmptnye....seminggu sebelum tu Penyanyi Hazama pn majlisnya kt sini gk
tmpt baru ni...kwn2 yg survey nk cr tmpt utk wedding, bole la tgk2 tmpt ni



pengantin belum smp, anak dara nk posing kt pelamin


menu dr felda dsaji....lauk pauk, kuih muih, dessert, cendol tu best tul


wedding ni parent nye ex bernas...mmg parent aku pn kenal
so aritu p skali ngan parent aku


sempat selfie ngan bff

****************************************************************

gmbr2 kt bwh ni smua dr dslr hubby bff julia












selamat pengantin baru Hanis & Nabeel


bersama ibu bapa pengantin perempuan


dh nk ke parking sempat lg posing kn

Monday, January 23, 2017

Bubble Pucci Shawl


org lain lama dh berPUCCI...suka tgk org pki
corak pn cantik2 tp bila tgk jenis satin tk brp confident nk beli
pastu ada versi bubble pucci shawl
moh ler try beli selai...rm 20 aku bli ni kt dlm jusco yg ada booth jual2 bj & tudung tu


sabtu lps ada 2 wedding siang & mlm
nasibaik bubble pucci ada byk color so bole la matching
tudung sama tp bj je color lain2 hehe
yg pki bj color peach tu wedding belah siang
yg pki bj color biru tu wedding belah mlm :)


ootd jp sementara tunggu pengantin smp...mix & match

Bekalan Sabun TOP untuk setahun...alhamdulillah


lastweek ke Media Prima Sri Pentas TV3, collect hadiah sabun Top
penuh seat belakang ngan 2 kotak stock sabun....
bonet kecik xmuat...wangi semerbak kete :)


ni bkn utk setahun je ni...lebih dr setahun hehe....
mmg smp tepat waktunya sbb kt umh pn stock sabun dh nk abis
sabun dh smp...adiah cash rm500 tgu diorang bank in, katanya next month


ada 6 botol seberat 2.7kg yg liquid tu
yg serbuk ada 4 pack seberat 4kg


ada yg tanya xjual murah2 ke...sorry kwn2 , not for sale:)
rezeki dikongsi dengan family ...bg kt umh gombak and umh inlaws keramat

Friday, January 20, 2017

lunchdate with Angah & Achik @Grand Bluewave Hotel, Shah Alam



last friday, lunchdate ngan adik2 aku
kebetulan voucher ni pn dh nk expired jan 2017...moh ler kita mkn dimsum


along , angah & achik
beza kami 6thn tp slalu org ingt aku yg paling muda hehe :)


alhamdulillah kenyang...fried rice scallops crabmeat, dimsum 4 jenis
utk vietnamese spring roll order 3set sbb fav kn
pastu dessert sea coconut with longan
just kena add on rm 1.05 je...syok kn mkn guna voucher


si kecik tu bila mommy tgh nk gosip ngan maklong & chikcik, die pn nk bebel sama :)


ada 2 voucher lg expired april 2017...nanti dtg lg la mkn :)


sempat lg posing kt area lobby
cpt2 mkn sbb adik aku nk antar ank2 sekolah ptg plak :)

Thursday, January 19, 2017

jahit NameTag & Lencana


tp bkn aku ye yg jahit....kalo aku, mmg antar tailor je
sebelum ni samada mama ku or MIL je yg tlg jahit
kalini hubbyku plak yg nk jahit nametag & lencana kt tudung tu...so kita serah la kt die :)
aku bab jahit menjahit ni mmg tk minat & keras tgn, hrp maklum tu psl aku antar tailor je

Promosi 20% diskaun ~ Sushi Lobster Grill


sebelum ni pernah bli yg satu2...ni ada 4 ketul 1 set
normal price rm 12.50 lps diskaun rm 10 tp kalo bli 2pack rm 18
apa lg grab 2 pack trus la...kwn ku ckp promo diskaun ni belah mlm je
sbb aritu ada aku tgk time siang..tkde nmpk lak diskaun ni



ni baki 1 pack bw opis breakfast...puas mkn sbb gemok2 kn




ni yg bli kt aeon big seksyen 23 shah alam.. kecik skit
mmg satu2 tk set mcm yg bli kt aeon big wangsamaju
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...