Wednesday, January 26, 2011

kuar paper KOSMO arini




bkn muka aku yg kuar paper KOSMO
tp muka Boss aku ngan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
kuar paper KOSMO arini
aku kt blkng Menteri so tk nmpk ler muka aku :-p
actually ni event yg smlm aku kt SACC tu


Beras gred A, B diperkenal ganti ST


NOH (kanan) melihat pameran beras keluaran syarikat bumiputera di bawah Program Usahawan Bernas selepas merasmikan Seminar Pengurusan Kewangan Pemborong dan Pengilang Beras Bumiputera di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam peringkat kajian untuk memperkenalkan dua jenis gred beras putih tempatan yang baru iaitu gred A dan B bagi memastikan mutu bekalan makanan itu lebih terjamin dan pengguna tidak mudah keliru.
Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, langkah tersebut dapat mengelakkan penipuan pihak tertentu daripada cuba memasarkan dan menjual beras yang berkualiti rendah tetapi menggunakan plastik pembungkus beras dengan gred berkualiti tinggi.
Menurut beliau, dua gred yang baru itu bakal menggantikan beras gred Super Tempatan (ST) lima peratus hancur yang dijual pada harga RM26 bagi 10 kilogram (kg), ST 10 peratus hancur (RM24 bagi 10kg) dan ST 15 peratus hancur (harga siling RM18 bagi 10kg).
“Mengikut kajian yang dicadangkan, gred A mengandungi beras lima peratus hancur manakala beras gred B pula 10 peratus hancur, masing-masing akan dijual pada harga yang sama seperti ST 5 dan ST 10.
“Mungkin selepas ini, tidak akan ada lagi beras ST 15 dan kalau kita bagi subsidi, kita akan pakai nama gred beras subsidi,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pengurusan Kewangan Pemborong dan Pengilang Beras Bumiputera di sini semalam.

4 comments:

  1. ala nape tak de gambo amy kalo tak dah glamour gitu...kiter penah salam datuk Noh ni masa majlis hari raya...he...he...

    ReplyDelete
  2. alaa..kalau idak glamer gk ko..:D

    ReplyDelete
  3. event ko sbgi urusetia masuk paper..glamer gk le kan..hehe...

    ReplyDelete