Monday, June 15, 2015

Dia....Isteri Luar Biasa


sebelum ni drama HATI PEREMPUAN mmg tkleh tgk
tk berkenan ngan hero & heroin...meroyan je kj si bini tk tentu psl
bkn aku je ckp tp rata2 kwn2 kt fb pn sama juga yg tk suka cite sebelum ni
nasibaik la cite baru ~ DIA ISTERI LUAR BIASA ni dh kuar..bole la follow


SINOPSIS 

Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra (Fathia) yang mencari suami sementara hanya bertujuan untuk mendapatkan anak. Dewi tidak percaya terhadap lelaki, kebencian Dewi terhadap lelaki terjadi akibat peristiwa silam yang masih menghantui dirinya apabila, ibunya menjadi mangsa kekejaman bapanya sendiri. Bagi Dewi dia mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki, tetapi apabila Dewi perlu menjaga anak sahabat baiknya, Eda (Nonny Nadhirah) yang bernama Nina, terdetik di hati Dewi untuk memiliki zuriat. 

Kerana tidak mahu berkahwin, Dewi cuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan namun ditolak kerana menyalahi undang-undang dan juga agama. Lalu tercetus satu idea apabila Dewi meminta pertolongan daripada sahabat baiknya, Cik Kem atau Kamrul (Keith Foo) untuk mencari calon suami sementaranya. Kesemua calon suami yang diaturkan Cik Kem tidak menepati citarasa Dewi. Cik Kem, walaupun lembut turut menyimpan sedikit perasaan sayang kepada Dewi, tidak ketinggalan menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi tapi ditolak oleh Dewi. 

 Kehadiran Dr. Raden Amzar (Shukri Yahaya), seorang pensyarah dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Tanpa Dewi sedari, Raden Amzar sebenarnya menyukai Dewi walaupun Dewi bukanlah wanita sempurna yang dicari tetapi dia yakin dia boleh membimbing Dewi. Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi suami sementaranya. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap khalwat. Mereka bernikah secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga Raden Amzar. 

 Mampukah Raden Amzar mengubah pendirian Dewi terhadap lelaki dan mewujudkan rasa cinta dengan perkahwinan ini? Bagaimana pula penerimaan keluarga Raden Amzar terhadap Dewi?


walaupun dewi xmo kawin tp akhirnya terpaksa kawin sbb nk anak
cumanye penerimaan kaklong Raden je la yg tk suka sbb die dh ada calong utk adiknye
potpet2 je mulut kaklong tu...bingit tinga rsnye...
tp episod lps kesian dewi sbb die dgr kaklong soh gk raden kawin ngan fatiha
tp dlm drama ni dewi & raden bahasakan diri Husband & Wife
so hubbyku pn suka la ajuk jugak..sama la ngan aku
saje ngada2 panggil husband & wife jugak :)

korang yg tk sempat tgk..bole tgk online kt link




1 comment:

  1. tu la
    husband and wife
    adei..
    tapi so far aku rasa mcm tak kena je keith foo jdi sotong
    mcm di buat2
    pastu syukri je kau suke dalma citer ni
    dgn kak long
    sbb aku suke tgk asam pedas tuk dia ke hape dulu dia berlakon
    wau wi
    tu mmg best
    hat yg ni mcm..
    moden sangat
    tpi lagi aku suke sbb scene zita dgn amzar tu byk kat kolej. tu buat kay MFI.
    tmpat kau belajo dulu.
    lagi best..
    ahahaha
    sengallllllllllllllll

    ReplyDelete