Monday, May 23, 2016

Sinaran Ramadhan @Grand BlueWave Hotel Shah Alam


salam uolsss..tklama dh kita akan menyambut ramadhan kn
mayb antara uolsss ingin berbuka di luar nanti
bole la mencuba Sinaran Ramadhan 
yg disediakan di Grand BlueWave Hotel Shah Alam


Sinaran Ramadhan bakal menyajikan lebih 250 hidangan berbeza setiap hari 
mengikut citarasa Tradisional, Antarabangsa, Cina dan Jepun.

Nikmati juadah istimewa iftar sajian halal antarabangsa 
& tradisional dengan seleksi hidangan 100% halal dari JAKIM


Variasi hidangan halal membuka selera yang disediakan oleh barisan chef yang berpengalaman, antaranya Lauk Kawah, Paha Lembu Panggang, Mongolian BBQ, Kambing Panggang, Murtbak Durian, Kambing Masala, Sotong Sumbat, Ayam Percik Pantai Timur, Yong Tau Foo, Char Kway Teow Penang dan pelbagai lagi.


kambing golek kegemaran ramai


Antara seleksi menu menarik ialah Bubur lambuk, Mee bandung, Roti John, Mee Mamak, Dim Sum, Carbonara Macaroni , Roti Canai Durian, Lemang, Ketupat Daun Palas dan pelbagai lagi.


Promosi buffet ramadhan bakal bermula dari 6 Jun hingga 5 Julai 2016 dengan pilihan makanan yang pelbagai. Sinaran Ramadhan akan disediakan di Restoran Royale Songket terletak di aras lobi, restoran ini mengetengahkan ciri eksklusif warisan malaysia dalam sentuhan kontemporari yang diinspirasi oleh fabrik tenunan mewah Songket.


ruangan mkn di dlm Restoran Royale Songket


nikmati pelbagai juadah istimewa yang menyelerakan 


antara menu yg sempat aku mkn...sedap


tq Grand BlueWave Hotel Shah Alam utk jemputan ini



Untuk makluman, Buffet Ramadhan @Restoran Royale Songket ini 
menawarkan harga Early bird promo Adult RM 79 nett 
dan Child/Senior Citizen RM 61.50 nett
jika anda membuat pembayaran sebelum 15 Jun 2016, 
harga tersebut utk di gunakan pada 1 hingga 10 Ramadhan. 
selepas itu, harga adalah seperti dlm poster di atas.

Info lanjut hubungi 03-55118811  sambungan 2801/2804/2806
 atau anda bole layari https://www.facebook.com/grandbluewave



4 comments: