Friday, January 6, 2017

Promosi Istimewa Tahun Baru Cina @ Tung Yuen Chinese Restaurant, Grand BlueWave Hotel Shah Alam




Tak lama lagi Tahun Baru Cina akan di sambut oleh masyarakat Cina, Grand BlueWave Hotel Shah Alam menyediakan promosi istimewa sempena menyambut ketibaan Tahun Baru Cina 2017 yang merupakan tahun Ayam Jantan dengan memperkenalkan Halal Poon Choy Set.  Terdapat dua pakej Poon Choy iaitu


  • Pakej A berharga RM798.00 ++ 
  • Pakej B berharga RM1188.00 ++


Selain dari itu terdapat juga Halal Auspicious Yee Sang dan Golden Prosperity CNY Set Menu 1, 2 dan 3. Semua hidangan ini disediakan secara eksklusif oleh Chef Patrick bermula dari 3 Jan 2017 hingga 15 Feb 2017. Semua masakan ini akan dihidangkan setiap hari untuk makan tengah hari pada pukul 11.30 pagi hingga 2.30 petang dan makan malam pada jam 6.30 petang hingga 10.30 malam di Tung Yuen Chinese Restaurant, Aras 1.

Auspicious Yee Sang adalah menu yang selalu ada semasa Tahun Baru Cina. Terdapat 4 pilihan mewah terdiri daripada Yee Sang with Sliced Abalone and Salmon Fish, Yee Sang with Salmon Fish, Yee Sang with Tuna Fish dan Vegetable Yee Sang.  Harga bermula dari serendah RM40.00 + sehingga RM360.00 +. Sesuai dinikmati untuk sekurang-kurangnya 2 orang bagi setiap pesanan.

Terdapat juga Golden Prosperity CNY Set Menu untuk dinikmati bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Bermula dengan harga serendah RM888.00 + (Menu 1), RM1228.00 + (Menu 2) dan RM1688.00 + (Menu 3). Menu set disediakan untuk 10 orang bagi satu meja dengan tempahan awal.








Tetamu digalakkan untuk membuat tempahan awal melalui Tung Yuen Chinese Restaurant di 03-5511 8811 ext. 2616 / 2724. Semua harga adalah tertakluk kepada 6% GST.

Restaurant Tung Yuen terletak di tingkat 1 , Grand BlueWave Hotel Shah Alam.Restoran ini telah mendapat pengesahan rasmi sijil HALAL daripada JAKIM pada 1 November 2009 .  

2 comments: