Wednesday, May 31, 2017

Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest ~ Resepi Ayam Percik Kuah Putih

Apabila tibanya Ramadhan, menu iftar kegemaran semestinya Ayam Percik Kuah Putih . Kebiasaan kita tengok ayam percik kuah merah tetapi kalau kuah putih memang style Kelantan. Menu ni tidak asing lagi di kalangan orang pantai timur. Ok jom tengok resepi untuk menyediakan menu iftar Ayam Percik Kuah Putih 


Ayam Percik Kuah Putih
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
5 ulas bawang putih-dikisar
1 biji bawang besar-dikisar
1 batang serai-dikisar
sedikit halia, asam jawa & belacan
1 senduk tepung gandum
1 paket santan
garam/gula

Cara-cara:-

Untuk Kuah putih

1. Kisar semua bahan (bawang besar,bawang putih, serai, halia,belacan)

2. Tuangkan ke dalam periuk sebelum itu asingkan sedikit untuk perap ayam

3. Masukkan santan dan tepung gandum dengan sedikit air dan asam jawa

4. Kacau sehingga mendidih, masukkan gula & garam secukup rasa. Siap untuk kuah putih.


Untuk Ayam

1. Bersihkn ayam dan diperap dengan bahan kisar tadi

2. Bakar ayam sehingga ayam lembut dan nampak kekuningan.

3. Tuang sedikit demi sedikit kuah putih tadi di atas ayam

4. Biarkan seketika, apabila ayam dh bersalut kuahnya, sedia untuk dihidangkan




Untuk lebih mudah penyediaan Ayam Percik Kuah Putih agar lebih cepat dipanggang dan tidak melekat, disyorkan untuk menggunakan  FlavorWave Oven Turbo Halogen Convention Oven 12L yang dijual di Lazada Malaysia yang berharga RM98.00 selepas diskaun :)


Sempena Ramadhan kali ini Lazada Malaysia sedang membuat promosi iaitu Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya Sale  bermula dari 19 Mei 2017 sehingga 30 Jun 2017. Cepat-cepat layari website Lazada Malaysia sempena Ramadhan ni kerana promosi diskaun hebat ditawarkan sehingga 90%!



Untuk blogger yang belum join lagi, ada masa lagi kerana contest ini sehingga 23 Jun 2017. Hadiah menarik untuk dimenangi sehingga RM 10,000. Untuk maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat pernyertaan, sila layari http://www.lazada.com.my/blogger-contest/


5 comments:

  1. Ayam percik kuah putih ni mmg sedap...
    Boleh bertambah nasik ni..
    Ratah mcm tu pun sedap kan MT..

    ReplyDelete
  2. alamak amy...buat teringin je...resepi senang tu...nanti nak try le buat...selalu buat ayam percik versi pedas jek.....

    ReplyDelete
  3. Menariknya ayam percik tu! Found at one of the bazaar's stall last two days tapi tak berkesempatan nak beli. Husband jalan laju sangat! Buat sendiri lebih sedap, mungkin.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
  4. Sedapnya menu ayam percik kuah putih tuuuu kak amy...nak buat tu la malas hahahha...sedap kalau orang tlg buatkan haha

    ReplyDelete