Friday, June 16, 2017

ANDAINYA TAKDIR

lama tk tgk drama ni nk2 plak waktu mlm cpt je ngantuk kn
tp aritu tertgk citer ni ...tu pn bkn dr awal tgk...dh tgh2 juga
nextweek dh minggu akhir



SINOPSIS 

Mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang dilakukan tanpa kenan Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam. 

Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir.

Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriat. Cemburu dengan Fatihah yang cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yang tidak kurang cantiknya dan bijak, Norlin sentiasa menghasut ibunya untuk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya. Sekiranya tidak dituruti permintaannya, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung juga.

Sungguh pun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu. 

Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni?


mmg ada suami yg jenis cemburu buta pastu panas baran
tp kesian la kt bini asyik kena pukul je kn
pastu bila baran dh reda, minta maaf....

nk minta cerai, suami ugut xbg hak penjagaan ank plak
tp makmertua & adik ipar pn kaki hasut juga..
xleh tgk rumahtangga anknya bahagia gamaknye




kalo aku jd tihah, lama dh minta cerai..anak bole fight kot utk penjagaan tu
tp mmg ada in realiti istri camni sbb masih bertahan xmo cerai
 sbb pk kn ank..rela la dipukul.dicekik,disepak huhu

hah citer ni slot samarinda hari isnin-khamis pukul 10mlm di TV3

4 comments:

  1. betul amy...once dah naik tangna walo pun sekali mmg goodbye je laaa...lelaki kalo jenis naik tangan ni mmg dayus...sanggup pukul bini sendiri.... lieya tak layan citer nie, tapi lepas org dok up2 status terus rase nak layan....

    ReplyDelete
  2. ade record cerita ni.. tapi yang latest punye episod tak sempat nk ngk lagiii hihihi

    ReplyDelete
  3. alaaa rugi tak tengok...nak tgk dari episod 1 lah....

    ReplyDelete