Thursday, August 10, 2017

Daki Elbrus demi Malaysia...Tahniah my BFF Dila


Kuala Lumpur: Demimu Malaysia. Sekumpulan enam pendaki wanita negara akan menggalas cabaran menakluk puncak tertinggi Eropah, Gunung Elbrus di Rusia sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-60, 31 Ogos ini.

Gunung setinggi 5,642 meter itu adalah salah satu daripada tujuh puncak tertinggi di tujuh benua.

Misi kempen Kembara Srikandi Prihatin (KSP) oleh Persatuan Kembara Negara (PKN) bermula 23 Ogos hingga 5 September itu turut mendapat sokongan Pergerakan Puteri UMNO serta Harian Metro sebagai akhbar rasmi.

Ia juga adalah salah satu program di bawah projek Negaraku, Pejabat Perdana Menteri.

Majlis penyerahan Jalur Gemilang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Pengarah Kempen KSP Ummu Farah Haidar Zulkifli di Menara Dato' Onn di ibu negara, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Presiden PKN Tan Sri Khalid Yunus.


6 pendaki wanita yg bakal menakluk puncak tertinggi Eropah, Gunung Elbrus di Rusia



kuar buletin utama smlm...congrats my bff dila...
smoga dipermudahkan Misi Ke Gunung Elbrus nanti

bff aku sorg ni mmg aktif panjat gunung ...
lebih dr 15 gunung....aku bukit pn tk terdaki..apa ntah lg gunung kn :-p
ni aku senaraikn sebahagian gunung2 dlm msia & overseas yg die dh daki :-


Malaysia
Gunung Kinabalu
Gunung Tahan
Gunung Batu Putih
Gunung Yong Yap
Gunung Gayung 
Gunung Stong
Gunung Angsi
Gunung Irau
Gunung Nuang
Gunung Jerai
Gunung Ulu Semangkuk
Gunung Korbu
Gunung Tok Nenek
Gunung Yong Belar
Gunung Gerah




Indonesia
Gunung Semeru 
Gunung Rinjani 
Gunung Batur 
Gunung Agropuro 


Australia
Gunung Kosciuszko 


tahniah skali lg utk bff kami...Dila Manan

2 comments:

  1. Wahhhh hebatnye kawan amy ni... Mmg die tough nih.... Suke die dgn aktiviti lasak kan... Betul2 fit badan die... Bagus betol...

    ReplyDelete
  2. Kagumnyaa dengan kawan akak ni. Salute!

    ReplyDelete