Thursday, January 11, 2018

Kekasih Paksa Rela ~ #TeamPakcik :)



Sinopsis:

Berkisarkan tentang Adham (Remy Ishak) dan Rosnaida (Ain Edruce) bernikah selepas tamat belajar tanpa persetujuan ayah Adham, Dato’ Azman. Semenjak itu, hubungan Rosnaida dan Dato’ Azman tidak pernah baik, walaupun telah diusahakan oleh Adham dengan pelbagai cara untuk merapatkan hubungan mereka. Berputus asa dengan Dato’ Azman, Rosnaida membuat keputusan untuk membawa diri dan melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat dan enggan pulang ke Malaysia. Ketika ketiadaan Rosnaida, Adham telah menyelamatkan Hanan (Intan Najuwa) daripada kejahatan ayah tirinya. Demi mengelakkan sebarang fitnah daripada keakraban mereka, Adham memperisterikan Hanan tanpa sebarang perbincangan bersama Rosnaida. Konflik institusi perkahwinan Adham memuncak apabila Rosnaida pulang secara tiba-tiba. Sanggupkah Adham menceraikan Hanan demi Rosnaida atau sebaliknya? Atau adakah mereka akan meneruskan kehidupan mereka secara berpoligami?


v
v
v

v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v

v
v
v
v
v
aku mmg tgk dr awal cite ni...walaupun heroin xminat tp hero minat
heroin muda sgt kn..ms awal2 aritu stress ngan mak hanan & bapak tiri hanan
tp lps hanan dh kawin stress ngan shiqin mental plak haha


korang layan tk cite ni....ada 28 episod tau


episod smlm..mmg suka sgt bila AM sound si shiqin mental tu
die yg gedik nk kt AM tp dok petik nama Ros je...hampeh...
dh la AM baru nk romantik candle light dinner ngan Hanan...die plak dtg ngacau


"Pakcik" ajak makan hehe sbb tgk episod smlm ckp kt hubby.. Bila nk candle light dinner lg
tup2 hubby whatsapp ajak mkn ni walaupun bkn candle light dinner so feel2 sweet gtu haha


suka lagu ni...salah satu OST utk drama ni

8 comments:

  1. Tulah pasal... mcm tak minat je dengan heroin dia tu, terus rasa mlas nak layan cerita dia hihi.... Ramai betul pelakon baru sekarang ek MT.

    Jalan cerita mcm menarik

    ReplyDelete
  2. hahahah sama pulak entri kita. asal tgk jer duk ingat apa lah kak amy nak update. wakakak..

    ReplyDelete
  3. tengok jugak cite nii...tp, cam tak minat ngan heroin die tuu...muda sgt....cam tak msk akal kawen aawl ngan pak cik..

    ReplyDelete
  4. Bab si Am manja dengan Hanan mcm awkward pulak.. *tutup mata*..
    Semalam Hanan pi island hopping sorg2, boat hilang tak dpt dikesan pastu bersambung... 😉

    ReplyDelete
  5. Tak layan pun cita nie, best ke Amy.. ehehe..

    ReplyDelete
  6. Hahaha! Mula mula tak nak tengok lepas tu terjebak jugaak.

    ReplyDelete