Friday, March 30, 2018

Seronoknya bersantai di Malibest Resort, Langkawi

Siapa yang belum pernah pergi lagi ke Pulau Langkawi? Pulau Lagenda yang terkenal dengan kisah Mahsuri. Langkawi memang tidak asing lagi bagiku kerana boleh dikatakan banyak kali juga dah jejakkan kaki ke sini....kali terakhir tak silap tahun 2010 ...lama juga tak ke Pulau Langkawi.

Kalau ke Pulau Langkawi , tidak kira anda bercuti bersama keluarga,rakan-rakan atau seorang diri, pasti ada penginapan yang sesuai dengan keperluan dan citarasa anda. Dua lokasi yang menjadi tumpuan pelancong apabila memilih tempat penginapan di Langkawi adalah Pekan Kuah dan Pantai Cenang.

Malibest Resort, Langkawi

Terletak di Pantai Cenang, lokasi tumpuan pengunjung kerana berdekatan dengan pantai yang membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti di sekitar pantai. Tempat makan pun banyak di kawasan sekitarnya.


damainya bila dapat tengok permandangan sebegini...tenang seketika dari kesibukan kota


terdapat beberapa jenis bilik di Malibest Resort
boleh pilih ikut kesesuaian anda samada Tree House, Super Deluxe Chalet, Deluxe Wooden, 
Deluxe Bricks,  Deluxe Family, Family Room, Standard Bricks 



Tree House



Deluxe & Standard Bricks



Deluxe Wooden



Super Deluxe Chalet


Deluxe bricks


Deluxe family room


Super deluxe chalet


Superior twin room


kolam renang juga disediakan..ada papan gelongsor juga


sangat cantik permandangannya


menikmati keindahan pantai dan alam semulajadi yang berhadapan dengan Malibest Resort


Tempah Melalui TRAVELOKA

Nak harga murah, jom tengok melalui Traveloka ~ Malibest Resort Deals and Promotions
Boleh pilih bilik mengikut kesesuaian anda. Senang dan mudah kalau menginap di Malibest Resort kerana berdekatan dengan tempat makan dan tempat menarik untuk dilawati .


Tempat Menarik Untuk Di Lawati dan Aktiviti Yang Boleh Di Lakukan Ketika Anda Ke Pulau Langkawi 


Terdapat pelbagai aktiviti di langkawi yang anda boleh dilakukan untuk mengisi masa anda disana nanti seperti melawat tempat menarik di Langkawi dan juga shopping di Pekan Kuah, Langkawi.

Pulau Langkawi terletak di persisiran barat laut Semenanjung Malaysia. Pulau Langkawi juga merupakan salah sebuah tempat percutian menarik di Malaysia.

Memang tidak dapat dinafikan, keindahan alam semulajadi seperti gunung, pulau dan pantai yang indah menjadikan Pulau Langkawi sebagai tempat pelancongan di Malaysia yang dikenali sehingga peringkat antarabangsa.


1. Dataran Helang

Di sini anda berpeluang melihat patung helang gergasi sedang bersedia untuk terbang yang dibina sebagai lambang Pulau Langkawi. Rasanya tidak lengkap percutian anda di Pulau Langkawi jika anda tidak bergambar di sini sebagai tanda kenangan yang anda telah pun sampai ke pulau ini.




2. Kereta  Kabel Langkawi & Sky Bridge Langkawi


Jangan lepaskan peluang untuk menaiki Kereta Kabel Langkawi yang merupakan kereta kabel paling curam dan juga merupakan yang terpanjang di dunia.Kereta Kabel Langkawi ini terletak di Gunung Mat Cincang yang berketinggian 713 meter .





3. Makam Mahsuri

Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Mahsuri merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi yang telah difitnah serta dibunuh kerana dituduh berdua-duaan dengan seorang penyair yang bernama Deramang ketika suaminya Wan Derus keluar dari Pulau Langkawi Mahsuri untuk melawan tentera Siam. Darah Mahsuri dikatakan berwarna putih sebagai bukti bahawa dia tidak bersalah dan difitnah. Mahsuri juga telah menyumpah Pulau Langkawi supaya tidak akan subur dan aman sehingga tujuh keturunan beliau.


4. Air Terjun Telaga Tujuh

Air terjun ini dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini dibentuk dari tujuh mata air semulajadi yang mengalir ke tujuh telaga semulajadi yang berasingan. Pengunjung dapat melihat tujuh buah air terjun di kaki bukit. Airnya putih jernih, mengalir bertingkat-tingkat atau bertangga-tangga.



5. Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi merupakan akuarium yang terbesar di negara ini dan disini anda berpeluang untuk melihat haiwan akuatik yang menakjubkan. 


6. Muzium 3D Langkawi

Terdapat banyak lukisan murah yang seakan "hidup" dan para pengunjung boleh bergambar di sini yang kelihatan "Real" .



7. Pantai Cenang

Pantai yang menjadi tumpuan pengunjung dan popular di Langkawi. Di sini juga terdapat banyak penginapan bajet dan juga eklusif . Kawasan Pantai Cenang menjadi tumpuan ketika musim cuti sekolah kerana banyak aktiviti air dan tempat makan sekitar pantai.





8. Galeria Perdana

Di sini dipamerkan dengan pelbagai jenis hadiah , anugerah dan cenderahati yang diterima dari pemimpin-pemimpin dalam dan luar negara ketika pemerintahan Tun Mahathir dabadikan di galeria ataupun muzium ini di mana para pengunjung dapat melihat kesenian dan kebudayaan yang terceta pada pemberian tersebut.



9. Idaman Suri & Haji Ismail Group

Syurga tempat membeli belah idaman kaum wanita terutama bab pinggan mangkuk, coklat dan macam-macam lagi


10. Island Hopping

Biasanya aktiviti ini terdapat beberapa pakej disediakan, anda boleh pilih ke mana destinasi yang ingin dilawati. kebiasaanya tempat yang dibawa adalah Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dengan menaiki bot laju.


Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat yang boleh anda lawati, yang disenaraikan ni baru sebahagian sahaja. 

Tak sabar nak bercuti lagi ke Pulau Langkawi dengan membuat tempahan melalui TRAVELOKA. 

27 comments:

  1. PC belum pernah ke PL...teringin juga...insyaAllah nak pergi bawa family...

    ReplyDelete
  2. Langkawi! Pantai cemane is the best place la nak stay. Pantai. Pool. Shopping. Makan2. Walking distance aje. Aida lom pernah stay cenang, Amy. Before stay town. Dok plan nak ke langkawi, lom dpt time sesuai. Izzat pon da besar ha ha ha :)

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing this. hotel looks big the room wanna go with family next time

    ReplyDelete
  4. Sudah lama I tak pergi Pulau Langkawi. The place is beautiful and planning to travel through Traveloka too for our next trip

    ReplyDelete
  5. Kita tak pernah dengar Malibest Resort ni.Kalau tau dulu dah ke sini.Kolam semua ada,bilik pun cantik Dan selesa.Bagus untuk bawa family ke sini..

    ReplyDelete
  6. Lama dah tak pi langkawi..next time kalau pi memang ingat nak stay kt malibest ni ja..sebab btul2 tepi pntau kan

    ReplyDelete
  7. Saya... Belum pernah ke Langkawi lagi. Banyak tempat-tempat menarik dekat langkawi. Mampu baca jer lah. TEringin jugak nak pergi.

    ReplyDelete
  8. Tampak sangat mewah ye hotel malibest yg mamatisya menginap! Berapa tu satu malam? Kena checkout traveloka ni. Langkawi ni mmg tak pernah bosan utk dikunjungi walau dah beribu kali pergi, antaranya souvenir choc yg mesti bwk balik heheh

    ReplyDelete
  9. Kena duduk Deluxe Family Room la kalau kami 3 beranak. Tak pernah dengar lagi nama hotel ni kat Langkawi. Wahhh ada suggestin tempat2 menarik ni.....

    ReplyDelete
  10. Wah..dah lama tak pegi sini..dgr dr blog ni byk dah resort baru and byk tempat nak pegi..tambah2 lagi duty tax free kan..mmg suka la borong pinggan mangkuk kat sana lol

    ReplyDelete
  11. mmg best cuti Langkawi ni....cam nk p lg la..

    ReplyDelete
  12. wah bestnya kalau dpt jejalan ke langkawi..cik tom tak pernah lagi ke langkawi..dulu plan asyik tak jadi je..bila entah nak perginya..maybe tunggu anak besar sikit kot..

    ReplyDelete
  13. Seronoknya...kawan SA pun cakap kat Malibest ni seronok..eh..nak masukkan dalam wishlist la..nak pi berdua ngan anak dara..3 hari cukup tak?

    ReplyDelete
  14. Alahai cantiknya resort malibest tu kak. View pulak cantik sangat. Lamanya tak ke langkawi.boleh lah plan stay kat sini nanti.

    ReplyDelete
  15. Cantiknya gambar2 nya. Guna kamera apa nie yer ?

    Lama dh x dtg langkawi. Mesti banyak perubahan sekarang kan. Selalu bil dtg langkawi mesti ada je benda baru

    ReplyDelete
  16. next trip langkawi boleh menginap kat sini

    ReplyDelete
  17. bestnya, menarik tempat ni. Kalau ikutkan hari tu Del nak pergi sana da. da siap nk book ticket tpi xde rezki. #done follow akak

    ReplyDelete
  18. Serius kak memang cantik view kat sini. Lepas nih pergi Langkawi bolehlah check in sini pula. Dah hatuh hati tengok view kat sini.,tenang jer

    ReplyDelete
  19. cantik juga pantai di langkawi. patut la ramai yg nak ke sana

    ReplyDelete
  20. Bestkan cuti-cuti kat Langkawi tp kak belum pernah penginap di hotel tepi laut

    ReplyDelete
  21. so far tak pernah lagi stay sini . menariknya tengok resort ni. jejalan langkawi dah pusing semua tempat jejehe sampai muak pulak nak dtg langkawi hehehe btw kalau book kat traveloka mmg lagi murah. sama juga kalau book flight tiket. ehehhe.

    ReplyDelete
  22. nak bagitahu ni selama hidup 28 tahun masih belum lagi jejak kaki ke langkawi tau. oh sedeh tapi kita masih ada kredit traveloka haritu masih belum pakai... nanti nak tempah la cuma nak pergi travel tempat yang rasa berbaloi nak guna hihihihihi

    ReplyDelete
  23. Cantik jugak Malibest Langkawi tu MT.... Sebuta dah macam ala ala Maldives dah hahaa...
    Lama tak ke langkawi dah

    ReplyDelete
  24. kita pernah jugak menginap kt Malibes hotel tu memg best, skank dah makin byk bangunan baru dkt hotel tu.

    ReplyDelete