Friday, April 20, 2018

Buffet Ramadhan 2018 ~ Juadah Istimewa Malaysia ke Timur Tengah @ Grand BlueWave Hotel Shah Alam



Bulan Ramadhan bakal tiba tak lama lagi,  Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) menawarkan juadah istimewa dari Malaysia ke Timur Tengah . Promosi ini bermula dari 17 Mei sehingga 14 Jun 2018 bertempat di Restoran Royale Songket.





Lebih daripada 100 hidangan berbeza yang disediakan antaranya salad dan kerabu, sup, hidangan panas serta pencuci mulut yang menggoda, pelbagai minuman dan gerai menyediakan masakan panas.



peminat Nasi Kandar jangan lepaskan peluang menikmatinya



Pilihan mewah dari masakan istimewa Itali seperti Pizza Margarita, Braised Beef Wellington, Meatballs Sautee, Bolognese, Lamb Domba, Daging Panggang, Ayam Golek, Baba Ghanoush, Ayam Shawarma, Ayam Makhbous Chicken Bola Kofta.



Hidangan Asia seperti Masak Lemak Ikan Tenggiri, Sambal Tempe dengan Jering, Sotong Masam Manis, Assorted Dim Sum dan banyak lagi. 

Di samping itu, terdapat hidangan kegemaran tempatan seperti Rojak Buah, Sotong Kangkung, Lemang, Lemang Pulut / Hitam, Ketupat Palas, Serunding Daging, Serunding Ayam, Lontong, Kari Ikan, Asam Pedas, Roti Chennai, Murtabak, Ayam Tandoori dengan Naan Roti, Mee Udang, Asam Laksa, Nasi Ayam Hainan dan banyak lagi hidangan yang lazat untuk anda nikmati.





Terdapat gerai goreng-goreng yang digemari sepeti hidangan Pisang Goreng,Keropok Lekor dan Roti John. Tidak lupa sayur-sayuran, aneka Kerabu dengan tujuh jenis sambal, dan juga Jeruk Buah-Buahan.




Antara  pilihan pencuci mulut, kuih muih seperti Ais Kacang, Marble Cheese Kek, Kek Coklat Chocolate, Cocktail Buah, Kuih Ketayap, Kuih Keria, Bubur Pulut Hitam, Serawa Pisang, Puding Roti , Sago Gula Melaka dan banyak lagi.


Jom berbuka puasa di Grand BlueWave Hotel Shah Alam 
dan nikmati juadah istimewa dari Malaysia ke Timur Tengah




Diskaun istimewa untuk tempahan awal sebelum 30 April 2018. Dari 1-7 Ramadhan  harganya RM73.50 nett dan 8-29 Ramadhan harganya RM95.00 nett untuk 9 orang dan ke bawah dan RM90.00 nett untuk 10 orang dan ke atas. Bayaran penuh diperlukan semasa tempahan.

Promosi ini bermula dari 17 Mei sehingga 14 Jun 2018 bertempat di Restoran Royale Songket.

Harga bagi dewasa RM125.00 nett dan RM65.00 nett bagi warga emas (60 dan ke atas) dan
kanak-kanak (4 - 11 tahun).

Selain dari itu, pengunjung juga akan dapat menikmati bacaan Al-Quran dan solat Maghrib di surau yang turut disediakan. Seperti biasa, GBWHSA akan menjalankan Projeck Amal untuk anak-anak yatim di bulan suci ini.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi 03-5511 8811 ext. 2801/2804/2806, 
e-mel kepada dosm@bluewavehotels.com atau layari laman web kami di www.bluewavehotels.com

23 comments:

  1. Pergh!! Meriah betul makanan dia..

    ReplyDelete
  2. Ana suka bufet dekat sini sebab ada nasi arab. Sedap pula tu. Lepas tu ada ice on seafood. Takde kat tempat lain tu kak.

    ReplyDelete
  3. Fuhhh meriah tengok macam macam menu ada. Terliur pulak. Hahah!

    ReplyDelete
  4. GBW ni memang betul2 mencabar keimanan dan nafsu SA la..banyak giler kot pilihan makanan kat sini..bila GBW nak jemput SA plak ni...hahaha

    ReplyDelete
  5. Bufet ni meriah dengan makanan kalau jadi pergi sini memang rambang mata la nak pilih.dah masuk list tempat berbuka nanti

    ReplyDelete
  6. Bluewater hotel is just right opposite my office, with such attractive price for such amazing food they serve can't wait to visit with my colleagues.

    ReplyDelete
  7. Perghhhhhh harga dia boleh tahan mahal gak eh kat Blue Wave ni. Setahu onie ,Blue Wave ni taraf 5 bintang dan mungkin sebab ni kot yg mahal.

    ReplyDelete
  8. Lauk pauk dia tu nampak sedap. Nasi kandar...nasi kandar.. sedapnya!
    Oh kalau ramai, ada diskaun. menarik ni.

    ReplyDelete
  9. Ok, harga tinggi sket takpe sebab ada makanan Italy dan arab..berbaloi dengan nilai ni..ada nak belanjan readers blog Mamatisya ni tak?

    ReplyDelete
  10. Allahu meriahnya menu2 yg ditawarkan. Macam2 pilihan. Confirm kenyang makan di sini. Rasa x sabar pulak nak tggu bulan ramadhan nk bawa family ke sini

    ReplyDelete
  11. Wah... makanan dia memang nampak menyelerakan! Dekorasinya pun nampak selesa dan mewah ya! Mungkin harganya agak mahal sikit tapi bolehlah cuba sekali-sekala kan? Hihi..

    ReplyDelete
  12. Look at the seafood... That attached me the most and just asking my friend wanna go or not for buka Puasa... Lolz... Plan earlier and book earlier... Hehehe

    ReplyDelete
  13. Bluewave ni mkanan dia sedap2. Tapi agak pricey siket harganya tahun ni. Tapi sbb masakan timur tengah ni unik dan istimewa tu yg mahal sikit

    ReplyDelete
  14. Wah bestla nampak makanan kat sini.

    Banyak pilihan dan nampak sedap.

    Teringin nak turut sama rasai.

    Harga pun not bad. Tempah awal dapat diskaun lagi

    ReplyDelete
  15. saya cukup gemar dengan nasi arab ni. dessert pun nampak meriah. mesti berbaloi dengan harga

    ReplyDelete
  16. fuh. semua dok tayang menu lauk pauk sedap je ni.. singgah blog lain citer lauk sedap.. sini pun citer lauk sedap jugak.. huhu.. Grand Blue Wave Hotel ni memang terkenal dengan menu yang best2

    ReplyDelete
  17. all these ramadhan buffets are ripping my soul out...T.T lucky i am reading them now and not when i am fasting...all of them dishes looks so yummy,,,,

    ReplyDelete
  18. Meriahnya makanan yang ada. Nak bulan Ramadhan nih memang banyak tawaran bufet ramdhan kan kak. Tengok semua menu memang sedap sedap belaka.

    ReplyDelete
  19. Oh sedapnya bila tengok makanan ni. Bulan puasa ni dia punya level lapar lain macam. Boleh pergi berbuka nanti

    ReplyDelete
  20. Seronoknya tengok makanan banyak2 tu. Nak buat gathering family/kawan2 best ni. Pergi ramai2 lagi murah

    ReplyDelete
  21. The roti canai and main look attractive. The best way consume with curry and Rendang. 100 dishes quite a lot too. I always like Ramadhan Buffet.

    ReplyDelete
  22. aduhhh mama syurga makanan ni.. hehe. sedapnyaaaa la tngok smua makanan.

    ReplyDelete