Monday, May 7, 2018

Tun Mahathir in the house


ayah bawa blk utk ankdara sbb smlm merajuk tk dpt nk ikut ayahnya tgk Tun Mahathir



ptg smlm sebelum hujan lebat mlmnya..meninjau kawasan Tun M dtg ceramah


aku tgk fb live je smlm..dkt 70k org online smlm


hubby & adik ipar yg pi


PRU14 | Kira-kira 10,000 hadir di program 'Tsunami Rakyat' anjuran Pakatan Harapan (HARAPAN) semalam di Hulu Kelang. Program itu mencatatkan antara kehadiran tertinggi siri kempen pakatan pembangkang menjelang pilihan raya umum (PRU) yang berbaki dua hari saja lagi. Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad tiba pada pukul 10.30 malam disambut laungan slogan "Hidup Tun!" dan kerlipan lampu telefon sambil diiringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Dr Mahathir dalam ucapannya memuji hadirin yang sanggup berhujan dan menyifatkan ia menunjukkan rakyat bersungguh-sungguh mahu menukar kerajaan. 

Bekas perdana menteri itu juga mendakwa BN mungkin menggunakan taktik kotor sekiranya HARAPAN hanya menang dengan majoriti tipis. Pengacara majlis sebelum itu mengumumkan bahawa 70,000 pengguna media sosial sedang menonton ceramah secara langsung. Terdahulu, hadirin tiba seawal 8 malam menunggu ketibaan barisan pemimpin HARAPAN yang dijadual hadir. Sekitar 8.30 malam hujan mula turun, namun hadirin dilihat tidak berganjak. 

 Antara yang sempat berucap adalah anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Abdul Aziz yang dalam ucapannya menggesa hadirin agar memikirkan masa depan anak-anak mereka. "Beri HARAPAN peluang untuk selamatkan negara," katanya. Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut mengambil alih pentas berkata, masa untuk BN sudah habis dan kemenangan semakin hampir buat HARAPAN. 

Sementara Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam ucapannya berkata kehadiran rakyat pelbagai bangsa membuktikan bahawa rakyat bersatu padu. Mohamed Azmin menekankan bahawa orang Melayu tidak perlu rasa terancam kerana menurutnya HARAPAN akan bersikap adil kepada semua bangsa. Bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz yang sekali lagi tampil di pentas HARAPAN pula berkata skandal 1MDB menjadi isu "paling laris" di seluruh dunia. 

Program yang bertempat di padang bola sepak AU2, Taman Keramat itu turut menampilkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, bekas menteri Tun Daim Zainuddin dan sasterawan negara Datuk A Samad Said.

Sumber : Malaysiakini.com



last jumpa Tun M masa wedding adik ipar 2016


kenangan terindah..Tun M antara tetamu vvip time majlis kawin aku 2006



**lusa dh start ngundi...uolsss ngundi kt mana...aku kt gombak je....tp PRU14 kalini lain mcm skit kn debarannya......SELAMAT MENGUNDI....utk yg menang nanti.. sila jlnkan tanggungjawab yg sebaik mungkin utk rakyat......masing2 punya pendpt masing2 tp jgn la terlampau sgt...bkn apa dr kwn bole jd lawan....hanya disebabkn berbeza pendapat...yg penting, kita jgn putuskn hubungan silaturahim....semoga MALAYSIA masih aman

8 comments:

  1. Wah jadi tetamu VIP tu kak. Bestnya.

    ReplyDelete
  2. Gombak...sama! hehe...semakin semarak aura mengundi tahun ni kan kak amy...

    ReplyDelete
  3. ye la..seram nak mengundi...SA mengundi kat Seremban...esok petang balik la lepas opis..

    jemput join GA GSL Warrior yang pertama http://www.suriaamanda.com/2018/05/grup-sisturs-lawa-warrior-giveaway.html

    ReplyDelete
  4. putrajaya pun same amy...penuh org....

    ReplyDelete
  5. Mrs. A mengundi kat KL huhuhuu.
    Rasa macam dah tukar pusat mengundi kat Kg tapi bila check masih di KL.

    ReplyDelete
  6. Dekat area rumah sebelum ni Menteri Besar Selangor mai.. tapi ai tak pergi. Lebih rela rehat di rumah, letih seharian penat bekerja.. tapi esok InsyaAllah akan mengundi.

    ReplyDelete
  7. Sha ngundi kat Behrang.. Memang respecr Tun M ini..

    ReplyDelete