Friday, January 18, 2019

Manjakan diri anda dengan produk baharu dari ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel


Wangian berupaya menghidupkan suasana dan menenangkan jiwa. Menikmati belaian lembut sewaktu mandi bagi menghilangkan tekanan dan kesibukan sepanjang hari, merupakan rutin harian yang wajib diamalkan para wanita. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di bawah pancuran bilik mandi, sentuhan gel mandian beserta wangian yang menyerap lembut memberikan ketenangan minda dan jiwa menjadikan setiap saat waktu bermanja dan bersendiri yang paling menyenangkan.



Apakah yang membuatkan masa mandian itu mewah? Memilih gel mandian yang sesuai merupakan faktor utama, dan yang menjadikanya lebih menarik adalah menggunakan gel mandian yang diadun dengan wangian mempesona. Bayangkan perasaan tenang yang menyusup masuk disaat pintu bilik mandi tertutup rapat, dan bila pancuran air suam yang mengalir mengembalikan semula kesegaran. Bunyi titisan air mencipta melodi halus yang menenangkan minda, sementara kemanisan aroma dari gel mandian yang memukau dan buih-buih lembut yang membelai kulit, melengkapkan masa mandian termewah. Saat mandian dengan belaian romantis sememangnya merupakan waktu terapeautik yang berupaya menyegarkan dan mengecas semula tenaga yang hilang akibat tekanan sepanjang hari.



Demi memberi wanita lebih peluang untuk memanjakan diri, Enchanteur, wangian yang diilhamkan Perancis paling laris dan digemari ramai ini telah memperkenalkan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris. Diadun dengan wangian Perancis, rangkaian mandian ini meransangkan deria dan menjadikan setiap waktu mandian anda sebuah pengalaman yang mewah. Formulasi bebas sabun dan paraben ini diperkaya dengan bahan berkhasiat yang mampu memberikan manfaat pada kulit, melembapkan dan melembutkan kulit sambil membersihkannya; menjadikan kulit anda kekal sihat dan berbau harum.


Kini, pengalaman di bilik mandi anda boleh dipertingkat. Dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, saat bermanja bagi tubuh badan dan minda anda kini lebih menyeronokkan. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, boleh didapati dalam 3 variasi, setiap satunya diadun dengan wangian ENCHANTEUR Paris yang sangat digemari dan diperkaya dengan ramuan uniknya tersendiri.

Manjakan diri anda dengan produk baharu dari ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel:-

1. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Belle Amour Bright & Smooth (Mencerah & Melicin)

Serlahkan kelembutan kulit anda dengan adunan sebati pati wangian bunga Lily dan Ylang-ylang. Diperkaya dengan pati minyak mawar dan Vitamin B3, ia menjadikan kulit anda lebih halus, cerah dan menawan.

2. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Mon Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk)

Tingkatkan daya tarikan dengan personaliti ceria dan menyegarkan dengan gabungan wangian Fresh Citrus dan Pink Peonies. Diperkaya dengan pati minyak Lemon dan Menthol, ia memberikan kulit anda sensasi menyegarkan sambil menyediakan anda untuk temujanji kasual.

3. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris – Adore Soothe and Care (Menenang & Melega)

Serlahkan dirimu dengan gabungan wangian Pink Mimosa dan Golden Pear. Diperkaya dengan ekstrak Chamomile bagi melegakan tekanan dan memberikan perasaan tenang pada kulit serta tubuh badan, membolehkan anda berehat selepas hari yang sibuk.



Tidak ada yang lebih baik daripada menikmati waktu belaian romantis mandian yang berkualiti. Ia memberikan keselesaan fizikal dan mental agar anda dapat merehatkan diri selepas kesibukan harian. Saat terindah yang melegakan waktu tidur atau memulakan harian anda dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR merupakan masa yang paling diraikan setiap hari.

Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris boleh didapati dalam saiz 750g pada harga runcit RM16.75 (Semenanjung) / RM17.55 (Sabah Sarawak). Produk ENCHANTEUR boleh didapati di pasaraya besar dan pasaraya terkemuka di seluruh negara.

28 comments:

  1. Wahhhh.... Enchanteur dah keluarkan mandian wangi berbau harum. Semestinya disukai ramai dan Min rasa untuk cuba dapatkannya juga..hee..

    ReplyDelete
  2. wangian dan wanita memang ngamm ho, suka wangi2 ni baru semangat nak gi kerja

    ReplyDelete
  3. wahhh produk baru dari enchanteur! 3 jenis pulak tu. gel mendian daripada enchanteur memang selalu wangi2 belaka dan jarang mengecewakan!

    ReplyDelete
  4. Wow...Enchanteur...produk yang sememangnya telah menjadi household name kan? Mesti sangat wangi dan segar selepas menggunakannya. :)

    ReplyDelete
  5. Enchanteur ni dah lama kan kat pasaran. Mmg terkenal dgn bau wangi dia. Produk baru ni pun mesti bau dia sedap kan. Kita mst suka yg yellow yg refreshing tu.

    ReplyDelete
  6. Enchanteur memang terkena sejak zaman sekolah dengan wangian nya yang tersendiri. Sekarang dah ada shower gel eh... Tentu wangi semerbak Selepas mandi.

    ReplyDelete
  7. Eh...kita dapat yg sama la..SA suka bau dia yg kekal lama dan buat x nak sudah mandi .lembut dan menenangkan..kalau stress elok berendam dalam bath tub dan relax je...sayangnya rumah xde bath tub so SA bantai mandi lama2

    ReplyDelete
  8. Bagaikan puteri......lepas mandi mesti wangi. So far belum pernah try.
    Habis Lifebuoy bolehlah try ni pulak

    ReplyDelete
  9. Shower gel memanjakan tubuh jadi segar dan wangi~

    http://www.imaginasiklasik.com/

    ReplyDelete
  10. Eh sejak bila Enchanteur ade buat shower gel? Tak pernah tau. Yang tau dieorang ade perfur dengan losyen je kan

    ReplyDelete
  11. Dah banyakkan produk keluaran dari Enchanteur ni. Sekarang mandian pula. Mesti bau dia setaraf bau perfume dia yang wangi tu. :D

    ReplyDelete
  12. Suka sangat bau dan tekstur lembut shower gel baru dari Enchanteur ni.huda dah guna botol kedua dah.. memang best!

    ReplyDelete
  13. Shower Gel Enchanteur ni memang best... tak sangka wangi sekali.. nanti nak cuba yang ni pulak Belle Amour

    ReplyDelete
  14. Enchanteur....produk yg dh ada dipasaran lebih 20...masa dari remaja lagi bonda dh pn gunakan produk ini...barangan nya semua bau best2...

    ReplyDelete
  15. oh i ingat only got the perfume, now got shower gel as well? haha well i supposed it must be wangi just like their perfume.


    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  16. Wahh best sesangat ni..akk pun suka mandian yang wangi wangi macam ni..kalau wangi tu rajin lah sikit dok lelama kat bilik mandi :)

    ReplyDelete
  17. product ENCHANTEUR ni mmg tak leh dinafikan mmg wangi dari dulu sampai sekarang jenama ni famous dan ramai yang pakai

    ReplyDelete
  18. Belle Amour ni bau dia memang wangi.. losyen dia TB suka sangat.. perfume dia pun alahai.. best.. bau segar dan harum.. ni mandian pulak yea.. lagilah TB teruja nak cuba.. mesti keluar bilik air pun dah harum semerbak..

    ReplyDelete
  19. Wah.. .Ada gel mandian ehhhh... Terbaik lah enchanteur sekarang ni.. Mesti wnagi gila kan

    ReplyDelete
  20. Wahhh dah ada produk baru dari ENCHANTEUR ni nampak wangi dan juga menarik hehehe kita suka yang wangi dan juga banyak buih ni hehehe sedap mandi...

    ReplyDelete
  21. ramai blogger yg dpt ni. review ekk?
    ni otai jugak ni di kalangan produk wangian kat m'sia.
    sejak aida muda remaja.

    ReplyDelete
  22. Produk Enchanteur mmg wangi giler..apa lg dgn shower gel lglah wangi satu badan

    ReplyDelete
  23. suka sangat dengan jenama ni. bedak, perfume lotion semua wangi belaka. nak try la shower gel

    ReplyDelete
  24. Best ya mesti bau wangi semerbak ni

    ReplyDelete
  25. Enchanteur products usually smell really good, will try out their shower gel soon.

    ReplyDelete