Monday, April 22, 2019

Buffet Ramadhan 2019 ~ Warna Warni Ramadan @ Grand BlueWave Hotel Shah Alam


Lebih kurang 2 minggu je lagi kita akan menyambut Ramadhan.Semoga Ramadhan ini, kita semua diberi keberkatan dan kesihatan yang baik. Sempena Ramadan yang bakal tiba tahun ini, Grand Bluewave Hotel Shah Alam (GBWHSA) mengalu-alukan semua tetamu untuk berbuka puasa di Buffet Ramadan yang penuh warna, iaitu Warna Warni Ramadan 1440H. 



Berkonsepkan ‘Bazar Malaysia Kini’ dan ‘Ala Kampung’, chef-chef kami menyediakan pelbagai menu juadah Malaysia serta pilihan menu antarabangsa. Terdapat lebih 100 jenis pilihan menu yang berbeza di bufet iftar ini. Antaranya, masakan negeri tempatan, masakan hidangan utama seperti nasi pakistan, nasi putih, nasi kabuli, daging tetel asam pedas, sambal tempe berlada dengan jering, ikan masam manis, daging salai, ayam panggang, pasta, pizza hawaian, stew kambing dan pelbagai pilihan lain.



Selain itu,gerai berkonsepkan bazar turut diletakkan di sekeliling lobi hotel yang mengetengahkan tema tertentu seperti Gerai Briyani, Gerai Masakan India, Gerai Tandoori, Gerai Masakan Cina, Kegemaran Warong Malaysia, Gerai Itali, Gerai ‘grill and carving’ serta Cita Rasa Negeri.

Di gerai ‘grill and carving’, tetamu boleh mencuba masakan seperti kambing, daging bakar, ikan bakar, masakan laut, ayam dan sosej dengan pelbagai pilihan sos seperti sos lada hitam, BBQ, air asam dan sambal kicap.











Tetamu juga boleh mencuba masakan di gerai ‘Cita Rasa Negeri’ di mana kami menyediakan pelbagai hidangan yang berasal dari negeri-negeri di Malaysia dan menariknya, jenis hidangan ini akan berubah setiap minggu. Antara masakan yang disediakan adalah Mee Udang (Perak)Laksa Sarawak (Sarawak),  Lontong dan Rendang Cili Padi (Johor & Negeri Sembilan), Laksa Penang (Pulau Pinang), Mee Kari Nyonya (Melaka), Ikan Patin Masak Tempoyak (Pahang), Nasi Dagang (Terengganu) dan bermacam-macam lagi.


Mengikuti trend media sosial, tumpuan buffet Ramadan kali ini ialah menu ‘Viral’ yang hangat diperkatakan dalam dunia media social seperti Burger Cheese Meleleh, Char Kuey Teow Keju, Shellout Kamyong Style, Kepak Ayam Goreng Pedas dengan Keju dan Roti John Titiwangsa.









Selain daripada suasana bazar yang pastinya menaikkan selera, tetamu semestinya harus mencuba aneka pilihan pemanis mulut untuk melengkapkan keseronokan berbuka puasa. Antara pilihannya termasuklah ais kacang, kek keju marmar, kek coklat basah, kek lobak, brownies coklat, aneka jenis kuih Melayu & kuih raya, puding tembikai susu, bubur pulut hitam, koktel buah, tapai pulut, dodol, serawa pisang, roti pisang, puding mentega, sago gula Melaka dan banyak lagi.



Berbuka puasa juga tidak lengkap tanpa minuman segar setelah berpuasa sepanjang hari. Oleh itu, aneka pilihan minuman disediakan untuk para tetamu seperti air buah naga, air soya, jus buah, air tebu dan berbagai pilihan teh dan kopi berkualiti tinggi.




Harga buffet ramadhan “Warna Warni Ramadan 1440H” adalah:

RM138+ bagi dewasa

RM70+ bagi warga emas (60 tahun ke atas) dan kanak-kanak (4-11 tahun)

RM148+ bagi bagi 1 dewasa dan 1 kanak-kanak pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum


Untuk EARLY BIRD pula (tempahan sebelum 6hb Mei 2019) 

RM95+ bagi 10 orang ke atas

RM100+ bagi 10 orang ke atas ke bawah

Untuk tempahan majlis berbuka di dewan bankuet, harga ditawarkan ialah bermula dari RM75.00+ dengan minimum 100 orang. Promosi ini khas untuk syarikat-syarikat korporat dan organisasi yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup di dewan bankuet yang berada di Grand BlueWave Hotel Shah Alam. 

Bagi mengisi malam Ramadan dengan keberkatan, tetamu juga dapat menikmati alunan bacaan ayat suci Al-Quran dan tetamu juga dapat menunaikan solat Maghrib dan solat Terawih yang akan diketuai oleh imam kami di Surau kami. Pada bulan mulia ini juga, GBWHSA akan menjalankan projek amal bagi anak-anak yatim

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi talian 03-5511 8811 sambungan 2801/2804/2806 ataupun menghantar email dosm@bluewavehotels.com

19 comments:

  1. menarik tengok rojak sotong tu..first time kita dengar. boleh la datang berbuka kat bluewave shah alam ni. nasib baik dekat dengan office kat seksyen 7 nie. sedap-sedap semua menu..

    ReplyDelete
  2. Bluewave mmg jarang mengecewakan dari segi pilihan makanan di bulan ramadhan. Memang best2 dan menarik. Tiba2 rindu nak berbuka di sini huhuhu

    ReplyDelete
  3. lama dulu pernah la pergi GBW nih....nanti kalau ada rezeki leh la p try

    ReplyDelete
  4. Buffet Ramadhan memang kita boleh jumpa macam macam makanan kak. Kambing ada ,sate ada .Ish tu sume buat jadi rambang mata nak pilih makan apa kan .Banyak menu pilihan yang ada .Harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  5. Ewah semua makanan nmpk menyelerakan. Belum berkesempatan lagi kesini untuk rasa kesedapan makanan kt sini. Nanti nak cuba rasa sendiri kesedapan kt sini. Harga pun not bad. hehehe

    ReplyDelete
  6. Banyak gilerr makanan semua sedap-sedap belaka bulan puasa ni lah paling tak boleh nak tipu untuk diet hehehe tengok lah bufet ramadan kat Bluewave ni sangat menggoda dan harga juga sangat berpatutan memang terbaikk...

    ReplyDelete
  7. sedapnya menu2 ni.. kalau tiap2 hari dpt makan buffet Ramadhan ni.. mmg makin kembanglah badan.. hehe terima kasih sharing

    ReplyDelete
  8. Rawlins tak pernah lagi makan kat GBWHSA nie - bila la agaknya nak merasa makan kan sini kan. Nampak memang best makanan dia tu. Selalu dengar review positif makanan dia kat sini.

    ReplyDelete
  9. Jauh sangat nak pi shah alam pun. Hehe. Emi tahun ni duk pi review buffet ramadhan area kl je. Teringin jugak nak try dekat blue wave ni, tapi jauh.

    ReplyDelete
  10. Bluevaw hotel mmg tiap2 tahu hidang buffet ramadhan yang best. Tgk menunya semuanya sedap dan tergida je.. rs mcm nak g mkn skrg je.. xsabar nak tgg ramadhan

    ReplyDelete
  11. Yelahhh, sedar x sedar kurang dua minggu lg nak berpuasa. Wahhh nampak menarik dan meriah betul ya hidangan buffet ramadhan di sini. Tak rugi datang. Ada hidangan shellout tu yg best tu. Pasti mnjadi tmpt pertama sy utk ambil nanti.

    ReplyDelete
  12. Ya ampun....!! Banyaknya menu. Semua bikbikin kita terliur. Stress nengoknya! Menu viral tu lagi laaaa... Memang wajib pi ni

    ReplyDelete
  13. Wah boleh tahan mahal gak ye harga makanan dia. Tapi pilihan makanan pun macam menarik je nih. Ni yang rasa nak pergi try berbuka kat sini nanti ni :D

    ReplyDelete
  14. Wah betul konsep bazaar ni banyak betul jenis makanan ada kat sini. Tak tahu nak pilih mana. Menang sesuai dengan harga.

    ReplyDelete
  15. Wow just look at the menu. One will be spoilt for choice as there are so many different cuisines and dishes to eat. Kalau boleh saya nak makan semua lar. :)

    ReplyDelete
  16. Skrg kat mana2 hotel dah sibuk buat buffet Ramadhan, npknya kita pun nk jenguk2 tempat yg menarik utk buka puasa nti

    ReplyDelete
  17. wah.. dah ramai yang review buffet untuk ramadhan ni.. menu-menu yang kat atas ni pun nampak menyelerakan je .. lapar pulak tengok.. hehe..

    ReplyDelete
  18. ohh hari tu saya ada pergi jugak kat sini tapi tak kenal awak yang mana satu ...memang syok makanan kat sini , dessert dia sedap gilerrr , paling suka char kue teow cheese dia dengan asam pedas daging tetel tu ...shell out kamheong dia pun besttt ..ishhh rasa nak repeat jerr

    ReplyDelete
  19. Hotel ini memang mu company gemar buat makan or training sebab dekat. Well last year we had our buka puasa kat sana, maybe this year juga la.

    ReplyDelete