Friday, May 10, 2019

Buffet Ramadhan 2019 ~ Bazar Ramadan @ PNB Perdana Hotel & Suites On The Park



smlm 4 ramadhan bawa family berbuka puasa 
di Restoran 10 Binjai @ PNB Perdana Hotel & Suites On The Park



PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur menampilkan kelainan untuk berbuka puasa pada tahun ini dengan membawa suasana meriah bazar Ramadan.

Memperkenalkan tema Bazar Perdana, Restoran 10 Binjai yang berkonsepkan suasana santai telah diubah menjadi bazar. Restoran 10 Binjai menampilkan gerai-gerai bazar Ramadan yang unik buat para pengunjung bagi merasai suasana seperti berada di bazar Ramadan yang sebenar. Menurut Pengurus Besar PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur, Encik Taha Zainal, tema Bazar Perdana dipilih untuk tahun ini kerana ia merupakan salah satu simbolik perpaduan masyarakat Malaysia.

“Seperti yang sedia maklum, bazar Ramadan menjadi medan tarikan pengunjung untuk membeli juadah berbuka puasa tanpa mengira kaum. Sehubungan itu, kami di hotel ini menjanjikan satu pengalaman bazar Ramadan yang menarik dengan tawaran pelbagai menu istimewa.” katanya.


kambing golek kegemaranku


aiskrim goyang kegemaran kanak-kanak


Sebagai menyambut kedatangan bulan suci Ramadan untuk tahun ini, Eksekutif Chef PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur, Chef Amran Adnan telah menyediakan sajian bufet beraneka citarasa dengan variasi sebanyak 188 hidangan masakan tempatan yang menjanjikan pengalaman berbeza untuk semua tetamu istimewa di hotel kami.

Selain dari suasana bazar yang meriah dan menarik, Restoran 10 Binjai turut menampilkan beberapa jenis signature dish sempena Bazar Perdana ini terdiri daripada Sup Berempah Binjai, Kambing Golek, Apam Balik, Satay, Aiskrim Goyang, Ais Batu Campur (ABC) dan juga Murtabak Cheese yang merupakan salah satu menu istimewa semasa berbuka di Restoran 10 Binjai.


ruang makan di dalam dan luar restoran boleh memuatkan sehingga 150pax


ada juga yong tau foo dan sup


gulai kawah & rendang


pilihan minuman sejuk yang banyak terdiri dari jus dan kordial


turut disediakan minuman panas


pencuci mulut yang terdiri daripada kuih muih tradisional, bubur lambuk, kek , 
puding roti, buah-buahan dan pelbagai lagi


ABC kegemaran ramai


PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur yang berkonsepkan syariah islam sememangnya telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007 lagi. Jadi sudah pastinya status halal itu merupakan satu perkara yang tidak perlu dicurigai kerana kami merupakan salah satu Hotel yang menerima pensijilan syariah sepenuhnya daripada JAKIM. Disamping itu, kemudahan untuk solat maghrib dan tarawih juga disediakan di tingkat 5.


Para pengunjung pastinya akan berasa teruja dengan sajian menu tradisional melayu di Bazar Perdana sepanjang bulan Ramadan. 

Selain mempunyai buffet Ramadan yang lazat di Restoran 10 Binjai, para pengunjung juga dapat merasai signature dish yang mewah sambil menikmati pemandangan indah Kuala Lumpur di Restoran 39. Dengan dihiburkan dengan bunyi muzik menenangkan, pengunjung dijemput untuk menerokai pengalaman berbeza dengan merasai hidangan yang ditampilkan di Restoran 39 sempena bulan Ramadan ini iaitu Kari Kepala Ikan yang menyelerakan dan Sup Gear Box yang pasti menggamit selera. 


Untuk tempahan dan maklumat lanjut:-

Restoran 10 Binjai 
RM98.00 nett (dewasa)
Harga bagi kank-kanak adalah 50% dari harga dewasa
Tel: 03-7490 3939

Restoran 39 
RM135.00 nett (dewasa)
Harga bagi kank-kanak adalah 50% dari harga dewasa
Tel: 03-7490 3838

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pnbperdanaonthepark.com

7 comments:

  1. meriah menu suka tema depa bazar ramadan..kalau bazar ramadan ni penuh dengan makanan yang best2

    ReplyDelete
  2. banyaknya pilihan makanan...semua nampak sedappp..huhu

    ReplyDelete
  3. wah mesti rambang mata terus kan nak pilih menu makanan yg mana. semua nampak sedap dan confirm rasa sedap ^_^

    ReplyDelete
  4. Sedapnya ada aiskrim goyang.. Yong taufu pun menarik..

    ReplyDelete
  5. Banyaknya menu..sure x tau nak pilih yng mana satu ni...dapnya..nak pi BGR la Rabu ni bawak family..minggu ni last voucher kan?

    ReplyDelete
  6. Alahai sedapnya byk betul pilihan menu

    ReplyDelete