Friday, October 4, 2019

4-IN-1 Buffet Dinner @Restoran Royale Songket, Grand BlueWave Hotel Shah Alam


Royale Songket Restaurant di Grand BlueWave Hotel Shah Alam menawarkan tema terbaharu bagi bufet makan malamnya iaitu 4-in-1 Buffet Dinner. Bufet makan malam yang mewah ini mengetengahkan empat tema utama iaitu BBQ dan Grill, Masakan Itali, Makanan Jepun dan menu Kegemaran Malaysia.


Di sini, terdapat pelbagai pilihan pembuka selera yang boleh didapati di kawasan hidangan pembuka selera dan salad bar seperti Salad, Mixed Lettuce, Tomato, Cucumber, Carrot, Caesar Station, Gherkin, Oliver, Kalamata, Sunday Tomato, Boil Eggs, Croutons, Kidney Bean, Corn, Gado – Gado, Tossed Mozzarella Cheese, Tomato & Basil Salad with Olive Oil, 7 Herbs Dressing dan Condiments.


Tumpuan utama bufet makan malam kami ini semestinya BBQ & Grill di gerai ‘Potong dan Hidang’ (carving station), di mana pengunjung dapat menikmati hidangan seperti Grill Lamb Cutlet, Beef Steak Ribs, BBQ Chicken dan Mini Pizza


Selain itu, pengunjung boleh juga mencuba menu di gerai Seafood on Ice
yang menghidangkan Udang Harimau dan Kupang.





Selain daripada gerai ‘Potong dan Hidang’ (carving station) dan seafood on ice, sajian bufet ini turut menghidangkan menu kegemaran Malaysia. Antaranya, Satay Ayam, Ayam Masak Lemak, Dhall Sayur, Nasi Goreng Ayam bersama Sayur & Kacang Gajus, dan Ikan Goreng Masam & Manis.


Terdapat juga Gerai Jepun yang semestinya menarik minat pencinta makanan Jepun seperti 
Sushi, Sashimi, Tempura, Teppanyaki dan Sup Miso






Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati masakan Barat seperti Black Pepper Steak, Lamb with Rosemary & Garlic, Grilled Seasonal Squid and Mussel yang boleh didapati di Gerai Grill Section Meat & Seafood.



Masakan Itali yang menjadi salah satu tema bufet makan malam ini juga boleh di dapati di gerai Sri Tanjung BBQ dengan pilihan menu seperti Spaghetti Bolognaise bersama Cream Sauce dan Mexican Nachos.



Di gerai ini juga, terdapat pelbagai pilihan masakan lain seperti Arizona Baked Beans, Roasted Potatoes with Capsicum & Cajun Spices, French Fries, Corn on Cobs, Cheezy Meatball, Arabic Shawarma dan Burger Mini. Antara menu lain yang ditawarkan ialah Mee Mongolian BBQ, Udang Maha Celup Tepung dan Ketam Celup Tepung.




Bagi menambah kemeriahan pada bufet makan malam ini, kumpulan pastri kami menyediakan pelbagai jenis pencuci mulut. Antaranya, Coconut Pudding, Chocolate Panna Cotta, Baked Pineapple & Caramel Tart, Mixed Berry Financiers, Longan & Honeydew Melon Terrine, Chilled Red Bean & Sago Soup, Mango , Mandarian Pudding dan banyak lagi!



4-in-1 Buffet Dinner di Royale Songket, Grand BlueWave Hotel Shah Alam berlangsung pada setiap Jumaat dan Sabtu dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. 

Harga yang ditawarkan ialah RM 95.00+ bagi seorang dewasa, manakala, RM47.00+ bagi setiap kanak-kanak dari umur 4 tahun hingga 11 tahun. 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi Telepemasaran di talian 03-55111833 sambungan. 2723, 2724, 2606 atau hantarkan email ke telemarketing@bluewavehotels.com. 

Layari laman web kami www.bluewavehotels.com untuk maklumat lanjut.

5 comments:

  1. Ya tuhan....sedapnyaaaa....sabar jer la hati...bila la Grand Bluewave nak jemput SA makan kat sini ni...

    ReplyDelete
  2. alahai nampak sushi pulak haa. tetiba teringat kesedapan makanan jepun di bluewave ni kak.

    ReplyDelete
  3. Dengan menu yang sangat best camtu memang berbaloi dengan harganya. Kena kosongkan perut betul-betul sebelum pergi. Hihi...

    ReplyDelete
  4. wah banyak pilihan makanan
    jom singgah blog saya juga :)
    https://www.imemily.com/2019/10/marrybrown-jimat-jumaat-promo-so-worth-it.html

    ReplyDelete
  5. Berbaloi bayar.. makanan pelbagai jenis.. pergh!!

    ReplyDelete