Tahun Baharu Cina 2020 yang juga dikenali sebagai Tahun Baharu Lunar, Tahun Tikus akan bermula pada 25 Januari 2020 ini. Ia adalah masa untuk semua berkumpul bersama ahli keluarga dan sahabat handai. Perjumpaan penuh kegembiraan ini akan lebih bermakna dengan adanya sesi makan tengahari atau makan malam bersama-sama. Oleh itu, marilah datang ke Restoran Cina Tung Yuen, Aras 1 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam untuk menikmati sesi makan besar yang amat menyeronokkan sempena Tahun Baru Cina ini.
Pada tahun ini, untuk menambah kemeriahan musim perayaan, Restoran Cina Tung Yuen di Grand BlueWave Hotel Shah Alam mengalu-alukan ketibaan Tahun Baru Cina 2020 dengan aneka masakan yang lazat sepanjang bulan Januari 2020 sehingga bulan Februari 2020. Ia disediakan oleh chef khas dalam masakan cina yang diketuai oleh Chef Patrick Ng.
Makan besar Tahun Baru Cina tidak lengkap tanpa hidangan Yee Sang. Ia merupakan hidangan tradisi yang menjadi simbol kepada nasib yang baik, kesihatan dan kekayaan. Oleh itu, Auspicious Yee Sang Selection sememangnya perlu dinikmati ketika berada disini.
Terdapat tiga pilhan Yee Sang yang boleh dicuba iaitu Yee Sang with Sliced Abalone and Salmon Fish and Crispy Fish Skin, Yee Sang with Salmon Fish and Crispy Fish Skin dan juga Vegetarian Yee Sang. Harganya ditawarkan bermula serendah RM40.00+.
Terdapat tiga pilhan Yee Sang yang boleh dicuba iaitu Yee Sang with Sliced Abalone and Salmon Fish and Crispy Fish Skin, Yee Sang with Salmon Fish and Crispy Fish Skin dan juga Vegetarian Yee Sang. Harganya ditawarkan bermula serendah RM40.00+.
Satu lagi set yang ditawarkan sempena Tahun Baru Cina kali ini Auspicious Good Luck Set Menu. Set ini mempunyai lapan jenis hidangan termasuklah Yee Sang with Salmon Fish and Crispy Fish Skin, Double Boiled Chicken Soup with Madagascar Coconut and Black Garlic, Crispy Boneless Chicken with Roast Sesame Paste, Fried White Shell Prawn with Mayonaise and Crispy Fried, Steam Red Garoupa with Black Ear Fungus and Premium Oyster Sauce, Braised Black Mushroom, Baby Abalone and Fish Maw with Brocolli, Black Pepper Fried Rice with Chicken dan Chilled Sea Coconut with Sea Bird Nest (Seaweed Jelly) and Lemon. Auspicious Good Luck Set Menu ini berharga RM1288.00+.
Steam Red Garoupa with Black Ear Fungus and Premium Oyster Sauce
Crispy Boneless Chicken with Roast Sesame Paste
Braised Black Mushroom, Baby Abalone and Fish Maw with Brocolli
Fried White Shell Prawn with Mayonaise and Crispy Fried
Black Pepper Fried Rice with Chicken
Double Boiled Chicken Soup with Madagascar Coconut and Black Garlic
Chilled Sea Coconut with Sea Bird Nest (Seaweed Jelly) and Lemon
Menu promosi Tahun Baru Cina yang amat menyelerakan ini boleh didapati di Restoran Cina Tung Yuen, Aras 1 bermula 15 Januari 2020 sehingga 15 Februari 2020 dari jam 11.30 pagi sehingga 2.30 petang bagi sesi makan tengahari manakala untuk sesi makan malam, ia bermula dari jam 6.30 malam sehingga 10.30 malam.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi Telepemasaran di talian 03-55111833 sambungan 2723, 2724, 2606 atau email ke telemarketing@bluewavehotels.com. Layari laman sesawang kami untk maklumat lanjut di www.bluewavehotels.com.
i suka betul udang tu hihi
ReplyDeletefav juga..dgn boneless chicken tu dip ngan roasted sesame
DeleteWah...makan besar ni..lama x makan chinese food...
ReplyDeletechinese cuisine memang sedap2.. haih..
ReplyDeletelama da x pi makan sedap2 lauk chinese hehe..
meriah betul promosinya..
ReplyDelete