dpt soklan ni dr group whatsapp
Soalan: Bagaimana dengan majlis kenduri yang banyak akan di adakan sempena cuti sekolah dalam suasana wabak COVID19?
Jawapan: Perancangan kenduri mungkin sudah dilakukan oleh tuan rumah lebih setahun dulu. Semestinya tanpa ada pengetahuan tentang wabak COVID19 ini. Untuk sebuah silaturrahim, untuk meraikan majlis, tuan rumah dan bakal pengantin ( sekali seumur hidup), Sy berpandangan, sekiranya kita sihat dan tidak batuk/ selsema, boleh hadir dengan beberapa langkah seperti berikut:
1. Seeloknya hadir hanya bersama pasangan, tidak membawa bersama anak2 (bawah 12 tahun) kerana mereka berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan disebabkan sistem imun badan yg masih rendah
2. Elakkan waktu puncak, mungkin awal waktu dan lewat waktu lebih sesuai.
3. Hadkan tempoh, tidak perlu berbual panjang
4. Teknik salaman dgn meletakkan tangan di dada lebih selamat.
5. Elakkan duduk semeja dengan tetamu yg ber "mask" dan kelihatan tidak sihat
6. Tuan rumah menyediakan hand sanitizer dlm bentuk spray beberapa botol
7. Mungkin boleh diletakkan tabung berkunci di meja bahagian pintu utama menggantikan salam "kaut"
Perlu di ingat virus ini tidak disebarkan melalui makanan. Jadi insyaAllah selamat untuk makan di kenduri.
Noraziah M Zin
Pensyarah Mikrobiologi Perubatan
Program Sains Bioperubatan Fakulti Sains Kesihatan
UKM
12 Mac 2020
ni aku pi wedding kt hotel smlm , dlm lif ada disediakan hand sanitizer
lpstu time nk masuk ballroom pn semua tetamu kena sanitize tgn juga
sama2 la kita teruskan berdoa..moga Allah lindungi kita semua
Mrs. A last week pergi 2 wedding tawakal jelah.
ReplyDeleteMemang ingat tak nak bersalam tapi tulah bila tuan rumah dah hulur tangan salam jugaklah cuma memang tak berlama-lama pun dah makan balik.
dana takde lagi terima jemputan kat mana-mana, tapi yelah tetap risau jugak... bagusla kalau pihak yang buat majlis ada sediakan hand sanitizer atau sabun untuk mencuci tangan, tapi yelah tetap jugak kene jaga jarak kan... risau jugak kan nak ke majlis atau tempat yang ramai orang
ReplyDeleteDulu ramai pertikai kenapa buat majlis kawen adik bulan 2. Bukan buat bulan 3 masa cuti sekolah. Rupanya Allah nak mudahkan kami. Sekarang ada virus ni, mesti tuan rumah pun terasa susah. Mana2 yang g kenduri, kena amik langkah berjaga-jaga je la..
ReplyDeleteYa lah cara penyebaran melalui titisan udara ketika bersin dan batuk kan
ReplyDeleteWedding kazen SA postpone reception...nikah jalan...trip ke kedah batal..burn homestay RM700 utk 3 hari...
ReplyDelete