Saturday, May 16, 2020

#4 Ramadhan ~ 1st trial buat kuih Tepung Pelita :)



Kuih wajib ada bila bln Ramadhan adalah Tepung Pelita 
memandangkan thn ni tkde bazar ramadhan, gigih la buat sendiri masa 4 ramadhan aritu 
1st trial buat kuih tradisional tapi versi moden sbb tk guna daun pisang
just isi dlm bekas camni senang..tk brp gigih nk buat2 kotak2 dr daun pisang tu hehe


ok jom tgk resepinya...actually mcm2 jenis resepi sukatan kalo korang google
aku ni pn adjust2 juga ikut kesesuaian


Resepi Tepung Pelita

Lapisan Pandan
4 helai daun pandan
1 cawan tepung beras
4 cawan air
1 cawan gula
pewarna hijau

Cara-cara:

1. Blend daun pandan dengan 4 cawan air
2. Tapis air pandan masuk dlm pan
3. Masukkan tepung,gula,pewarna hijau
4. Masak sampai likat dgn api sederhana kecik , dh nmpk adunan tu letup2 bole tutup api
5. Bekas utk isi lapisan pandan tu, siapkn dgn tabur skit gula kaster dulu.

* aku guna gula halus je sbb tkde gula kaster.





Lapisan Santan
1 kotak santan 200ml
3 cawan air
3 sudu tepung beras
garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Masukkan santan, tepung, air dan garam dalam pan.
2. Masak sampai likat sama macam masak adunan lapisan pandan tadi.
3. Dah likat, masukkn dlm bekas atas lapisan pandan tadi.
4.Sejukkan dulu dlm peti ais..tunggu waktu berbuka puasa utk menikmatinya.




View this post on Instagram

Utk yg tanya resepi kuih tradisional ni aku share utk rujukan..make sure sentiasa kacau adunan tu dgn api sederhana kecik..kalau tak, ia akan berketul..bila dh likat cepat2 masukkan dlm bekas. Belum gigih nk buat kotak2 dr daun pisang/daun pandan so guna bekas camni senang😅 Resepi Tepung Pelita Lapisan Pandan 4 helai daun pandan 1 cawan tepung beras 4 cawan air 1 cawan gula pewarna hijau Cara-cara: 1. Blend daun pandan dengan 4 cawan air 2. Tapis air pandan masuk dlm pan 3. Masukkan tepung,gula,pewarna hijau 4. Masak sampai likat dgn api sederhana kecik , dh nmpk adunan tu letup2 bole tutup api 5. Bekas utk isi lapisan pandan tu, siapkn dgn tabur skit gula kaster dulu. * aku guna gula halus je sbb tkde gula kaster. Lapisan Santan 1 kotak santan 200ml 3 cawan air 3 sudu tepung beras garam secukup rasa Cara-cara: 1. Masukkan santan, tepung, air dan garam dalam pan. 2. Masak sampai likat sama macam masak adunan lapisan pandan tadi. 3. Dah likat, masukkn dlm bekas atas lapisan pandan tadi. 4.Sejukkan dulu dlm peti ais..tunggu waktu berbuka puasa utk menikmatinya. #mamatisyalilkitchen #kuihtradisional #tepungpelita #stayathome#workfromhome #mco #movementcontrolorder #foodie #nomnomnom #foodporn #food #foodstyle #foodgasm #foodpassion #foodstyling #instafood #instaeat #sharefood #picoftheday #photooftheday #igers #like4likes #likeforfollow #lfl #videomamatisya
A post shared by Amy Aril (@mamatisya) on



**make sure sentiasa kacau adunan tu dgn api sederhana kecik..kalau tak, ia akan berketul..
fuh sado lengan ngacau nk bg likat ....bila dh likat cepat2 masukkan dlm bekas. 



bg sejuk dulu..tgu time berbuka puasa br makan


mcm tk percaya berjaya buat....komen husband 
katanya kurang rasa daun pandan..mayb skit daun pandan tu
tp sedap juga katanya utk 1st trial menjadi..alhamdulillah


17 comments:

  1. Feveret juga tepung pelita ni. Nak buat sendiri pokok daun pandan tak berapa nak rimbun. Nantik kan togel pulak pokok. Hihi

    ReplyDelete
  2. Nampak memang sedap. Tak susah buat sebenarnya. sejak pkp ni, wife Mat Drat pun buat sendiri je, biasa beli je....

    ReplyDelete
  3. Dah agak lama tak try buat balik kuih Tepung Pelita ini. Dulu arwah emak mertua rajin jugak buat. Ini dah lama tak buat.

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap tepung pelita tu... sy belum pernah buat sendiri selalu beli sebab tak ada daun pisang, nnt boleh try buat dlm bekas nih

    ReplyDelete
  5. Yeayyy..berjaya..:D. Sis tak berapa suka kuih yg lembek2 macam ni, tapi kalau ada makan jugaklah

    ReplyDelete
  6. Tahun ni tak makan lagi tepung pelita. Tak pernah buat sendiri.thank you share resepi

    ReplyDelete
  7. Wah! Tahniah. First time buat terus jadi 👏🏻👏🏻

    ReplyDelete
  8. Rindunya nak makan tepung pelita! Sedap!

    ReplyDelete
  9. Wow!!! Tahniah mama Tisya atas kejayaan ini!!! Nanti saya pun nak cuba buat jugalah... dulu selalu terfikir macam manalah nak buat dua lapisan tu... rupanya, bahan-bahan dan cara nak buatnya pun tak serumit mana... thanks for sharing...

    ReplyDelete
  10. I love kuih Tepung Pelita since I was a child. Sweet and delicious dessert for the whole family

    ReplyDelete
  11. Tahun ni betul-betul kemaruk ek makan tepung pelita ni, padahal kalau tak puasa, boleh je buatnya hehehehe...Sis lee boleh kata selang hari atau seminggu mesti nak makannya..

    ReplyDelete
  12. 1st trial tu patut dipuji sbb terus menjadi. hehe.. buat sendiri puas hati makan..
    boleh makan banyak2..

    ReplyDelete
  13. Sedap sangat ni kuih fav Yaya hee lepas ni boleh buat sendiri terima kasih sudi berkongsi resepi tepung pelita ni. Kuih yang menjadi kegemaran di bulan Ramadhan

    ReplyDelete
  14. sedap ni, antara febret juga...bulan puasa ni tak dapat makan lagi...

    ReplyDelete
  15. tahun ni tak merasa lagi tepung pelita untuk buat berbuka puasa. nanti boleh la try buat dengan resipi ni.

    ReplyDelete
  16. Ramai buat kuih tepung pelita bulan puasa ni. sedapnya.

    ReplyDelete