Monday, March 7, 2022

Buffet Ramadhan 2022 ~ Warisan Bonda di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam



As Salam...tak lama je lagi kita semua akan menyambut bulan ramadhanMardhiyyah Hotel & Suites (MHS) begitu teruja untuk menyambut bulan suci Ramadan tahun ini dengan suasana yang baharu. Kali ini, tema “Warisan Bonda” menjadi pilihan dengan menampilkan hidangan aneka juadah tempatan dan antarabangsa. Berkonsepkan tradisional melayu, keindahan lokasi Royale Songket, Mardhiyyah Hotel & Suites akan ditambah seri dengan dekorasi-dekorasi menarik yang mampu mengimbau
kembali nostalgia iftar bersama ahli keluarga dan rakan taulan.



Bufet Ramadan Warisan Bonda ini menawarkan pelbagai pilihan masakan berasaskan menu seperti air tangan bonda. Antara menu utama yang akan diketengahkan adalah masakan tempatan seperti Nasi Putih, Nasi Kandar, Nasi Minyak, Ayam Rempah Kuzi, Gulai Lemak Ikan Merah Belimbing Buluh, Rendang Daging Bonda, Kambing Penanggah, Udang Telur Asin, Sotong Kam Heong, Wok Goreng Baby Kailan dengan Bawang Putih dan macam-macam lagi pilihan yang ada.


Untuk menambah aneka makanan warisan, chef terbaik kami menyediakan variasi sambal seperti Sambal Belacan, Cincaluk, Budu, Kicap Cili Padi, Air Asam, Sos Percik, Sambal Kicap Pedas untuk dipadankan bersama ulam-ulaman. Tambahan pula, Kerabu Ayam, Kerabu Kacang Botol, Jantung Pisang, Kacang Panjang Rojak Buah, Popiah Basah, Jeruk Buah Cermai, Kelubi, Betik, Salak & Anggur menjadi pelengkap hidangan berkonsepkan warisan. 



Tidak dilupakan masakan pilihan antarabangsa. Antaranya Garden Salad, Tuna Salad, Grill Chicken Salad, Coleslaw, Classic Macaroni Salad dan Italian Dressing, Sushi, Maki & Tempura Mariowase dan aneka jenis pasta. Selain itu, suasana yang sedia ada indah di Royale Songket akan diserikan dengan Makanan tradisional. 



Para tetamu boleh melihat barisan aneka makanan seperti “Paling Hangat” Smokey Hickory Roasted Whole Lamb, Makanan Masakan Selera Timur Tengah, Penang Best, Masakan Panas, Bazaar Minuman, Masakan Cina dan Jepun, Masakan Aneka Mee, Aneka Cucur dan yang dinanti-nanti iaitu Hidangan Pemanis Selera.



Seperti tahun sebelum ini, Smoke & Grill menjadi tarikan terhangat dalam Bufet Ramadan di MHS. Untuk Bufet Ramadan Warisan Bonda kali ini, barisan Chef sekali lagi membawakan kepada tetamu “Smoke Hickory Roasted Whole Lamb” bersama Sayur Pangang dan dilengkapkan dengan Sos Lada Hitam dan Sos Cendawan.






Disamping itu, tetamu boleh menikmati masakan panas di mana chef kami akan membuat “live cooking”. Antara pilihan menu yang boleh dinikmati adalah Mee Goreng Mamak & Penang Char Koey Teow. 




Tetamu juga boleh menikmati variasi Laksa, Sup Ayam Utara, Nasi Kuning, Chicken Mandy, Roti John Briyani Daging, Murtabak Ayam dan tidak dilupakan Bubur Lambuk.





Apabila seharian berpuasa menahan lapar dan dahaga, sudah pastinya pilihan minuman yang disediakan melengkapi juadah iftar para tetamu. Oleh itu, hilangkan dahaga dengan pelbagai jenis minuman panas mahupun sejuk seperti Brewed Premium Coffee, Teh Tarik, Nescafe Tarik, Sweet Corn Drink, Blue Lime Soda, Iced Chocolate, Sirap Bandung dan Soya Bean.




Selepas mencuba hidangan bufet utama yang pelbagai, hidangan pemanis selera pasti terus membangkitkan selera para tetamu. Mesti cuba hidangan pemanis mulut pula! Chef Pastri kami menyediakan aneka kuih tradisi melayu yang utama, Sago Gula Melaka, Chilled Honey Dew dengan Pearl Sago, Agar-Agar dan Pudding, Ais Kacang, Waffle, Bubur Gandum Pandan Gula Anau, Marble Cheese Cake, Pandan Tiramisu, Red Velvet, Chocolate Moist Cake, Brownies, Kurma, Puding Roti dan Aneka Buah-Buahan.



Untuk makluman, Bufet Ramadan Warisan Bonda ini juga menyediakan pakej hidangan untuk bersahur. Tetamu boleh datang ke Royale Songket untuk bersahur di mana hidangan utamanya adalah Nasi Putih, Fried Noodle With Seafood, Ayam Masak Hitam Manis, Daging Kerutub, Kari Ikan Bawal Berkerisik, Udang Goreng Kunyit, Mix Vegetable with Oyster Sauce, dan Fried Japanese Beancurd in Crabmeat Sauce. Disediakan juga pilihan juadah ringan untuk tetamu.

Antaranya, Variasi Salad seperti Tuna Salad with Pasta, Roasted Chicken Salad with Corn, Bubur Berlauk bersama Ayam Kunyit, Sambal Bilis, Telur Masin, Ikan Masin, Kangkung Belacan, Daging Merah dan Sup Ayam.

Melengkapkan set hidangan sahur ini dengan aneka pastri dan pencuci mulut seperti Croissant, Chocolate Roll, Vanilla Sultana, Muffin, Apple Strudle, Bread Loaf, Bun, Rolls dan Toast, Bubur Kacang Merah, Aneka kek juga bersama minuman Kopi dan Teh Tarik panas, Jus Mangga dan Susu Segar. 


Promosi Tempahan awal 
Bayar sebelum 1 Ramadan
RM 110.00 bersih dewasa sahaja
RM 110.00 bersih Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM 90.00 bersih Kanak-kanak (6-12 Tahun)

Promosi Harga Biasa
2 Ramadan – 29 Ramadan (4 April 2022 – 1 Mei 2022)

Harga: Isnin hingga Ahad
RM 145.00 bersih Dewasa
RM 110.00 bersih Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM 90.00 bersih Kanak-kanak (6-12 Tahun)

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
RM 200.00nett (1 Dewasa & 1 Kanak-kanak)

Harga: Isnin hingga Ahad
RM 145.00 bersih Dewasa
RM 110.00 bersih Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM 90.00 bersih Kanak-kanak (6-12 Tahun)

Promosi Bufet Sahur
RM 65.00 bersih Dewasa
RM 55.00 bersih Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM 45.00 bersih Kanak-kanak (6-12 Tahun)

Promosi Istimewa Bilik Deluxe
RM 250.00 bersih
Sahur untuk 2 dewasa
10% Ramadan Iftar

Hamper Raya Mardhiyyah
RM 120.00 bersih
Biskut Raya aneka pilihan



Bagi mengisi malam Ramadan dengan keberkatan, tetamu boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat Tarawih yang di ketuai oleh imam di Surau Al-Latifah di aras 4. Solat Subuh berjemaah juga terdapat untuk tetamu hotel yang menginap dan bersahur di MHS.

Untuk maklumat dan tempahan lebih lanjut, hubungi Jabatan Penjualan & Pemasaran melaui e-mel terus ke sales@mardhiyyahhotel.com atau melalui WhatsApp 012-3469585 (Muhammad Izzat),  019-2736801 (Zaris Azua), 019-275 7801 (Syaqila), 019-2639801 (SitI Atiqah) dan 019-26 6847 (Asyila). 

Media Sosial (Facebook, Instagram, Twitter & Youtube): @mardhiyyahhotel
Alamat : Lot 5.5 Persiaran Perbandaran Seksyen 14, Shah Alam 40000 Selangor Darul Ehsan .


25 comments:

  1. MashaAllah siap ada terawikh,menarik sangat, complete solat waktu berjemaah, juadah pun mix. Great sharing.

    ReplyDelete
  2. Allahu best sangat ni. Sedapnya nampak semua makanan tuuu. Okey kalau ada rezeki nak bawak famili atau kawan ke sinilah nanti. hehe

    ReplyDelete
  3. bestnya...lama dah x dapat jemputan...bagus hotel ni...syariah compliance...

    ReplyDelete
  4. Sedap sedap menu buffet Ramadhan Warisan Bonda. Lauk pauk tradisional dan menu local yang menyelerakan. Berbuka puasa ni, tak tahu nak ambil mana satu.

    ReplyDelete
  5. mak aii
    menu - menu dia.
    memikat kalbu betul

    ReplyDelete
  6. Mcm2 ado
    yg suka mkn dan mkn banyak bestt berbuka camni

    ReplyDelete
  7. dah 2 tahun tk buka puasa di hotel..menarik masakannya..

    ReplyDelete
  8. Salam kenal. Nampak sedap2 semuanya.

    ReplyDelete
  9. Menariknya. Macam2 jenis masakan dan lauk pauk ada disediakan. Tahun ni kalau ada kesempatan boleh la berbuka di hotel pula.

    ReplyDelete
  10. Wahhh. Banyaknye menu dia. Puas berbuka puasa nanti.Rambang mata nak pilih makan

    ReplyDelete
  11. Ya Allah lagi best, ada kerabu semua, ada shushi, macam2 lagi ada. Harga ok juga murah tu. Menarik la dekat sini. Darim makanan kampung sampaila makanan luar. Puas hati kalau berbuka dekat sini

    ReplyDelete
  12. Makin dekat puasa dah kan. Menu kat sini menarik gak dan Rawlins tak pernah lagi berbuka kat sini. InsyaAllah this year boleh pergi

    ReplyDelete
  13. Nampak sedap pulak buffet Ramadhan ni, nnt saya cuba la

    ReplyDelete
  14. ya ampunnnn variety makanan banyak yakmat, terus lapar tengok makanan dia hehe, harga pun reasonable

    ReplyDelete
  15. Wah... dah stat bufet Ramadan, tgk menu2 Bufet Ramadan Warisan Bonda mmg menarik masakan kampung dan byk pilihan

    ReplyDelete
  16. Menarik ye buffet ramadan yang ada kat hotel ni. Rambang mata tengok menu2 dan sgt presentable! Lagi best siap ada staycation package yang affordable! Boleh consider for this coming Ramadan bah!

    ReplyDelete
  17. The spread looks amazing can't wait to book a slot for my customers

    ReplyDelete
  18. Ya ampuuunnn! Sedap- sedapnya menu buffet Ramadan.

    ReplyDelete
  19. Nampak something new dalam menu dia nak compare dengan hotel lain. Boleh add dalam list nanti nak berbuka.

    ReplyDelete
  20. makanan kat sini semuanya best-best... dan paling penting pilihannya sangat banyak ya...

    ReplyDelete
  21. Rindu nak makan kat hotel ni. Grand Blue Wave @ Mardhiyyah hotel ni tidak mengecewakan kalau ke sini. Chef dia masak sedap!!!@

    ReplyDelete
  22. Wow banyak jenis lauk, their Smoke Hickory Roasted Whole Lamb looks so tempting.

    ReplyDelete