Friday, July 12, 2013

resepi Ayam Percik Tomato


nk share resepi yg aku cipta sendiri 
so aku bg nama resepi ni Ayam Percik Tomato
actually bahan2 nye sama jugak bezanye yg ni aku bkn guna tomato puree
tp guna tomato paste...aku ingt sama dua2 ni rupanye lain
bezanya tomato puree cair manakala  tomato paste pekat skit
so jom tgk bahan2nye


Bahan-bahan:

kepak ayam - 3 ketul (ikut keperluan masing-masing)
kulit kayu manis
bunga cengkih
bunga lawang
bawang putih-ditumbuk
bawang merah-ditumbuk
halia-ditumbuk
bawang besar-di hiris
santan KARA tanpa kolestrol
tomato paste LEGGO's
serai
cili boh
garam/gula
salad/tomato-utk hiasan

Cara-caranya

  

1. Ayam dibersihkan dan gaul dengan kunyit & sedikit garam. Kemudian digoreng sehingga masak tetapi jangan terlampau garing dan ketepikan. 

2.Tumis bahan2 seperti kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dengan bahan2 yang telah ditumbuk sehingga naik bau wangi.

3.Masukkan cili boh 1 sudu, kacau hingga sebati.

4 & 5 Masukkan bawang yg telah dihiris...kacau hingga naik bau.

6. Masukkn 2 sudu atau lebih tomato paste LEGGO's , kacau hingga sebati.

7. Masukkan santan KARA tanpa kolestrol secukupnya. 

8. Biarkan sehingga mendidih, masukkan serai. 

9.Masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi dan kacau hingga kuah pekat...siap untuk dihidangkan


hias la dgn salad & tomato
selamat mencuba

14 comments: