Followers MamaTisya

Sunday, June 9, 2013

Kepak Ayam Tomato Puree LEGGO's

rsnye korang biasa masak ayam tomato kn...
tp bahan2 ada yg sama ada yg tk sama...
so arini aku nk share masak ayam tomato 
menggunakan tomato puree dr LEGGO's 
dan tk lupa santan tanpa kolestrol dr KARA


Bahan-bahan:

kepak ayam - 3 ketul (ikut keperluan masing-masing)
kulit kayu manis
bunga cengkih
bunga lawang
bawang putih-ditumbuk
bawang merah-ditumbuk
halia-ditumbuk
bawang besar-di hiris
santan KARA tanpa kolestrol
tomato puree LEGGO's
serai
cili padi
garam/gula
salad/tomato-utk hiasan

Cara-caranya:

1. Ayam dibersihkan dan gaul dengan kunyit & sedikit garam. Kemudian digoreng sehingga masak tetapi jangan terlampau garing dan ketepikan.

2. Tumis bahan2 seperti kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dengan bahan2 yang telah ditumbuk sehingga naik bau wangi.

3. Masukkan 5 sudu atau lebih tomato puree LEGGO's , kacau hingga sebati

4. Masukkan santan KARA tanpa kolestrol secukupnya.

5. Biarkan sehingga mendidih, masukkan serai.

6. Masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi dan bawang besar yang telah dihiris

7. Kacau hingga kuah pekat dan siap untuk dihidangkan.

8. Cili padi yang dihiris di tabur di atas kepak ayam tadi dan dihias dengan salad & tomato.

Selamat menjamu selera. Boleh di makan dengan nasi putih/nasi tomato/nasi minyak/nasi beriyani :)


7 comments:

Nad MamaZN said...

Yumyumyum! :)

Chekgu Azrine said...

Terliur..nti nk buat

syawalsimpsons said...

ok fine jemah buat hujung minggu ni...tunggu dlm IG tau

Hani Fadhlina Abdul Rahman said...

Sedap nyer ...

Norliza Nordin said...

nyum.. terliur sungguh.. kne try buat ni.. hehehe

Sidratul Muntaha said...

terliur weih..
ish ish..
klu ade nasi briyani nih..
fuh..
nasi minyak ke..
terbaeklah!

watyz said...

senang.. bole dicuba.. tqvm!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...