Siapa yang belum pernah pergi lagi ke Pulau Langkawi? Pulau Lagenda yang terkenal dengan kisah Mahsuri. Langkawi memang tidak asing lagi bagiku kerana boleh dikatakan banyak kali juga dah jejakkan kaki ke sini....kali terakhir tak silap tahun 2010 ...lama juga tak ke Pulau Langkawi.
Kalau ke Pulau Langkawi , tidak kira anda bercuti bersama keluarga,rakan-rakan atau seorang diri, pasti ada penginapan yang sesuai dengan keperluan dan citarasa anda. Dua lokasi yang menjadi tumpuan pelancong apabila memilih tempat penginapan di Langkawi adalah Pekan Kuah dan Pantai Cenang.
Malibest Resort, Langkawi
Terletak di Pantai Cenang, lokasi tumpuan pengunjung kerana berdekatan dengan pantai yang membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti di sekitar pantai. Tempat makan pun banyak di kawasan sekitarnya.
damainya bila dapat tengok permandangan sebegini...tenang seketika dari kesibukan kota
terdapat beberapa jenis bilik di Malibest Resort
boleh pilih ikut kesesuaian anda samada Tree House, Super Deluxe Chalet, Deluxe Wooden,
Deluxe Bricks, Deluxe Family, Family Room, Standard Bricks
Tree House
Deluxe & Standard Bricks
Deluxe Wooden
Super Deluxe Chalet
Deluxe bricks
Deluxe family room
Super deluxe chalet
Superior twin room
kolam renang juga disediakan..ada papan gelongsor juga
sangat cantik permandangannya
menikmati keindahan pantai dan alam semulajadi yang berhadapan dengan Malibest Resort
Tempah Melalui TRAVELOKA
Nak harga murah, jom tengok melalui Traveloka ~
Malibest Resort Deals and Promotions
Boleh pilih bilik mengikut kesesuaian anda. Senang dan mudah kalau menginap di
Malibest Resort kerana berdekatan dengan tempat makan dan tempat menarik untuk dilawati .
Tempat Menarik Untuk Di Lawati dan Aktiviti Yang Boleh Di Lakukan Ketika Anda Ke Pulau Langkawi
Terdapat pelbagai aktiviti di langkawi yang anda boleh dilakukan untuk mengisi masa anda disana nanti seperti melawat tempat menarik di Langkawi dan juga shopping di Pekan Kuah, Langkawi.
Pulau Langkawi terletak di persisiran barat laut Semenanjung Malaysia. Pulau Langkawi juga merupakan salah sebuah tempat percutian menarik di Malaysia.
Memang tidak dapat dinafikan, keindahan alam semulajadi seperti gunung, pulau dan pantai yang indah menjadikan Pulau Langkawi sebagai tempat pelancongan di Malaysia yang dikenali sehingga peringkat antarabangsa.
1. Dataran Helang
Di sini anda berpeluang melihat patung helang gergasi sedang bersedia untuk terbang yang dibina sebagai lambang Pulau Langkawi.
Rasanya tidak lengkap percutian anda di Pulau Langkawi jika anda tidak bergambar di sini sebagai tanda kenangan yang anda telah pun sampai ke pulau ini.
2. Kereta Kabel Langkawi & Sky Bridge Langkawi
Jangan lepaskan peluang untuk menaiki Kereta Kabel Langkawi yang merupakan kereta kabel paling curam dan juga merupakan yang terpanjang di dunia.Kereta Kabel Langkawi ini terletak di Gunung Mat Cincang yang berketinggian 713 meter .
3. Makam Mahsuri
Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Mahsuri merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi yang telah difitnah serta dibunuh kerana dituduh berdua-duaan dengan seorang penyair yang bernama Deramang ketika suaminya Wan Derus keluar dari Pulau Langkawi Mahsuri untuk melawan tentera Siam. Darah Mahsuri dikatakan berwarna putih sebagai bukti bahawa dia tidak bersalah dan difitnah. Mahsuri juga telah menyumpah Pulau Langkawi supaya tidak akan subur dan aman sehingga tujuh keturunan beliau.
4. Air Terjun Telaga Tujuh
Air terjun ini dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini dibentuk dari tujuh mata air semulajadi yang mengalir ke tujuh telaga semulajadi yang berasingan. Pengunjung dapat melihat tujuh buah air terjun di kaki bukit. Airnya putih jernih, mengalir bertingkat-tingkat atau bertangga-tangga.
5. Underwater World Langkawi
Underwater World Langkawi merupakan akuarium yang terbesar di negara ini dan disini anda berpeluang untuk melihat haiwan akuatik yang menakjubkan.
6. Muzium 3D Langkawi
Terdapat banyak lukisan murah yang seakan "hidup" dan para pengunjung boleh bergambar di sini yang kelihatan "Real" .
7. Pantai Cenang
Pantai yang menjadi tumpuan pengunjung dan popular di Langkawi. Di sini juga terdapat banyak penginapan bajet dan juga eklusif . Kawasan Pantai Cenang menjadi tumpuan ketika musim cuti sekolah kerana banyak aktiviti air dan tempat makan sekitar pantai.
8. Galeria Perdana
Di sini dipamerkan dengan pelbagai jenis hadiah , anugerah dan cenderahati yang diterima dari pemimpin-pemimpin dalam dan luar negara ketika pemerintahan Tun Mahathir dabadikan di galeria ataupun muzium ini di mana para pengunjung dapat melihat kesenian dan kebudayaan yang terceta pada pemberian tersebut.
9. Idaman Suri & Haji Ismail Group
Syurga tempat membeli belah idaman kaum wanita terutama bab pinggan mangkuk, coklat dan macam-macam lagi
10. Island Hopping
Biasanya aktiviti ini terdapat beberapa pakej disediakan, anda boleh pilih ke mana destinasi yang ingin dilawati. kebiasaanya tempat yang dibawa adalah
Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dengan menaiki bot laju.
Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat yang boleh anda lawati, yang disenaraikan ni baru sebahagian sahaja.
Tak sabar nak bercuti lagi ke Pulau Langkawi dengan membuat tempahan melalui TRAVELOKA.