Followers MamaTisya

Friday, March 30, 2018

Di sebalik tabir Malam Anugerah Tani Bernas 2017



event pd 28 mac 2017 tp sehari sebelum urusetia yg terlibat dh kena standby kt hotel



ketibaan petani dr negeri selangor, perak, kedah & kelantan dgn menaiki bas
lebihkurang 300 ++ juga...utk sabah & sarawak malam baru tiba menaiki flight


kami yg bertugas sehingga 11mlm ++



esoknya seawal 9 pagi dh smp kt hotel



kerja-kerja persiapan akhir sebelum Malam Anugerah Tani Bernas 2017


ballrooom dh ready


lautan goodies bag utk Malam Anugerah Tani Bernas 2017


props utk bergambar


sebahagian urusetia yg bertugas bergambar dgn big bos selepas selesai majlis


posing dgn basikal :)


geng aku 6 org...hanya 3 org je yg terlibat


last bergambar sebelum balik bilik hotel....semua dh kepenatan


ni la goodiesbag yg dpt..ada beras basmati, mangkuk tingkat & beg tarik

Malam Anugerah Tani Bernas 2017


disebabkan nextweek event yg sama utk 2018....ni aku nk update yg lastyear punya
punya la bz smp lupa update haha...sbb byk sgt entry dlm draft kn
Malam Anugerah Tani Bernas 2017 diadakan di Hotel Istana Kuala Lumpur



menunggu ketibaan YB Menteri Pertanian..nmpk tk 2 biji motor tu kt dpn stage
seronok pemenang yg dpt hadiah motor tu
majlis anugerah ini diadakan bagi meraikan 
petani, pengilang & pemborong bumiputera yang cemerlang



sebahagian urusetia yg bertugas di meja pendaftaran
aku ditugaskan untuk pendaftaran jemputan bagi pemborong bumiputera

pengacara majlis malam tu adalah Fara Fauzana & Nash



Ketibaan YB Menteri Pertanian Dato Sri Ahmad Shabery Cheek diiringi oleh CEO Bernas


YB Menteri Pertanian memberi ucapan sepatah dua kata


A post shared by Amy Aril (@mamatisya) on

sambil makan malam....di iringi dengan persembahan dr Nash


makanan yg dihidangkan


yummmmmy


dessert ni sedap btul


tahniah kepada Petani, Pengilang & Pemborong yang menang anugerah pada malam itu

selesai acara kemuncak, sebelum pengacara majlis beransur pulang
sempat kami bergambar bersama 

ok bergambar dengan Nash pula


dengan Fafau lagi


sempat juga selfie bersama :)
alhamdulillah majlis berjalan lancar....mlm tu xblk rumah sbb dh lewat so tido hotel
nasibaik ada bilik kosong utk urusetia...
dr lastweek bz utk Malam Anugerah Tani Bernas 2018 plak
nantikan update...jgn sethn lupa mcm ni sudah hehe


Seronoknya bersantai di Malibest Resort, Langkawi

Siapa yang belum pernah pergi lagi ke Pulau Langkawi? Pulau Lagenda yang terkenal dengan kisah Mahsuri. Langkawi memang tidak asing lagi bagiku kerana boleh dikatakan banyak kali juga dah jejakkan kaki ke sini....kali terakhir tak silap tahun 2010 ...lama juga tak ke Pulau Langkawi.

Kalau ke Pulau Langkawi , tidak kira anda bercuti bersama keluarga,rakan-rakan atau seorang diri, pasti ada penginapan yang sesuai dengan keperluan dan citarasa anda. Dua lokasi yang menjadi tumpuan pelancong apabila memilih tempat penginapan di Langkawi adalah Pekan Kuah dan Pantai Cenang.

Malibest Resort, Langkawi

Terletak di Pantai Cenang, lokasi tumpuan pengunjung kerana berdekatan dengan pantai yang membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti di sekitar pantai. Tempat makan pun banyak di kawasan sekitarnya.


damainya bila dapat tengok permandangan sebegini...tenang seketika dari kesibukan kota


terdapat beberapa jenis bilik di Malibest Resort
boleh pilih ikut kesesuaian anda samada Tree House, Super Deluxe Chalet, Deluxe Wooden, 
Deluxe Bricks,  Deluxe Family, Family Room, Standard Bricks 



Tree House



Deluxe & Standard Bricks



Deluxe Wooden



Super Deluxe Chalet


Deluxe bricks


Deluxe family room


Super deluxe chalet


Superior twin room


kolam renang juga disediakan..ada papan gelongsor juga


sangat cantik permandangannya


menikmati keindahan pantai dan alam semulajadi yang berhadapan dengan Malibest Resort


Tempah Melalui TRAVELOKA

Nak harga murah, jom tengok melalui Traveloka ~ Malibest Resort Deals and Promotions
Boleh pilih bilik mengikut kesesuaian anda. Senang dan mudah kalau menginap di Malibest Resort kerana berdekatan dengan tempat makan dan tempat menarik untuk dilawati .


Tempat Menarik Untuk Di Lawati dan Aktiviti Yang Boleh Di Lakukan Ketika Anda Ke Pulau Langkawi 


Terdapat pelbagai aktiviti di langkawi yang anda boleh dilakukan untuk mengisi masa anda disana nanti seperti melawat tempat menarik di Langkawi dan juga shopping di Pekan Kuah, Langkawi.

Pulau Langkawi terletak di persisiran barat laut Semenanjung Malaysia. Pulau Langkawi juga merupakan salah sebuah tempat percutian menarik di Malaysia.

Memang tidak dapat dinafikan, keindahan alam semulajadi seperti gunung, pulau dan pantai yang indah menjadikan Pulau Langkawi sebagai tempat pelancongan di Malaysia yang dikenali sehingga peringkat antarabangsa.


1. Dataran Helang

Di sini anda berpeluang melihat patung helang gergasi sedang bersedia untuk terbang yang dibina sebagai lambang Pulau Langkawi. Rasanya tidak lengkap percutian anda di Pulau Langkawi jika anda tidak bergambar di sini sebagai tanda kenangan yang anda telah pun sampai ke pulau ini.




2. Kereta  Kabel Langkawi & Sky Bridge Langkawi


Jangan lepaskan peluang untuk menaiki Kereta Kabel Langkawi yang merupakan kereta kabel paling curam dan juga merupakan yang terpanjang di dunia.Kereta Kabel Langkawi ini terletak di Gunung Mat Cincang yang berketinggian 713 meter .





3. Makam Mahsuri

Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Mahsuri merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi yang telah difitnah serta dibunuh kerana dituduh berdua-duaan dengan seorang penyair yang bernama Deramang ketika suaminya Wan Derus keluar dari Pulau Langkawi Mahsuri untuk melawan tentera Siam. Darah Mahsuri dikatakan berwarna putih sebagai bukti bahawa dia tidak bersalah dan difitnah. Mahsuri juga telah menyumpah Pulau Langkawi supaya tidak akan subur dan aman sehingga tujuh keturunan beliau.


4. Air Terjun Telaga Tujuh

Air terjun ini dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini dibentuk dari tujuh mata air semulajadi yang mengalir ke tujuh telaga semulajadi yang berasingan. Pengunjung dapat melihat tujuh buah air terjun di kaki bukit. Airnya putih jernih, mengalir bertingkat-tingkat atau bertangga-tangga.



5. Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi merupakan akuarium yang terbesar di negara ini dan disini anda berpeluang untuk melihat haiwan akuatik yang menakjubkan. 


6. Muzium 3D Langkawi

Terdapat banyak lukisan murah yang seakan "hidup" dan para pengunjung boleh bergambar di sini yang kelihatan "Real" .



7. Pantai Cenang

Pantai yang menjadi tumpuan pengunjung dan popular di Langkawi. Di sini juga terdapat banyak penginapan bajet dan juga eklusif . Kawasan Pantai Cenang menjadi tumpuan ketika musim cuti sekolah kerana banyak aktiviti air dan tempat makan sekitar pantai.





8. Galeria Perdana

Di sini dipamerkan dengan pelbagai jenis hadiah , anugerah dan cenderahati yang diterima dari pemimpin-pemimpin dalam dan luar negara ketika pemerintahan Tun Mahathir dabadikan di galeria ataupun muzium ini di mana para pengunjung dapat melihat kesenian dan kebudayaan yang terceta pada pemberian tersebut.



9. Idaman Suri & Haji Ismail Group

Syurga tempat membeli belah idaman kaum wanita terutama bab pinggan mangkuk, coklat dan macam-macam lagi


10. Island Hopping

Biasanya aktiviti ini terdapat beberapa pakej disediakan, anda boleh pilih ke mana destinasi yang ingin dilawati. kebiasaanya tempat yang dibawa adalah Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dengan menaiki bot laju.


Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat yang boleh anda lawati, yang disenaraikan ni baru sebahagian sahaja. 

Tak sabar nak bercuti lagi ke Pulau Langkawi dengan membuat tempahan melalui TRAVELOKA. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...