Bertemakan "Makanan Kita Masa Depan Kita - Our Food Our Future", menampilkan 1,500 gerai pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk penyertaan peserta luar negara. Pelbagai aktiviti dan pameran disediakan. Di sini para pengunjung boleh melihat secara lebih dekat berkaitan Pertanian,Perikanan dan juga Perternakan .Pelbagai teknologi moden di perkenalkan bagi meningkatkan hasil pengeluaran negara.
BERNAS salah satu agensi yg terlibat semasa MAHA 2016
thn ni aku tak bertugas seperti 2 tahun lps....
gambar dari rakan sekerja yg bertugas ketika MAHA 2016
Salah satu aktiviti di Laman Padi BERNAS adalah menyediakan bubur lambuk untuk pengunjung MAHA 2016 yang datang.
gambar kenangan semasa bertugas pada MAHA 2014
Salah satu aktiviti yang dirakamkan oleh rakan sekerja, Pertandingan Bola Sepak Bendang
Lebih meriah lagi pada MAHA 2016 kalini terdapat Kampung Mak Cun dan Kampung Durian Runtuh Upin & Ipin yang menarik minat anak-anak untuk berkunjung ke sini .
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memaklumkan nilai jualan pada MAHA 2016 juga memberangsangkan apabila RM380 juta dicatat dalam tempoh 11 hari pameran itu berlangsung.
Syabas untuk pihak penganjur dan semua agensi yang terlibat di dalam menjayakan MAHA 2016. Semoga sambutan pengunjung utk MAHA 2018 akan lebih bertambah lagi.
Assalamualaikum Mama tisya,
ReplyDeleteSis tak pernah pergi MAHA ni sebab tak sanggup berasak-asak. Baca blog kawan-kawan tentang pengalaman ke MAHA rasa teringin pula.. huhuhu
Tahniah MAHA 2016 atas kejayaan cipta sejarah dengan 3.7 juta pengunjung...tahniah juga buat kita yang sama2 ada dlm pengunjung tersebut..hehehe
ReplyDeleteTerbaik lah MAHA...satu penganjuran yg cukup gah!
ReplyDelete