Followers MamaTisya

Tuesday, December 31, 2019

penutup 2019 & happy new year 2020


suka duka tahun 2019..kegembiraan, kesedihan..
semoga  segala urusan dipermudahkan untuk tahun baru 2020 


  1. kejutan dari domino's pizza...1st time dpt tinggi viewer smp 87.9k boleh klik  https://www.instagram.com/tv/ByEmabsFrkm/
  2. debaran upsr 2019...alhamdulillah
  3. kunci rumah pertama dah terima
  4. salmon murah di St Rosyam Mart
  5. acara wajib berbuka puasa beramai2 di kampung gombak
  6. bff bergabung thn ni bertugas utk MATB 2019
  7. kesedihan dlm family inlaw , bapa mertua meninggal
  8. majlis apresasi tahun 6 2019
  9. lps amik result upsr request nk mkn mac & cheese

Thursday, December 26, 2019

Permohonan MyKad Bagi Kanak-Kanak 12 Tahun



ni cite bln June aritu..lupa nk update ...pi UTC Keramat buat ic tisya 12thn
kena pegi dlm masa 30 hari dr tarikh lahir bila dh genap 12thn
kalau lambat dr tu..kena denda rm 10...
tisya birthday 20 June..pegi buat ic aritu 30 June


kena bawa surat beranak original dan ic ibu atau bapa
anak jgn lupa bawa plak sbb nk scan ibu jari & snap gambar
lps tu kena isi form dan tunggu la no giliran

masa kt kaunter aritu, surat beranak lama yg color putih kena tukar
yg terkini color hijau yg lebih lengkap maklumatnya


bila time scan...ibu jari tisya berpeluh smp kena sapu bedak


staff JPN tanya neves ke..sbb risau nanti time tukar mykad umur 18thn ada masalah
hrpnya okla sbb byk kali scan nk detect cap jari tu



ada yg tanya ..boleh ke pakai tudung corak
time tisya aritu ok je..kalo tk ok..sure die suruh tukar kan

aku pi UTC Keramat aritu dh ptg lps openhouse..JPN hari ahad tutup 5ptg
so collect mykad tisya esoknya hari isnin


blk dr JPN..singgah giant ..die nk coklat cadbury bubbly ni
v
v
v
v
v
v

v
v
v

v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v

v
v

v
v

v


lps keje hari isnin...aku pi UTC Keramat utk collect ic tisya


kejap je nk collect..tk lama tunggu giliran


siap dh ic tisya.....esok dh start orientasi tingkatan 1...cptnya masa berlalu
sekolah pn dh tk lama akan bermula...

korang nk lebih details bole tgk kt website JPN


Tuesday, December 24, 2019

Promosi HI-TEA dan DINNER Tahun Baru 2020 @Grand BlueWave Hotel Shah Alam



Hotel Grand BlueWave Shah Alam (GBWHSA) mengalu-alukan ketibaan Tahun Baharu 2020 dengan Hi-Tea Tahun Baharu di Restoran Royale Songket, Aras G. Rasai semangat musim perayaan dengan menu buffet yang menarik dan menyelerakan untuk membangkitkan keceriaan sambutan Tahun Baharu.


Tetamu boleh memulakan keterujaan menikmati hi-tea dengan pelbagai pembuka selera seperti Open Faced Sandwich, Parade of Cold Seafood on Ice, Assorted Cheese Platter, Cold Cut Display, Seasonal Salad Bar & Vegetable Crudités, Caper Salad, Waldorf Baby Potato Salad, Italian Seafood Salad dan Orzo Pasta Salad bersama Roasted Baby Roma & Basil.



Tumpuan utama hi-tea adalah barisan masakan utama yang pastinya akan membangkitkan selera anda seperti Nasi Briyani, Kambing Bamia, Kari Ikan, Japanese Tofu with Taukan, Ayam Kukus bersama Sos Soya, Chicken Cordon Bleu, Butter Vegetable, Grill Foot Long Sausage, Mussel Au Gratin dan Piza Satay.





Seterusnya, pengunjung dapat menikmati pilihan menu masakan Barat di Carving Station. Menunya termasuklah BBQ Prawn Skewer, Beef Wellington with Sauce dan Grill Seabass with Sauce. Manakala, di gerai Live Action, tetamu boleh mencuba Pasta dengan beberapa pilihan sos.


Selain daripada itu, penggemar makanan laut boleh mencuba makanan laut di bahagian Seafood on Ice seperti Crab Stick dan Mussel. Terdapat juga sudut Kid’s Corner yang menghidangkan Chicken Nugget dan Mac n Cheese. Tidak lupa juga pilihan sup pada hari tersebut, Cream of Chicken Chowder Soup dan Cheese Bread Croutons.


Tidak lengkap sesi hi-tea tanpa pelbagai jenis pemanis mulut dan pastri. Hi-Tea Tahun Baharu ini menawarkan pelbagai pilihan pemanis mulut dan pastri yang disediakan khas oleh kumpulan Pastri hotel.

Antaranya ialah Aneka Puding, Aneka Biskut, Christmas Stollen, Kek Buah, Aneka Pastri Perancis, Mufin, Tart, Yule Log, Caramel Popcorn, Chocolate Fountain, Aneka Aiskrim dan Chocolate Soufflé.




Hi-tea Tahun Baharu yang meriah ini diadakan pada 1 Januari 2020 (Rabu) bermula dari jam 12.00 tengahari hingga jam 4.00 petang. Harganya ialah RM69.00+ bagi setiap orang dewasa. Manakala harga kanak-kanak dari 4 tahun hingga 11 tahun ialah RM34.50+.



Selain Hi-Tea Tahun Baharu, Restoran Royale Songket juga akan mengadakan Makan Malam Ambang Tahun Baharu dengan menawarkan hidangan bertemakan BBQ dan Grill, Masakan Itali, dan menu kegemaran Malaysia.

Makan malam Ambang Tahun Baharu ini berharga RM95.00+ setiap orang dewasa dan RM 47.00+ setiap orang kanak-kanak. Ia bermula dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam pada Selasa, 31 Disember 2019.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut ataupun tempahan, blehlah hubungi bahagian telepemasaran melalui 03-55118811 sambungan 2723 or 2724 atau Whatsapp 019-2736801 or 019-2757801. Kesemua harga tertakluk kepada 6% SST.

Friday, December 20, 2019

Lisette's Cafe & Bakery @Empire Subang




cite awal bln december aritu
asal jumaat je geng aku sure ada lokasi makan2 tp kdg2 ada yg tkde 
tp 6 dec aritu smua ada sbb lps tu ada yg outstation & cuti pjgggggggggg
jd makan2 ni kiranya last la utk penutup 2019



i love dessert :)



sementara tgu geng lain yg tgh parking kete..kami yg dh smp ni posing la dlu :)



ada mcm2 pastry



ada set lunch buffet juga tp hanya utk hari tertentu je
*tuesday/friday rm 35++  & sunday/holiday rm 55++






bff posing dlu


menu julia nasi kerabu ikan percik


3 org amik set buffet lunch


so depa amik mkn kt kaunter buffet atas tu


aku & cyana layan dessert je
peach crumble & toffee hazelnut cake


wajib la posing dlu sebelum mkn



lps abis makan sambung posing2
syok sbb belah luar ni kitorang je..sakan la bergambar :)


amboi suka sgt tu...apa la yg klakar :-p


gmbr2 kitorang biasanya set timer je


feel2 retis posing ala2 Che Ta yg tk tgk camera haha
tp sorg ganjil bila berlainan arah pandangan  :-p



mmg cantik cafe ni..tu psl byk sudut nk posing


turun escalator pn sempat lg posing :)

**happyyyyyy sbb aku lastday keje arini...cuti smp new year
insya allah 6hb Jan 2020 kembali bekerja

Thursday, December 19, 2019

Sayur Taugeh Hijau ..pernah makan tak??


korang pernah makan sayur taugeh hijau
aku br 2-3 kali mkn..itupun chef husband yg masak


ni la menu sayur taugeh hijau + tauhu
biasa mkn sayur taugeh biasa je yg putih tu
ada lg 1 jenis taugeh yg besar..yg tu aku tk suka

so aku bole mkn sayur taugeh putih biasa yg kecik2 tu ngan sayur taugeh hijau ni


so aku goreng ayam salut tepung bestari lps tu boleh cicah ngan kuah tu
jd la chicken butter cream..tp aku tk tuang kuah tu atas ayam 
sbb time nk berbuka puasa just dip2 je baru la rangup ayam tu


ni la menu berbuka puasa isnin haritu
ada paru goreng juga cicah dgn sos thai

Selamat bersara En. Ahmad & En. Manaf



smlm  ada majlis makan2 sempena ada 2 staff yg akan bersara
our MD pn turut sama memeriahkan majlis
dan  menyampaikan cenderahati utk 2 org yg bersara




Selamat bersara En Ahmad & En Manaf



apa lg makan2...


ada nasi lemak, rendang daging


meehoon spore


spagheti goreng


milo ais


fruit cocktail


cheese tart montok


fruit puff


kuihmuih , popia sira, kasui, sandwich telur


makanan mmg byk..ni je la yg aku mkn...alhamdulillah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...