ptgni dh start cite br slot akasia
Cinta Si Wedding Planner
adaptasi dr novel
Sinopsis :
Drama
Cinta Si Wedding Planner mengisahkan tentang Zara yang merupakan seorang
perancang perkahwinan. Dia telah bercinta selama 4 tahun dengan sepupunya
bernama Bazli. Namun percintaan yang diharapkan ke jinjang pelamin, musnah bila
berlakunya suatu insiden. Kisah cinta yang cuba mereka rahsiakan dari
pengetahuan Pak Lang dan Mak Lang, berakhir jua akhirnya.
Seorang pelanggan Zara yang bernama Puan Marina begitu
menyenangi sikapnya. Biarpun mempunyai empat orang anak, Puan Marina tetap mahu
menjadikan Zara sebagai anak angkat memandangkan Zara hidup sendirian di Kuala
Lumpur.
Suatu hari Zara berebut parkir dengan seorang lelaki. Lelaki itu
bernama Fariz dan merupakan seorang bekas tentera laut. Pintu hati Fariz pernah
tertutup untuk wanita setelah dikhianati oleh kekasih hatinya bernama Shirah.
Namun pertemuan dengan Zara kembali membuka pintu hati Fariz.
Rupanya
Fariz adalah anak kepada Puan Marina. Semakin kerap bertemu, Fariz semakin
jatuh hati pada Zara. Bila Fariz mendapat tahun bahawa Zara juga kecewa dalam
percintaan dan asyik diganggu dengan Bazli, Fariz nekad menjadikan Zara
isterinya. Puan Marina terus bersetuju meminang Zara. Biarpun hatinya belum
mencintai Fariz, Zara tetap menerima pinangan tersebut.
Selepas berkahwin, Fariz terus berubah sikap, dari seornag
lelaki yang baran dan moody menjadi romantik dan penyayang. Manakala Zara pula
berusaha menjadi seorang isteri yang terbaik buat Fariz. Bila bahagia mula
menjadi milik mereka berdua, muncul pula bekas kekasih Fariz untuk menagih
cinta. Zara diugut untuk meninggalkan Fariz.
Perkahwinan mereka mula bermasalah. Fariz kembali baran dan
sering mengabaikan Zara. Misi Fariz untuk menyelamatkan perkahwinannya bersama
Zara tidak berhasil. Zara meminta cerai dan membawa diri ke Aukland.
Bazli cuba membantu untuk membawa Fariz dan Zara bersama kembali
tetapi dugaan yang lebih hebat pula berlaku. Obsesi bekas kekasih Fariz
terhadapnya membuatkan keadaan menjadi diluar kawalan sehinggakan nyawa Zara
dan kandungannya berada dalam bahaya.
Apa akan terjadi selepas itu? Berjayakan Fariz menyelamatkan
rumahtangganya bersama Zara? Dapatkah kebahagiaan kembali menjadi milik
bersama?
lama dh tk tgk
Mr Hot kuar tv kn
ni ms kt melodi br2 ni di interview psl watak dlm cite ni terlalu muda utk die :)
sbb heroin tu nmpk budak lg...mcm adik ngan abg gtu :-p
so kita tgk la camne jln citernya ptg nanti
**drama Akulah Balqis smlm , ending touching...mmg nangis la aku
nk2 time aqish jmpa ibu die yg terlantar sakit
hubbyku ckp sudah2 la nangis
tgk citer hindustan nangis..tgk cite melayu nangis :-p
apa nk wat aku mmg mudah nangis kalo tgk drama sedih ...
tp kebanyakan pompuan gtu la...mudah tersentuh, hati tisu...
siap anak dara ngan ayah nye nk snap gmbr aku nangis...sbr je la :-p