akhirnya arini Apek & Leuniey akan melangsungkan majlis nikah..
dgrnye kul 10pg td...tentu dh slamat diorang...sama2 comei...
hrp2 lpsni tkde lg kontroversi.....
gmbr nikah blum ada ...
ni artikel dr paper
Kosmo
.
KOTA BHARU – Selepas melalui pelbagai episod kontroversi, penjaga gol
kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan gadis pilihannya, Nur
Eilunie Natasha Jaafar, 21, akan diijabkabulkan hari ini.
Majlis akad nikah Khairul Fahmi dan Nur Eilunie dijangka berlangsung
di kediaman Nur Eilunie atau Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat pada pukul
10 pagi.
Nur Eilunie ketika ditemui semalam, mengakui berdebar menanti detik pernikahannya dengan Khairul Fahmi atau Apek itu.
“Semakin dekat hari pernikahan berlangsung, semakin berdebar hati
ini. Saya rasa semua orang yang hendak berkahwin juga merasai debaran
sebegini,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Nur Eilunie turut memberitahu, dia sudah lebih seminggu tidak bersua
dengan Apek dan hanya akan bertentang mata dengan jejaka itu pada hari
pernikahan.
“Sejak lebih seminggu lalu, saya tidak berjumpa dengan Apek kerana
Apek menjalani latihan bola sepak di Pulau Pinang. Doakan majlis
perkahwinan kami berjalan lancar,” katanya.
Kosmo! 22 November lalu melaporkan Apek bakal mendirikan rumah tangga
dengan kekasihnya, Leuniey pada 28 Disember ini pada majlis perkahwinan
yang membabitkan kos RM300,000.
Mereka akan mengadakan tiga majlis iaitu majlis resepsi pengantin
perempuan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember diikuti
persandingan di sebelah pengantin lelaki di rumah keluarga Apek di
Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari tahun depan.
NUR EILUNIE menunjukkan kad majlis resepsi persandingannya dengan Khairul Fahmi di rumahnya di Pasir Pekan, Tumpat semalam