Dalam kehidupan dunia yang semakin mencabar jejaka sentiasa berikhtiar untuk memudahkan urusan agar dapat menikmat
kehidupan sepenuh termasuk dalam rutin penjagaan harian. Dengan pelbagai produk mandian di pasaran, pilihan semakin sukar. Jangan risau! Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru
untuk si jejaka dengan formulasi yang direka khas untuk membersihkan muka dan badan
sekali gus!
Amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri. Produk mandian yang unggul dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi.
Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang penjagaan diri. Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk.
Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu, buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam dari muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari.
DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat
dalam 4
variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi dengan pewangi DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran
serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.
COOL- Khas untuk jejaka
kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan
identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi
dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai
nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool
dan maskulin.
ACTIVE- Pelengkap si jejaka yang
bergaya lasak dan menikmati kehidupan aktif. Haruman
ini adalah gabungan nuansa Fougére
dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart
dan Amber. Wangian ini dicipta untuk
memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin
yang luar biasa.
ULTIMATE KICK- Wangian
sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated
dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang
menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma
Vanilla dan Musk.
HATTRICK- Simbol kemenangan unggul
buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara semangat dan keghairahan untuk mencapai impian. Hattrick merupakan gabungan unik
kesegaran Epal dan Citrus, berserta dengan haruman Amber.
Variasi Cool dand Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali
ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta
memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi
penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar
lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan
segar.
Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan
bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang
mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi sebarang habuk dan kotoran harian, serta
memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.
Buih mandian DASHING
2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700
ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana
memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan.
semerbak lepas mandi sebab campur dengan perfume sekali :D
ReplyDeletewah terbaik
ReplyDelete"DASHING"!!