~ ALAMI RAMBUT HARUM DAN
SEGAR SEPANJANG HARI!
Pernahkah anda mengalami
bau yang kuat dari kulit kepala dan rambut yang berpeluh selepas anak anda
bermain di luar atau pulang dari sekolah? Baunya menjadi lebih teruk apabila
kulit kepala anak anda berminyak dan berpeluh. Satu-satunya cara untuk
menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini adalah dengan memastikan anak
anda mencuci rambutnya selepas waktu sekolah, atau bermain di luar. Mengekalkan
kebersihan rambut akan dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala selain
memastikan mereka berbau segar.
Penting bagi ibu
bapa untuk mengetahui bahawa syampu dewasa tidak digalakkan untuk kanak-kanak.
Penggunaan syampu dewasa pada kanak-kanak akan menyebabkan masalah kulit kepala
dan rambut terutama bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun. Disebabkan
kulit kepala dan rambut kanak-kanak yang halus amat sensitif, maka cara yang
terbaik adalah menggunakan syampu yang dirumus khas agar rambut dan kulit
kepala yang sihat dapat dikekalkan.
Memahami keperluan kanak-kanak terhadap produk yang lembut dan selesa pada kulit, CARRIE JUNIOR memperkenalkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER, syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. Ia merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala. Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, si manja pasti kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar kediaman. Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat.
CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst
yang menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk
kegunaan seharian. CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER boleh didapati dalam dua
saiz, iaitu pek 280g yang dijual pada
harga RM10.10* di
Semenanjung Malaysia dan RM 10.60* di Sabah
& Sarawak. Manakala CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER bersaiz 700g dijual pada harga RM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70* di Sabah & Sarawak. Produk CARRIE JUNIOR boleh
didapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh
negara.
Kini, ibu bapa boleh memeluk anak-anak selepas bermain walaupun berpeluh
namun masih kekal segar dan berbau aroma buah buahan sepanjang hari!
terbaek.. :)
ReplyDeletecarrie junior ni memang kegemaran ijat :)
ReplyDeletesebab pengaruh iklan tau.
gajah kartun tu hi hi hi
and memang wangi pun. nyaman aje kalau cium ijat.
Hi, salam blogger! =)
ReplyDeleteProduk carrie junior ni memang best sbb bau dia kekal lama
Dah di jadikan wakaf kat rumah seremban sebab hujung minggu anak- anak buah berkumpul..biar diorang guna kat situ je
ReplyDeletecarrie junior mmg terbaik.. beg tu pun comel!
ReplyDeleteDapat beg comel lagi.. Rambut pun wangi ye..
ReplyDelete