Followers MamaTisya

Tuesday, April 7, 2020

resepi Murtabak Daging Frozen guna kulit popiah yang sedap


ramai yg tanya resepi so aku share kt sini ye
ni pn chef husband google juga dr SINI


kasi zoom inti tu...yummyyy
buat sdiri daging bole ltk extra :)

ikutkn mula2 chef husband nk ulit tepung utk buat kulit murtabak
tp sudahnya guna kulit popiah lg mudah :)




ikutkn biasa guna rempah adabi tp tkde stock..ramai beli rempah adabi time PKP ni


Bahan-bahan Inti

500g daging kisar
1 paket rempah kari daging
6 biji bawang Holland – dipotong dadu
5 ulas bawang putih – ditumbuk
2 inci halia – ditumbuk
serbuk lada hitam / lada sulah secukup rasa
3 sudu besar gula
2 sudu teh garam
minyak untuk menumis
1 cawan tepung gandum

**lebihkan lada hitam yang dikisar untuk hilangkan rasa lemak daging dan bau daging.




Cara-cara:

1. Tumis Bawang & Rempah
Mula-mula panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia. Masukkan rempah kari dan tunggu hingga naik bau.


2. Masukkan Daging Kisar
Seterusnya boleh masukkan pula daging kisar dan bawang Holland. Bila daging dah agak masak, masukkan gula, garam dan serbuk lada hitam.


3. Masukkan Tepung
Setelah cukup rasa dan bawang layu, masukkan tepung sambil dikacau rata. Tunggu semua bahan inti masak hingga agak kering. Bila rasanya semua dah ok, tutup api dan tunggu inti sejuk sebentar.

**Fungsi tepung adalah supaya inti tak terlalu berair dan nak elakkan kulit popiah terkoyak masa digoreng. Barulah kulit popiah nampak cantik, kemas dan tak lembik.


4. Balut Dengan Kulit Popiah
Untuk balutkan inti murtabak tadi, gunakan kulit popiah yang besar. Sebelum itu, pecahkan 2 biji telur, pukul dan gaulkan dengan inti yang dah disejukkan tadi. Buka kulit popiah dan letakkan di atas dulang. Ambil inti dan letak di tengah. Lipatkan berbentuk segi empat dari atas, kiri, dan kanan. Terbalikkan bila dah siap dilipat.


5. Siap Untuk Digoreng
Lepas tu bolehlah panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. Goreng sehingga kekuningan.Siap untuk dihidangkan.



Bahan-bahan Untuk Kuah Bawang Merah

1 biji bawang besar
1 sudu besar cuka
1 sudu besar sos cili
beberapa titik pewarna merah ( sirap)
sedikit gula dan garam


Cara-caranya: 

Hiris nipis bawang besar, kemudian campur dengan sos cili, cuka, sirap, gula dan garam, simpan di dalam bekas dan letak di dalam peti ais beberapa jam.



lebih kurang 30 keping juga dpt di frozenkan... part daging kisar tu chef husband guna 800g
bila makan murtabak ni feel2 bln puasa...sbb hari biasa jrg mkn murtabak

21 comments:

  1. Ya allah sedapnya..fav Dania ni bab murtabak ni...bleh buat la weekend ni nanti...

    ReplyDelete
  2. Sedap betul murtabak homemade! Boleh makan banyak-banyak heheeee.

    ReplyDelete
  3. aida da bookmark content ni, amy.
    nak buat la kalau2 ada bahan.
    terutama bawang merah tu, legend sgt tu.
    now jarang penjual murtabak kat melaka sediakan bawang merah tu.

    ReplyDelete
  4. bolehlaaa amek order pasni !! kami nak order hehe nak posa ni senang buat sahur =D

    ReplyDelete
  5. Sedap ni.... lebih-lebih yang buatan sendiri... tq share resepi mana tisya😊

    ReplyDelete
  6. selalu beli murtabak masa gi pasar malam, di waktu pkp ni memang kene belajar masak baru lepas keinginan di tekak hahaha

    ReplyDelete
  7. Wah siapa yg suka murtabak boleh lah ikut reseli ni. Kak tak berapa suka murtabak.. sekali sekala je..

    ReplyDelete
  8. Laaa senangnyaaa...boleh cuba ni, kalau tak Sis order je gan jiran ni haaa, sebab tak pandai nak menebornya...lepas ni senang le kalau nak makan murtabak...

    ReplyDelete
  9. yummehhhh... sedapnya... kalau sis tak bagitahu guna kulit popia, memang tak perasan pun yang itu adalah kulit popia... bolehlah buat sendiri nanti... sebelum ni dok ingat nak kena tebar macam roti canai, tu yang awal-awal dah surrender tu... hehehehe...

    ReplyDelete
  10. Sedapnya. Saya kalau murtabak ni yg saya pandai makan je, nak menbuatnya memang tak reti.

    ReplyDelete
  11. Macam senang jer resepi yang dikongsikan, bolehlah beli bahan dan buat nanti, saya memang suka murtabak daging

    ReplyDelete
  12. Amboii!! Nampak sedapnya. Bolehlah cuba nanti masa nak berbuka puasa tak lama lagi.😋

    ReplyDelete
  13. Wahhh baru tahu cara nak buat murtabak ni. selalu beli waktu bazaar ramadan je. boleh lah cuba buat esok untuk minum petang waktu pkp ni

    ReplyDelete
  14. Wah menarik gak idea ni guna kulit popia. Kebetulan ada lg dalam fridge boleh try nanti.

    ReplyDelete
  15. Alamak macam sedap dan senang je nak buat ni. Bahan-bahan dia pun macam possible je nak buat.. Terima kasih sharing

    ReplyDelete
  16. Selalunya murtabak antara makanan yang sering saya beli waktu berada di pasar Ramadan, Tapi nampak gayanya tahun ini tak ada pasar Ramadan....boleh lah cuba resepi ini.

    ReplyDelete
  17. Eh banyak jugak resepi boleh buat guna popia punya kulit. Knp sy tak tahu nie. Mudahlah ada inti yg frozen mcm nie. Mudah dn cepat je siap

    ReplyDelete
  18. This is so yummy! I should try this when I have the chance! Thanks for sharing! Simple ingredients too!

    ReplyDelete
  19. eh sama lah . encik husband saya pun buat mcmni je buat murtabak daging aritu tapi kami cecah dgn kari kambing...hihihi

    ReplyDelete
  20. Kalau nk frozenkan perlu goreng dulu atau x ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole goreng juga sebelum difrozenkan tp aritu husband tk goreng pn

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...