bulan puasa slalunya ramai juga suka dessert kan
puding caramel ni lama dh buat..lupa nk share resepi
ni versi bakar dlm oven...biasa org buat kukus kan
ni adik aku share resepinya...
update kt blog senang, bila2 nk buat nanti kan
biasa adik aku yg slalu buat puding caramel ni kalo ada mkn2 kt umh gombak
so kalini 1st trial aku buat puding caramel
Bahan-bahan :
5 biji telur size B (jika size A, 4 biji)
1 tin susu cair (400ml)
150ml air
4 sudu besar gula
1sudu kecil esen vanilla
Karamel:
5 sudu besar gula
2 sudu besar air
Cara-cara:
1. Sediakan karamel@gula hangus - masukkan gula dan air ke dalam kuali.
2. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
3. Dalam mangkuk, satukan semua bahan puding....kacau perlahan jangan sampai berbuih....cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati.
4.Kemudian tapiskan dan tuang ke dalam loyang karamel.
5. Kukus selama 45min atau sehingga masak. Puding ini juga boleh di masak dalam oven dgn cara waterbath (letak air di dalam loyang)
6.Tutup loyang puding dgn aluminium foil dan masak selama 45-50min dgn suhu 180.
7. Sejukkan kemudian terbalikkan..... Potong dan hidangkan.
part caramel ni slalu ramai gagal..so hati2
sbb nanti bole jadi pahit..tk sedap..
aku pernh mkn org buat caramelnya tak manis tp pahit
maybe sbb terlebih hangus
tapis jgn tk tapis
kalau bakar dlm oven guna kaedah waterbath
part nk terbalikkan pn kena hati2 juga...kan hancur hehe
tisya mmg suka sgt la puding caramel ni
makan sejuk222...buka puasa mmg sodap kan
buat sendiri puas makan kan
Dua kali buat tak jadi, so mmg black list puding caramel. Haha.
ReplyDeleteKalau SA yang buat confirm kelaut dalam tu...SA jenis x pandai buat puding2 ni...
ReplyDeleteNampak senang tapi setakat ni tak berjaya lagi buat puding karamel ni :(
ReplyDeletesedapnya. boleh save resepi ni. fav hubby
ReplyDeletepuding ni mmg sedap makan sejuk2 kan... pebret juga ni :D
ReplyDeletesedapnya..buat sendiri dapat banyak..puas hati..
ReplyDeletesedapnya.. Nak buat tapi tak buat buat lagi..
ReplyDeleteSedappnya mkn berbuka ni
ReplyDeleteversi bakar x penah try lg
Sedapnya, kaedah water bath ye, bole cuba.. Thanks for sharing..
ReplyDeleteKak Sue pun suka puding Karamel nie, lama tak buat. Nanti boleh lah cuba resepi Amy pulak..
ReplyDeleteAntara pemanis mulut yang wajib ada bulan Ramadhan. Lama jugak tak makan puding caramel ni. Dulu rajin jugak buat. Kalau beli mesti ada yang tak kena rasa dia.
ReplyDeleteSalam sis.. sy nak ckp tq sgt3 sy dh bake puding ni ikut resepi sis byk kali dahh tak terkiraaa... Mmg auto jadi la resepi ni rasa pon sedapppppp org muda suka org tua pun suka n pujiii... Tu dlm oven tu tgh bakar lg sebijik tu.. tqqq sgt2 heeee 😁🤗🥰
ReplyDelete