Followers MamaTisya

Friday, August 18, 2017

11 years anniversary

salam jumaat....smlm tkde entry aku xsihat huhu..ok ni pn simple update
arini mmg cuti sempena anniversary yg ke - 11 thn nk p honeymoon :)
okla layan video kt bwh ni ..... tq utk semua yg mendoakan kami

Wednesday, August 16, 2017

Milo Cube yg viral...uolllsss dh cuba??



hah ni la milo cube yg viral aritu....aku baru je dpt merasa ..
tu pn adik ipar yg beli ms p thailand lastweek..murah katanya
tp tk tanya plak brp murah tu



ms viral dlu rege aku tgk org jual rm 65-70 utk 100 biji...bole tahan mahal kn
tp kt lazada skarang ada jual... paling murah rm 40 utk 100 biji 
sebelum ni xjmpa org jual murah bwh rm 50
so kalo yg nk merasa tu, jenguk2 la kt lazada

A post shared by Amy Aril (@mamatisya) on

cute miut je...rasa milo cube ni mcm mn ek nk ckp
milo yg serbuk kalo dh lama die jd keras kn..hah camtu la lebih kurang
sedap juga la tp xleh mkn byk..manis 

Dash Box Hotel Cyberjaya dalam rancangan #JJMATV3


hah ahad lps dlm rancangan Jalan Jalan makan Angin kt TV3 cerita psl 
Dash Box Hotel Cyberjaya ni...cite aku p holiday sini tk update2 lg

hah uolss bole tgk aku share video kt IG 




Tuesday, August 15, 2017

lama tk buat BROWNIES KEDUT




bila bahan2 ada...apa lg...rajin ler buat kn..nk2 plak rmi blk kampong
so mkn rmi2 mmg meriah


tgk la tu si delisha yg nk tlg kacau...pastu abis comot dok jilat

yg nk cuba bole tgk resepi link 


lg kedut...lg sodap


model2 posing dlu sebelum ngap


Monday, August 14, 2017

1st trial Puding Caramel versi bakar


biasa tgk org buat versi kukus kn...ni aku try buat versi bakar


model posing dlu


lg sejukkkk ...lg sodappp

wedding @ Dewan Komuniti Batu Muda


sabtu lps pi wedding cousin hubby kt Dewan Komuniti Batu Muda


pengantin blum smp, anakdara posing dlu


majlis sebelah perempuan aritu bln 2...ni majlis sebelah lelaki bln 8
bersanding bertiga dh tu...nasibaik muat bj pengantin kn

 
selfie skit ngan kesayangan


nasi beriyani, ayam masak merah, rendang daging
kuih muih fav popiah basah, koci, keria , kuih cara berlauk


tahniah Zafirah & Firdaus


sebelum blk kita bergambar dengan pengantin

Friday, August 11, 2017

rezeki jumaat :)


alhamdulillah voucher KFC rm 100 dh sampai  

Doa Selamat untuk SRINKANDI ke Puncak Elbrus, Rusia





smlm ada majlis doa selamat utk bff dila
yg akan ke Gunung Elbrus, Rusia pd 23 ogos nanti



 smlm ada Kelas Pemantapan Solat so lps tu wat doa selamat 
dengan kerjasama Unit Hubungan Kakitangan Bernas


menu yg disponsor oleh geng kami...nasi kak wok, marble cheese brownies,
cream puff, milo original....ada juga yg sedekah bubur kacang & air sirap + oren


lps abis majlis , kita posing dengan Srinkandi :)
semoga selamat pegi & pulang utk BFF dila



*********************************************************************

petikan dari paper metro pg ni 11/8/2017



Kuala Lumpur: Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Meskipun pernah diuji dugaan hebat, disahkan menghidap penyakit kanser payu dara pada 2001 dan kanser Acinic Cell Carcinoma pada tahun 2014 namun kekentalan semangat wanita berusia 56 tahun, Renee Aziz Ahmad wajar dicontohi.

Pesara jurutera kanan Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Berhad itu bukan saja tidak pernah mengalah dengan setiap ujian yang mendatang, malah berani menyahut cabaran menyertai misi menakluk puncak tertinggi Eropah, Gunung Elbrus bersama pasukan Kembara Srikandi Prihatin (KSP) bermula 23 Ogos hingga 5 September depan.

Selain Renee, misi KSP itu turut disertai pendaki berpengalaman Fazilah Abd Manan, Ummu Farah Haidar Zulkifli, wartawan Harian Metro Fairul Asmaini Mohd Pilus, Nir Azmin Adnan dan Nurul Huda Shamsuddin.

Pembabitan wanita itu dalam sukan mendaki gunung bukan baru kerana pada tahun 2005, dia menawan puncak tertinggi di benua Afrika, Gunung Kilimanjaro setinggi 5,895 meter (m) di Tanzania.

Katanya, kejayaan itu cukup bermakna kerana sebelum itu dia berjuang melawan kanser payu dara termasuk menjalani pembedahan, kimoterapi dan radioterapi.

“Siapa yang tidak ‘terduduk’ jika diuji dengan penyakit yang ditakuti semua wanita itu, namun saya memilih untuk terus positif dalam menerus kehidupan kerana percaya ada hikmah di sebalik setiap ujian daripadaNya.

“Jadi, apabila disahkan bebas daripada penyakit itu, saya tidak menoleh ke belakang lagi dan pada tahun 2007, menyertai misi amal, Climb With PRIDE ke Gunung Aconcagua, Argentina bagi menyebarkan mesej pengesanan serta rawatan awal dapat menyelamatkan nyawa,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan Jalur Gemilang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu negara, kelmarin.

Seorang lagi pendaki, Fazilah Abd Manan, 41, berkata, puncak Elbrus menjadi idamannya selepas berjaya menakluk Gunung Kosciuszko, Australia dua tahun lalu.

Dia yang juga seorang pendaki sokongan misi D’Everest, Tibet tahun 2011, berkata, menakluk tujuh puncak tertinggi dunia menjadi idaman setiap pendaki dan juga kemuncak kepada minat yang sudah lama diceburi.

Katanya, pada ekspedisi sebelum ini dia tidak dapat mencapai sasaran peribadi ekoran masalah kesihatan dan mahu menebusnya di Elbrus nanti.

“Saya dan rakan pasukan sudah menjalani ujian kecergasan serta beberapa siri latihan sejak Disember (2016) dan kemuncaknya, kami berjaya menakluk Gunung Kinabalu pada 23 Julai lalu.

“Kami melakukan semua ini bukan disebabkan mahu mengejar kemasyhuran atau keseronokan peribadi, sebaliknya mahu membawa nama Malaysia ke persada dunia.

“Pasukan menggalas tanggungjawab besar kerana misi ini juga adalah salah satu program Negaraku di bawah Pejabat Perdana Menteri dan kami mengharapkan doa daripada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Thursday, August 10, 2017

Nasi Sup Daging & Teh Tarik Madu...TQ ex-Bos :)


smlm ex-bos aku ada meeting kt opis HQ
lps tu ajak aku lunch, so aku bawa la die pi mkn kt Warung Ambo


kalini aku try nasi sup daging...air semestinya teh tarik madu



kasi zoom skit....selain daging ada lemak2 juga...rm 8 



cuaca panas dpt teh tarik maduuuuuuuuu mmg sodap


ex-bos aku mkn nasi kerabu lauk ayam + telur masin rm 9.50


ex-bos aku tk pernah mkn akok...mujur smlm ada sebekas ni..dpt la die rasa
akok kt sini manisnya tk brp sgt...kalo ori klate mmg manis
apapn tq utk my ex-bos blanje lunch smlm



Daki Elbrus demi Malaysia...Tahniah my BFF Dila


Kuala Lumpur: Demimu Malaysia. Sekumpulan enam pendaki wanita negara akan menggalas cabaran menakluk puncak tertinggi Eropah, Gunung Elbrus di Rusia sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-60, 31 Ogos ini.

Gunung setinggi 5,642 meter itu adalah salah satu daripada tujuh puncak tertinggi di tujuh benua.

Misi kempen Kembara Srikandi Prihatin (KSP) oleh Persatuan Kembara Negara (PKN) bermula 23 Ogos hingga 5 September itu turut mendapat sokongan Pergerakan Puteri UMNO serta Harian Metro sebagai akhbar rasmi.

Ia juga adalah salah satu program di bawah projek Negaraku, Pejabat Perdana Menteri.

Majlis penyerahan Jalur Gemilang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Pengarah Kempen KSP Ummu Farah Haidar Zulkifli di Menara Dato' Onn di ibu negara, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Presiden PKN Tan Sri Khalid Yunus.


6 pendaki wanita yg bakal menakluk puncak tertinggi Eropah, Gunung Elbrus di Rusia



kuar buletin utama smlm...congrats my bff dila...
smoga dipermudahkan Misi Ke Gunung Elbrus nanti

bff aku sorg ni mmg aktif panjat gunung ...
lebih dr 15 gunung....aku bukit pn tk terdaki..apa ntah lg gunung kn :-p
ni aku senaraikn sebahagian gunung2 dlm msia & overseas yg die dh daki :-


Malaysia
Gunung Kinabalu
Gunung Tahan
Gunung Batu Putih
Gunung Yong Yap
Gunung Gayung 
Gunung Stong
Gunung Angsi
Gunung Irau
Gunung Nuang
Gunung Jerai
Gunung Ulu Semangkuk
Gunung Korbu
Gunung Tok Nenek
Gunung Yong Belar
Gunung Gerah




Indonesia
Gunung Semeru 
Gunung Rinjani 
Gunung Batur 
Gunung Agropuro 


Australia
Gunung Kosciuszko 


tahniah skali lg utk bff kami...Dila Manan

Wednesday, August 9, 2017

wordless wednesday #355




sabtu lps p servis kete....kena dlm rm 90 ktr minyak hitam



lps tu p basuh kete...lama btul xmandikan die kn
bole tahan byk kete menunggu
rm 13 basuh & vacuum skali



isnin aritu time nk blk kj tiba2 kete aku bila tekan on alarm tk bunyi
pastu aku buka ler manual..apalagi berbunyi2 la alarm , dh gaya mcm ada kecurian gtu
pastu tkleh nk start...minta tlg bdk opis kot kena cari jumper
pastu bila try lagi dh ok , bole start...smp umh bgtau hubbyku die ckp bateri remote kete tu kena tukar
mlm tu pi DIY kt aeo bli bateri utk remote rm1.50
pastu bli juga lampu sbb dh terbakar rupanya sebelah...so xnyala
yg lampu beso dpn tu dlm rm 12.90, yg utk lampu kecik side tu rm 1.90
blk tu hubbyku la jd MacGyver tlg tukar lampu tu...berpeluh2222
syukur smua dh ok....sbb ingt kot kena tukar bateri kete je...nasibaik tk...

belated birthday TIZ @ Grafa Cafe, Subang Jaya

ni cite lama sebelum puasa
actually busday tiz bln 3 tp lambat juga la celebrates...
masuk bln 4 br busday girl free...bln 4 dh la busday aku kn..mujur busday aku tk lmbt hehe
ok tmpt pilihan utk celebrates kt Grafa Cafe @ Subang Jaya
busday girl dh slalu mkn sini...kami br 1st time



kami smp dlm 12 lebih...so tkde org lg..ye la jumaat kn



pernah masuk jjcm...ada plaque jjcm di situ




bole juga nk pilih meja kt bahagian luar tp panas ler skit
kami kt belah dlm ekon


bole la uolss zoom tgk menu2 & regenya


ni pilihan air, dessert, soup, beger dan mcm2 lg



aku mkn spaghetti carbonara & jus tembikai
tiz mkn nasi goreng  hommali & avocado chocolate blended
tijue mkn nasi goreng kampung & 3 layer tea
tika makan nasi goreng paprika & 3 layer tea
aku punya portion tu beso juga tp kuahnya cair skit, kalo pekat skit best
yg nasi tu diorang komen biasa2 je la



time ni tika belum smp...almaklum la die jauh dr kl nun
so kita bergmbr dlu bertiga


ok tika dh smp...moh posing ngan makanan
tema kalini PEACH & WHITE
hanya ber4 je yg dpt join ....yg lg 2 xdpt join ..sorg kena checkup...sorg lg kena outstation


pilihan dessert ada ni je aritu



so pilih pavlova utk busday girl



tp pavlovanya biasa2 je


ok sebelum blk , kita posing lg



disebabkan area Grafa kt SS15, Subang ni mmg tau payah nk parking
so kami naik grabcar je ..so tkyah pening2 pk nk cr parking kn
kebetulan plak kete yg kami dpt tu color putih, mcm tau2 je tema kami ada putih kn
pegi dpt kete vios...blk dpt kete suprima..dlm kete leh lelap kejap:)


alamat :
 Grafa Cafe & Restaurant
No 55 Jalan SS15/4B 47500 Subang Jaya.
operation hour: 12PM - 12AM (setiap hari)
https://www.instagram.com/grafafnb/

Tuesday, August 8, 2017

chicken wings lemon sos..yummmm




sabtu lps masak ayam sos lemon lg
tp kalini guna part kepak...yg 1st aritu isi ayam 
pastu kuah kasi banjir skit


kalini ayam tu perab ada telur..yg 1st aritu tk ltk sbb telur busuk
bila goreng ala2 drumet ayamas
cendawang goreng & bendi bercili hubbyku yg masak

A post shared by Amy Aril (@mamatisya) on




lapar plak....nk resepi klik link di bawah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...