Followers MamaTisya

Thursday, May 31, 2018

Ayam masak Merah & Telur Bistik




smlm ankdara request menu fav die...ayam masak merah
nasibaik tk stuck dlm jammed smlm sbb hujan lebat juga dr opis
sempat la masak menu ni kn
resepi ayam masak merah cara aku bole tgk link


hubbyku plak masak telur bistik....aku pn tk pernh buat..die sllau buat
tgk die kacau telur ngan daging kisar...lps tu br buat kuahnya....pastu baru gaul ngan telur tu
nikmat makan nya...nk details resepi kena google la


menu 14 ramadhan smlm....ayam masak merah, telur bistik,
 ikan singgang tu MIL masak...air ribena 

shopping raya @Kenanga Wholesale City



sabtu aritu pi Kenanga Wholesale City
sebelum ni aku slalu parking kt atas...aritu aku parking basement
rupanya parking basement tu premium parking 
rm 4 utk 2 jam pertama ..kalo parking atas rm 3 utk 3 jam
tp pening tau parking atas....nasibaik aritu trus dpt parking
tp utk basement limited skit..aku kuar dlm 1 lebih aritu dh close sbb dh full


beli bj raya utk ankdara..vietnam cotton..ingat nk sedondon ngan ankdara
tp utk size aku tkde plak corak ni
so belikan utk tisya je la..sepasang rm 59 kalo beli 2 dpt rm 55 each
anak dara dh pakai size S kategori dewasa ...remaja sgt kn
utk kids part kain tu senteng..die tinggi..xlama dh nk sama tinggi ngan aku


lps tu die nk inner silang ni


sehelai rm 20 kalau beli 3 helai rm 50
shawl tu plak rm 8


kemain nk inner silang mcm neelofa...
sedap kainnya....aku try gk pki tp xsesuai ngan muka ku...lg nmpk kembang
nk bli inner neelofa yg ori idok la...mhl kn
janji yg ala2 ankdara tu dh suka okla

tisya tanya..mama tk shopping bj mama ke....
camne nk shopping..bila  dok belek je baju aku...die ckp dh penat la mama
tkpela...mama punya nanti2 la tgk...ada ke tkde bole je pakai bj yg dh ada dlm almari
janji baju raya anak dh setel

**korang kalo nk shopping kt sini...make sure dtg awl pg...
kalo dh tghari ke ptg...jwbnya jammed ler nk masuk parking
aku aritu smp dlm 11 lebih...blk dlm 1 lebih

Wednesday, May 30, 2018

Semur Ayam & Semur Itik..pernah dengar tak???


hah smlm mak saudara hubby dtg bw menu ni utk berbuka puasa
namanya Semur Ayam & Semur Itik


1st time tau aku dgr nama menu ni...ni la rupanya...berempah gtu
tp bila google cth semur ayam tu sama dgn ayam masak kicap
menu masakan jawa


menu simple je smlm..aku masak sardin, sayur + cendawan & ikan cencaru sumbat
MIL buat sambal ikan bilis...yg menu semur tu tk try plak ms berbuka puasa


air fav aku...susu kurma ...lama xminum

wordless wednesday #384



lastyear pernah join tp tk menang
alhamdulillah thn ni ada rezeki menang berbuka puasa 
di Restoran Suka Sucre Bistro kepunyaan Dato Fazley Yaakob


ni plak menang topup rm 10 ...teka color  tema baju raya

*kemenangan ke-7 & 8 utk 2018


aritu cuti kn...pi update buku bank rakyat..dpt dividen..alhamdulillah


refund dr lhdn dh dpt..alhamdulillah



rezeki penutup bln Mei....ada  3 BE baru muncul 
now ada  3 BE yg tgh running..apa2 pn tq Nuffnang


pg td masuk opis setelah cuti lama...kt atas meja ada serunding daging...alhamdulillah

Tuesday, May 29, 2018

2 ekor siakap stim


10 ramadhan aritu..hubbyku masak sikapa stim


hah skali 2 ekor trus stim...hubbyku ckp kalah menu siakap stim limau kt restoran sara thai
amboi kemain die nk sama restaurant kn..tp mmg sedap pn hubby masak hehe
smp solat terawih sendawa pn bau siakap stim haha


menu lain ada sambal kupang, sayur air + fishball, ikan goreng & kari terung


sekejap je 2 ekor siakap tu utk 5 dewasa 1 kanak2 :)

Monday, May 28, 2018

Majlis Iftar Amal 2018 Bersama Anak Yatim @ Grand BlueWave Hotel Shah Alam


Ramadan 2018 , bulan penuh keberkatan, kesucian dan semua umat Islam berpuasa selama sebulan iaitu salah satu daripada Lima Rukun Islam. Puasa dalam Islam adalah bulan kesopanan, kesabaran, disiplin dan yang paling penting, mencari pengampunan dari Allah SWT dan mengingati orang-orang yang kurang beruntung daripada diri kita sendiri.

Bagi kebanyakan kita, apabila kita berpuasa, minda kita cenderung dengan makanan yang lazat tibanya waktu berbuka. Bagaimanapun, bulan ini juga mengingatkan kita tentang berjuta-juta orang di luar sana di dunia yang tidak mempunyai keluarga lagi.





Untuk itu Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) telah mengambil peluang untuk meraikan anak-anak yatim dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia dan Teratak Nur Barakah. Mereka telah dijemput untuk menikmati Buffet Ramadhan kami untuk acara amal pada 2 Ramadan 1439H / 2018M .


Acara Iftar yang penuh kebahagiaan dimulakan dengan upacara penyampaian hadiah diikuti dengan sesi foto dengan anak-anak yatim dan media.







Anak-anak yatim teruja dan bersemangat untuk menikmati buffet ramadhan yang disediakan oleh pihak hotel. Selepas doa Maghrib, mereka menikmati berbuka puasa dengan hidangan yang lazat yang terdiri daripada Kambing Panggang, Pizza Margarita, Braised Beef Wellington, Assorted Dim Sum dan banyak lagi diikuti dengan pelbagai pencuci mulut yang tidak berkesudahan.



“Alhamdulillah, we are very happy to always have this gathering because it makes us feel very proud when we see these children and the needy smile and happy. We shall continue giving the best service to our customers and we encourage everyone to come and experience our services. The background of the Iftar with the orphans is as backed by our hospitality and unique service we offer our customers. We encourage all to use this period for constructive things and also unite for a better tomorrow" kata Pengurus Hotel GBWHSA, Tuan Haji Mohd Ghazali Sayed Ibrahim.

Program Amal ini juga turut mendapat penajaan dari Bayu Spa. Hari yang penuh dengan kegembiraan apabila melihat wajah anak-anak yatim penuh dengan senyuman. Semoga tradisi ini akan kekal selama-lamanya.


Antara hidangan buffet yg disediakan di GBWHSA
Untuk  berbuka puasa disini  boleh juga baca di entry
http://mamatisya.blogspot.my/2018/04/buffet-ramadhan-2018-juadah-istimewa.html

dating di bulan puasa @ Bangi Golf Resort


jumaat lps...dating berdua...berbuka puasa di Bangi Golf Resort


kami smp dlm 6.40pm...dr keramat ke bangi amik masa 1 jam 30 minit..fuh 
bertabah la kn jammed+ujan di bln ramadhan...meja kami dkt ngan stage


smlm lastday utk redeem voucher ...mmg pilih weekdays sbb kalo weekend mmg tau ramai sgt


kambing bakar ada 2 station aritu...yg aku q ni tk pjg pn..maybe org tk prasan
tp yg station lg 1 pjgggg org beratur..tp tk brp garing plak


ni menu wajib kalo berbuka kt sini
sous vide eggs with mushroom espuma.....fav aku


1st time berbuka puasa tk minum air sejuk..
aku minum teh tarik, hubbyku minum te o panas


antara menu kami makan ....nasi kerabu, mee goreng, satay, lasagna, sup kambing dan byk lg


tgh layan dessert time ni..anakdara video call tanya bila mama & ayah nk blk
jeles la tu mama and ayah dating hehe


antara dessert yg kami mkn, kuih muih...suka kuih lapis rainbow tu, abc, 
buah-buahan..fav buah mata kucing


dlm pukul 10 pm kami smp umah....ankdara non stop dok msg kn
die ayah tkde tk bole..mak tkde tkpe..mengada sgt kn

kwn2 yg nk berbuka puasa di sini bole tgk link di bawah

Friday, May 25, 2018

DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif


DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki kini melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu DASHING SPORT.

Rangkaian DASHING Sport pasti memenuhi kehendakan lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan aktifnya.

Lelaki DASHING mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang.




Berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan.

Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.  

Memahami keperluan lelaki aktif untuk  berbau harum sepanjang masa, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.



Semburan Deodoran DASHING SPORT bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.


DASHING SPORT Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml.

Rangkain produk DASHING Sport  boleh didapati dalam 2 variasi; Hitman dan Golden Boot.


DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikab wangian  daya tarikan  yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.



Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.

Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml

Tragedi #8Ramadhan


Tragedi #8ramadhan smlm.. 
sepatutnya nk berbuka puasa kt luar ngan hubbyku .. 
Sudahnya stuck truk..hujan lebat .... Tgk waze pn xgerak222.. Patah blk rumah... 
 Anakdara tanya.. Eh Mama and Ayah tk jadi dating 


kalau teruskan juga destinasi berbuka smlm, 
rasanya dkt kul 8pm br smp...nasibaik la patah blk kn
menu 8 Ramadhan MIL masak sambal telur, ikan masak asam & daging kicap + kacang


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...