Followers MamaTisya

Monday, May 29, 2017

Jom buat Mangga Susu sedap !!!


adik lelaki aku bawa buah mangga yg manis ni
apa lg ..potong2 moh ler wat mangga susu utk berbuka puasa


kalini lg sedap dr 1st time buat dlu sbb kalini ltk susu cair
bahan senang sgt : 2 biji buah mangga, 2 sudu besar susu pekat , 4 sudu susu cair,ais.
sukatan tu pandai2 la adjust ikut byk mana guna buah mangga
blendkan..siap utk dihidangkan..selamat mencuba uollssss

#1Ramadhan berbuka puasa di Kampung :)

 

ramai yg blk kampung berbuka bersama family kn 1 ramadhan...kami pn blk gombak
smua adik beradik dpt blk ...meriah..mujur kampung dkt kn
tp sian adik aku yg kt Riyadh...16 jam die berpuasa..siang lama..
bertabah la die tgk2 menu kami


menu nya : ayam percik kuah putih, ikan cencaru sumbat cili , taucu style klate,
sayur campur, ulam, budu+mangga, buah mangga


si cilik tk sbr nk berbuka puasa dh ni....2 org yg kecik tu je xpuasa


menu wajib ni bila tibanya ramadhan :) yg nk try bole tgk resepinya


kalini mama ku ltk byk paru..sukaaaaa..selain paru ada daging & hati
yg nk try bole tgk resepinya



cucu2 TokPa yg bikin riuh sebelum pi terawih
ni ada yg tkde...insya allah nextyear bertambah sorg lg cousin tisya


blk terawih, smua lapar blk...apa lg...serbu puding jagung tu...kejap je licin
lama dh anakdara request soh buat puding jagung...bln puasa br sempat aku buat hehe

Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Pihak Jakel Shah Alam dan Ahli Parlimen Tanah Merah Bagi Penyerahan Sumbangan 60,000 Pasang Baju Raya



YB Dato' Hj Ikmal Hisham Abd Aziz, Ahli Parlimen Tanah Merah, Kelantan dengan kerjasama Jakel Shah Alam Trading Sdn. Bhd telah mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Penyerahan 60,000 pasang baju raya kepada pengundi di Parlimen Tanah Merah, Kelantan.


Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini bagi kira-kira 60, 000 pengundi di Parlimen Tanah Merah sudah tentu lebih ceria apabila bakal menerima baju raya percuma. YB Dato' Hj Ikmal Hisham Abd Aziz, Ahli Parlimen Tanah Merah dengan berbesar hati ingin memberikan sumbangan ikhlas kepada para pengundi beliau di Parlimen Tanah Merah, Kelantan pada bulan puasa nanti. Jadi beliau mengharapkan sedikit sebanyak sumbangan ini dapat menggembirakan penduduk di Tanah Merah selain dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan.


Para penduduk akan menerima baju raya yang berkualiti tinggi iaitu baju melayu untuk lelaki manakala baju kurung untuk perempuan. Lebih istimewa, mereka dapat membuat pilihan masing-masing dari segi warna, corak serta saiz yang diinginkan. Sumbangan ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kumpulan penerima dan kesemuanya akan menerima barangan masing-masing sebelum hari raya.

Sumbangan baju raya ini khasnya kepada mereka yang telah mendaftar sebagai pengundi di Tanah Merah sehingga Mac 2017. Penebusan baju raya adalah bermula dari 10 Ramadhan sehingga 15 Syawal 2017 dan secara automatik melayakkan pengundi untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah yang lumayan.



Sumbangan baju raya ini berupa baju melayu (lelaki melayu)


baju kurung (perempuan melayu)


 baju kemeja (lelaki bukan muslim) dan kain (perempuan bukan muslim).

Dalam pada itu, Jakel tahun ini menyediakan pelbagai design dan jenis fabrik berkualiti tinggi untuk Aidilfitri. Jakel juga baru sahaja memperkenalkan duta mereka tahun ini iaitu Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Lara Alana, Harith Iskandar, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar serta 2 icon kempen iaitu Janna Nick dan Rozita Che Wan.

INGAT RAYA..INGAT JAKEL...JOM SHOPPING DI JAKEL !


Saturday, May 27, 2017

Salam Ramadhan & Siapa Nak menang Voucher Buffet Ramadhan?


Salam Ramadhan utk semua followers & silent readers MamaTisya
siapa nak menang Voucher Buffet Ramadhan sila tgk maklumat details di 


smoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya...aaminn

Friday, May 26, 2017

Buffet Ramadhan "Under The Stars" @ ASAP Steamboat & Grill




Weekend aritu dpt jemputan Buffet Ramadhan di Asap Steamboat & Grill yang terletak di tengah bandar Puchong dan USJ Subang Jaya. Lokasinya di Kampung Tengah, Puchong berdekatan dengan One City, USJ Subang Jaya.


Gabungan konsep “Steel and Nature Under The Stars” yang dibawakan oleh Nurul Izzah Catering dan Asap Steamboat & Grill untuk suasana berbuka puasa pada Ramadhan kali ini sememangnya amat mengujakan terutamanya bagi warga kota yang inginkan pengalaman berbuka puasa dalam suasana kampung

Konsep "Steel" diilhamkan daripada struktur kontena yang diperbuat daripada besi. Manakala "Nature" merujuk kepada lokasi yang diadakan dalam kawasan kampung. Sementara "Under The Stars" pengujung dpt menikmati pelbagai pilihan juadah berbuka puasa di bawah langit terbuka selain ruang lain yang berbumbung.

Boleh menempatkan seramai 400 pengunjung yang datang berbuka puasa disini. Para pengunjung bole memilih tempat samada di bawah khemah atau pun di kafe kontena. Turut dilengkapi surau dan tanda awam.


Lebih menarik di sini menyediakan hidangan Lok-lok Steamboat dan Yong Tau Fu





Lebih 150 juadah akan disediakan untuk memenuhi selera pengunjung. Terdapat 10 pilihan stall yang menyediakan Kambing Bakar, Nasi Arab, Spagheti, Laksa  Johor, Bihun Sup, Ikan Bakar, masakan Western, masakan Chinese dan bermacam2 lagi..




sedap betul ratah kerang sambal kicap ni


sambal tempe, sambal paru, sambal terung, pecah, rojak, ulam-ulaman



pelbagai pilihan minuman sejuk dan panas


pencuci mulut sperti kuih muih tradisional, buah-buahan, agar-agar, roti jala, puding roti



suasana di waktu malam


berkesempatan bergambar dengan Mat Dan yg terror ckp Ganu :)



Buffet Ramadan akan mula dibuka pada pukul 6 petang hingga 10 malam bermula 29 Mei 2017. Untuk sebarang tempahan boleh hubungi : 013-485 8944 .

Harga bagi dewasa RM55.00nett dan Kanak-kanak dari 6-12 tahun RM26.00nett

Bole layari website Facebook : AsapSteamboatAndGrill dan Instagram : Asapsteamboatgrill

Alamat : ASAP STEAMBOAT & GRILL
94 Jalan Tempinis, Kampung Tengah A, 47100 Puchong, Selangor.

Thursday, May 25, 2017

lunch @ Kafe UAK, Glenmarie Shah Alam




lastweek, bos dept ajak mkn2 sebelum puasa....mula2 rabu pastu tiba2 tukar selasa plak
pegi dkt2 area opis je...so kali ke2 la aku singgah Kafe UAK .....depa ni br 1st time
lunch pn bz cite hal kj juga..redho haha....


jus mangga rm 5.90 , jus tembikai rm 5.90, 
honey lemon rm 6.90, lemon ais rm5.90 & teh tarik rm 3.50


selfie skit sementara tgu makanan smp



yee mee seafood rm 11.90



nasi goreng kampong UAk rm 12.90


mee udang rm 12.90



nasi lemak ayam rendang rm 9.90



dulu ber6, skarang ber5 coz sorg dh tukar dept lain, 
akan dtg xpasti tinggal brp..gtula nasib bila ada restructure kn
moga ada good news bln ni...doa2kan la bonus ye :)

Biskut Tart Nenas Gulung sedap !!!


hah dh order ke biskut raya...ke buat sendiri???
bln puasa ni mama ku amik tempahan Biskut Tart Nenas Gulung
so aku tlg promo je la...sebekas rm32 (50pcs)


blk gombak aritu, ada yg extra aku ngap dulu hehe
esok lastday dh utk order ..dh nk tutup tempahan
hanya utk self pickup di Taman Sri Gombak


ni yg org order nk amik sebelum puasa :)

Wednesday, May 24, 2017

Ikan Sardin Ayam Brand memang disukai ramai...mudah dimasak!!


ada ke yg tk suka menu ikan sardin....tk lama lg dh nk puasa kn..slalu kalo time sahur ..menu sardin ni pembuka selera juga...tp kalo ari biasa bila cuaca hujan, dpt menu sardin ni..mmg bertambah222 nasi kn...mudah je disediakan..tumis bawang besar yg dihiris...kemudian masukkn sardin...nk bg berkuah masukkn air secukupnya, sos cili+ kicap secukup rasa, masukkan kentang yg telah digoreng ..akhir skali taburkan cilipadi..siap utk dihidangkan


repeat order TAUHU ANORA utk kali ke-4 !!!


mula2 dlu test bli 2 pcs ... riso kot tk kena ngan tekak kn
bila dh sedap repeat order lg
kali ke-2 aku order 4 pcs, pastu 6 pcs ...yg terkini smlm sebelum puasa 4pcs
ni koleksi gmbr2  Tauhu Anora geng2 opis order 








kwn2 yg nk try order.....bole tgk IG Tauhu Anora
minimum order 20pcs..

Tuesday, May 23, 2017

Gema Ramadhan @The Venue Shah Alam

salam uolsss....pernah dengar tk The Venue Shah Alam??
ok kalo tk pernah meh nk citer skit kt uolsss
baru2 ni aku dpt jemputan buffet ramadhan kt sini
tmpt ni terletak kt seksyen 15, Shah Alam.....mempunyai 3 tingkat...
kalo nk ke sini just Waze : The Venue Shah Alam
baru lagi dibuka pd bln Januari 2017
tempatnya luas & bole mengadakan sebarang majlis 
seperti perkahwinan, pertunangan, harijadi, berbuka puasa dan mcm2 lagi





dewan berhawa dingin, hiasan dalaman yang cantik serta berkonsepkan Grandballroom Hotel


bertemakan Gema Ramadhan , para pengunjung  akan disajikan
 dengan pelbagai makanan tradisi kampung
 yang memang memenuhi citarasa pelbagai bangsa .


nasi arab & kambing...sedap betul menu ni


sambal udang, ikan keli berlado, ayam pandan, kerabu mangga


gulai siput sedut, masak lemak daging salai, gulai ikan patin, rendang ayam dan banyak lagi



mee kari & laksa penang juga turut disediakan


pencuci mulut terdiri daripada kuihmuih tradisional, bubur, puding caramel & pulut mangga



pengacara majlis bersama owner The Venue Shah Alam serta celebrity telah selesai mencuba 
menu utama di sini iaitu Masak Lemak Daging Salai 


berkesempatan selfie dgn Maria Tunku Sabri


mlm tu juga, ada pertunjukan fesyen dr Butik EL HUSNA dan ada cabutan bertuah juga


terima kasih The Venue Shah Alam untuk jemputan ini


Tempahan bermula pada 27 Mei 2017,
Harga untuk dewasa : RM63 nett dan Kanak-kanak: RM43 nett
Untuk tempahan sila hubungi 019- 8585825
Boleh layari Facebook : The Venue Shah Alam  atau Instagram : @thevenueshahalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...