Followers MamaTisya

Tuesday, January 23, 2018

Golden Prosperity Chinese New Year Set Menu 2018 @Tung Yuen Chinese Restaurant, Grand BlueWave Hotel Shah Alam



Tak lama lagi Tahun Baru Cina akan di sambut oleh masyarakat Cina, Grand BlueWave Hotel Shah Alam menyediakan promosi istimewa sempena menyambut ketibaan Tahun Baru Cina 2018 yang merupakan tahun Anjing dengan memperkenalkan Halal Lo Hei Poon Choy yang merupakan hidangan tradisional Cina, pihak hotel menawarkan  dua pakej iaitu:-

  • Set A berharga RM 1,288.00 nett 
  • Set B berharga RM 988.00 nett


 Halal Lo Hei Poon Choy boleh juga korang take away..
 RM680.00 nett (Termasuk Pot Stainless Steel)


Halal Auspicious Yee Sang adalah menu yang selalu ada semasa Tahun Baru Cina. Terdapat 4 pilihan mewah terdiri daripada Yee Sang with Sliced Abalone and Salmon Fish, Yee Sang with Salmon Fish, Yee Sang with Tuna Fish dan Vegetable Yee Sang.  Harga bermula dari serendah RM43.00 + sehingga RM360.00 +. Sesuai dinikmati untuk sekurang-kurangnya 2 orang bagi setiap pesanan.



Yee Sang ni memang menu wajib setiap kali perayaan CNY....kira mcm pembuka selera



Terdapat juga Golden Prosperity CNY Set Menu untuk dinikmati bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Bermula dengan harga RM 988.00 nett (Menu 1), RM 1388.00 nett (Menu 2) dan RM 1888.00 nett (Menu 3). Menu set disediakan untuk 10 orang bagi satu meja dengan tempahan awal.


Semua hidangan ini disediakan secara eksklusif oleh Chef Patrick bermula dari 5 Jan 2018 hingga 4 Mac 2018. Semua masakan ini akan dihidangkan setiap hari untuk makan tengah hari pada pukul 11.30 pagi hingga 2.30 petang dan makan malam pada jam 6.30 petang hingga 10.30 malam di Tung Yuen Chinese Restaurant, Tingkat 1, Grand BlueWave Hotel Shah Alam.




Restaurant Tung Yuen terletak di tingkat 1 , Grand BlueWave Hotel Shah Alam.Restoran ini telah mendapat pengesahan rasmi sijil HALAL daripada JAKIM pada 1 November 2009 . 

Tetamu digalakkan untuk membuat tempahan awal melalui Tung Yuen Chinese Restaurant di 03-5511 8811 ext. 2616 / 2724. Semua harga adalah tertakluk kepada 6% GST.

resepi Sotong Goreng Telur Masin


sebelum ni pernah buat ketam goreng telur masin
so arini nk share resepi sotong goreng telur masin plak



Bahan-bahan:

sotong
tepung jagung
daun kari
telur masin (direbus)
cili padi
kiub ayam
butter
gula




sotong di goreng dulu...


ketepi kan seketika


aku guna 2 biji telur masin...actually resepi yg aku google just guna kuning telur je
tp aku campur skali yg putih tu


masukkan 1 sudu mentega ke dlm pan...masukkan telur masin yg telah dihancurkan
kacau smp berbuih, masukkan daun kari, kiub ayam, cili padi dan gula secukup rasa


masukkan sotong yg telah digoreng td...kacau sehingga sebati 
siap utk dihidangkan...selamat mencuba

A post shared by Amy Aril (@mamatisya) on

Monday, January 22, 2018

i ♥ D.E.S.S.E.R.T




saper suka dessert??? korang yg follow blog aku ni sure tau aku mmg pencinta dessert
ni kt tmpt fav aku ...Coffee Bean...tp aritu tk mkn pn dessert...just ngopi2 je


packaging baru dh skarang...yg lama packaging yg ada gmbr ice blended tu
aku suka packaging lama...yg lain smua regular size..dila je small size



aku punya sunrise ice blended
julia punya vanilla ice blended
dila punya hazelnut ice blended
tinana punya chocolate moouse ice blended
tiz punya pure chocolate ice blended


my bff


lama geng tk lepak sama time lunch...masing2 bz je since penghujung thn 2017 kn
so 12 Jan aritu dpt ngopi2 sesama tmpt fav kami :)


tk posing tk sah...senada seirama...aku je lain tk brp tema hehe
sorang lg xcukup geng sbb masih dlm pantang


last but not least with my bff...suka gmbr ni..
terasa tinggi & slim walau hakikat idok la tgi & slim sgt haha

Set Hadiah ENCHANTEUR dengan wangian penuh keindahan



Bagi mereka yang tidak mahu dihadkan dengan hadiah biasa seperti jambangan bunga, coklat dan kad hadiah yang tidak akan bertahan lama, set wangian adalah pilihan hadiah lebih ideal. Set hadiah sebegini sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusan serba indah dan lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen. Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak. Lebih penting lagi, haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.



Penerima akan dapat menikmati pengalaman hadiah penuh wangian. Perasaan indah yang kembali mekar semula akan mengeratkan hubungan baik biarpun di antara si anak- si ibu, adik beradik, teman istemewa, malah hubungan antara pelajar dan guru. Sedikit sentuhan perincian akan mengekalkan detik-detik penuh keajaiban setiap hari.

Menyedari penghargaan yang diberikan terhadap wangian EDT, ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan - sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan  bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.

ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kami berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan.




SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)
Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar; manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah. Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri -  seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben. Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara.
SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)
Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang, dan ceria si gadis. Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons sahaja. 

SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE
Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV. Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. Gabungan set ini akan memberikan kenalan gadismu bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas hariannya terjaga rapi. Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh negara.


SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)
Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie – individu yang periang, dan mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara, serta laman membeli belah atas talian- LAZADA.
SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)
Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di seluruh negara dan laman membeli belah atas talian- LAZADA.  

Harga Set Hadiah ENCHANTEUR bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak seperti berikut:

  • ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS  berharga RM34.90
  • ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 
  • ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS berharga RM34.90 

Jangan lupa dapatkan Set Hadiah ENCHANTEUR dengan wangian penuh keindahan ini  untuk yang tersayang. 


tips goreng sotong celop tepung rangup


hah nk share la ngan uolssss tips ni....kot ada yg nk goreng sotong celop tepung kn
sebab sebelum ni aku goreng sotong celop tepung tp tkde bersalut mcm ni...
melainkan guna tepung magik tp tepung magik dlu bli kt kedai bakeri kwn aku,
 skarang dh tutup...lps tu aku ada guna tepung tempura ..
tk menjadi juga..kiranya tk bersalut tepung tu ngan sotong...pastu mcm liat


kalini menjadi mcm yg kt kedai...cantik je hasilnya....bangga kejap haha
dh la bersalut, rangup & sedap plak tu...hah kemain puji diri kn haha
aku tk brp suka sotong celop tepung ala2 mcm cekodok tu kalo mkn kt kedai sbb byk tepungnye hehe
kalo yg mcm gini sukaaaaaaaaaaa


ni hah aku guna kanji jagung cap giant...kanji jagung sama ek ngan tepung jagung??
sbb aku cari kt rak tkde plak tulis tepung jagung..yg jumpa kanji jagung hehe
so aku beranggapan sama la  sbb baca kt pek tu tulis ada rangup222 haha
1 pek tu rm 1.60 ke rm 1.80 gtu la


sebelum gaul ngan tepung jagung tu, korang kena make sure sotong tu kering, 
nanti kalo basah berair nanti bersalut ngan tepung , die melekat2 tk jd mcm dlm gmbr ni
tk perlu celop dgn telur...just gaul ngan tepung jagung je
tk ltk garam pn sbb slalunya sotong celop tepung cicah ngan sos thai
tp kalo nk ltk garam skit terpulang la

A post shared by Amy Aril (@mamatisya) on


lps tu panaskn minyak dlm kuali, makesure minyak panas btul2 tau br goreng sotong
tp hati2 juga sbb aritu sotong meletup..fuh terkena percikan minyak

korang ada tips tk tkmo bg sotong meletop???
kalo ada..jgn lupa share kt komen ye...so slamat menggoreng sotong celop tepung
bila mkn rasa mcm mkn kt kedai yg dkt pantai sambil di tiup angin gtu...kemain kn :)

Sunday, January 21, 2018

Bunga Telur Masin & masak Sotong Goreng Telur Masin sedap !!!!




dec aritu opismates kawin kt penang last 2 week dia masuk opis, die bg bunga telur masin ni


so smlm masak la menu sotong goreng telur masin ni utk pertama kali
menu lain masak tomyam ayam & ayam masak kicap


Saturday, January 20, 2018

20 Januari 2018 ~ alfatihah utk Ummu Saffiya Bidadari Syurga :(


sayu je bila tgk katil baby...smua kelengkapan dh ada :( 


adik aku yg kj kt Riyadh, Arab Saudi dh blk 16 Jan aritu....tk sempat die jumpa arwah
last die jumpa masa blk raya aidilfitri 2017 aritu 

Friday, January 19, 2018

Pakcik Remy Ishak in the house #teampakcik




actually pakcik kt konti hotfm pg td..bkn la in the house hehe


sambil bfast dgr pakcik kt hotfm


nasibaik tgk tweet pakcik smlm...so tagged la peminat2 pakcik soh standby pg td kt hot fm


scene sweet episod smlm


sweet kn...tp episod smlm bersambung dgn kemunculan ros
ros dh kembali..tk sempat AM nk umum Hanan Khaira sbg wifenya


diskaun 5 % setiap bulan pada tarikh 28 di Aeon Big

sape yg ada kad aeon big ...korang tau ke setiap 28hb ada 5 % diskaun
kalo tk tau..ni aku nk update la...aku pn jrg2 je tersinggah aeon big time 28hb
kdg2 lupa juga sbb bila tersinggah tgk rmi br tgk date...oh 28hb ptt la jammed aeon big hehe


hah jgn confuse tau...aeon (jusco) ngan aeon big ( dulu carrefour)
yg ni aeon big (caffefour)


ni masa 28 dec 2017 aritu ke aeon big wangsa maju...
tkde la byk pn bli brg tp mcm ni pn dh rm70++


ank dara teruja tgk besar & gemok benor buah nangka tu



hah kalo ke aeon big wangsa maju pasti aku tk lupa bli sushi lobster grill ni


sedap uolsss...tp tk smua aeon big ada jual sushi lobster grill ni tau


1 pack ni mmg aku sorang je mkn :)
bole tgk video kt bwh ni bg korang terliurrrr skit ...yummmmm


A post shared by Amy Aril (@mamatisya) on

Thursday, January 18, 2018

meehoon celup & mangga susu sedap




bila aku rasa tk sihat..mmg cari yg sup2 bole hirup ni
so mkn meehon celup ni...dlu2 kalo nk meehoon celup ni kt klate je la
tp nasibaik kt area keramat permai ada restoran jual mee celup sedap ni


mangga susu ni pn sedap tp tkleh lawan mangga susu kt kampung baru lagi sedap :)



korang pernh mkn meehoon celup & mangga susu???

late lunch @ Waroeng Penyet, Nu Sentral




lps manjakan diri kt SPA (nanti update entry khas)...kitorang pn lapar...
moh ler mkn kt Waroeng Penyet...ni pn slh 1 restoran fav juga...
dlu hanya ada outlet kt the curve je...skarang dh byk cawangannya


walaupun dh pukul 4 ptg ++ tp rmi juga masih kelaparan mcm kami...pjg juga Q tu


nk tgk menu2 klik gmbr utk lebih details


kami order sama...ayam penyet semestinya part peha & soda gembira
tp masa menu smp, ayam aku punya tkde plak tempe...so tgu die ganti yg baru


ok dh ada tempe tu...kicap wajib...cili tu tkleh mkn byk pedasssss


wefie dlu sebelum mkn



nasi putih rm 2, ayam penyet rm 10.50, soda gembira rm 4.50

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...