Followers MamaTisya

Tuesday, June 14, 2022

Pakej Istimewa Sempena Hari Bapa 2022 di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam





Terima Kasih Abah! Pengorbanan insan yang bergelar abah, ayah atau bapa sangat jarang ditonjolkan di hadapan anak-anak. Namun, setiap usaha yang dilakukannya pasti dapat dirasai oleh keluarga tersayang. Jadi, di hari istimewa ini, raikan insan ini dengan meluangkan masa bersama dengan pakej istimewa sempena hari bapa di Mardhiyyah Hotel & Suites. 



Kali ini, Mardhiyyah Hotel & Suites turut sama menyanjungi pengorbanan dan jasa baik insan bergelar bapa dengan menyediakan pakej sajian enak bufet hi-tea pada Hari Bapa yang bakal disambut 19 Jun 2022 (Ahad). Golongan bapa berpeluang mendapat pelbagai promosi istimewa. 



Antaranya, promosi satu (1) percuma bufet hi-tea untuk dewasa dengan pembelian lima (5) pakej bufet hi-tea dewasa. Turut terdapat dalam promosi, mereka berpeluang mendapat diskaun 15% 1 kg kek “Red Velvet” Hari Bapa.



Sempena hari bapa ini, pengunjung berpeluang menikmati hidangan kegemaran terutamanya sajian Melayu, Jepun, Barat dan Cina yang disediakan khas oleh barisan chef yang berpengalaman, yang diketuai oleh Eksekutif Chef, Chef Shahril. 





Antara sajian enak yang bakal dihidangkan termasuk “XO Fried Rice with Shrimp, Honey Blackpepper Lamb Shoulder, ‘Kwai Hua’ Fried Yee Mee, Daging Masak Merah Asparagus, Penang Kari Kepala Ikan, Roasted Chicken in Mornay Sauce, Sashimi dan Sushi, California Temaki Roll, Aneka Cucur, Roti John, Pelbagai Pilihan Pasta dan Pizza, Dim Sum dan Pau”. 





Tidak ketinggalan, hidangan pencuci mulut yang bakal dihidangkan “Kuih-Muih Melayu, Bubur Kacang Bersago, Coffee Meuille Feuille, Mango Cheese Cake, Chocolate Fountain, Ginger Panna Cotta, Classical Butter Cake dan Black Forest”. 



PROMOSI BUFET HI-TEA HARI BAPA 19 JUN 2022 DI RESTORAN ROYALE SONGKET

Harga : RM 115.00 bersih (dewasa)
RM 65.00 bersih (kanak-kanak 6 hingga 12 tahun)
Tarikh dan Masa : 19 Jun 2022, 12.00 tengahari – 4.00 petang
Tempat : Restoran Royale Songket, Aras G Mardhiyyah Hotel & Suites

*Pembelian bufet hi-tea dengan lima (5) harga dewasa akan mendapat percuma satu (1) harga
dewasa*


 PROMOSI ISTIMEWA 15% DISKAUN KEK HARI BAPA 

Harga : RM 90.10 bersih (harga asal RM 106.00 bersih)

*Tempahan hendaklah dibuat 3 hari awal*

Untuk maklumat dan tempahan , hubungi 03-5511 8811 atau whatsapp 019-2616847.
Media Sosial (Facebook, Instagram, Twitter & Youtube): @mardhiyyahhotel
Alamat : Lot 5.5 Persiaran Perbandaran Seksyen 14, Shah Alam 40000 Selangor Darul Ehsan .


 

12 comments:

  1. Good option juga yang ni kan boleh celebrate Father's Day together with our heroes.. banyak menu2 yang menarik siap ada dimsum lagi.. (Y)

    ReplyDelete
  2. Wow. Meriah betul juadah dia. Nie kita dah pre-endemic, dah boleh celebrate kat luar, mesti ramai yang nak pamper ayah diorang kan

    ReplyDelete
  3. Nampak meriah juga dessert dan makanan dia. Boleh la terjah kalau ke Shah Alam. Dim sum tu yang akan ambik dulu. Hehe

    ReplyDelete
  4. Wahh buffet cmni bestnya kalau celebrate skli kan hari bapa... Bkn selalu bawa org tua kita or suami kita mkn tmpt2 cmni

    ReplyDelete
  5. nampak byk jugak varieti menu tu...harga pun above RM100 tuuuu

    ReplyDelete
  6. Menarik juga menu dia ya, boleh lah plan makan-makan celebrate Hari Bapa

    ReplyDelete
  7. Sesuai sangat bawa parents datang sini, and the foods also special for father's day

    ReplyDelete
  8. Bestkan sekarang dah ada pakej dinner/hi-tea buffet gini, nak raikan senang, tak payah nak pening-pening fikir..

    ReplyDelete
  9. Menu yang best di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam. Memang tempat yang masuk dalam watchlist saya ni.

    ReplyDelete
  10. nanti boleh terjah sini.. suka dengan pilihan hidangan yang bervariasi dan sedap2...

    ReplyDelete
  11. Selamat Hari Bapa buat ayah tercinta moga terus sihat dan kuat... Nak bawa ayah datang sini dia tak daya nak jalan mampu tengok jer tapi ada hadiah istimewa tuk ayah hehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...