Followers MamaTisya

Friday, February 17, 2023

Buffet Ramadhan 2023 ~ Nostagia Ramadan di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam





As Salam...tak lama je lagi kita semua akan menyambut bulan ramadan. Mardhiyyah Hotel & Suites menjemput anda semua untuk berbuka puasa dengan dengan pelbagai hidangan tradisional masa silam. Menjelang Ramadan tahun ini, konsep Nostalgia Ramadan diserlahkan dengan menu pilihan tradisi melayu yang mengimbau kembali kenangan berbuka puasa bersama keluarga dan sanak saudara.




Tetamu bakal dihidangkan dengan lebih 100 menu di sajian bufet Ramadan yang menyelerakan dan antara hidangan utama tempatan seperti Gulai Lemak Padang Urat Keting, Siakap Berlada Nenas, Rendang Kambing and Daging Hitam Manis. 



Selain daripada itu , Restoran Royale Songket membawakan pelbagai stesen seperti Salad & Kerabu Warisan, Salai & Panggang, stesen Satay, Kawah-Kawah, Belanga Panas, Selera Sakura, Nasi Kandar, Baazar Hot Selling, Bazaar Minuman and ruangan pemanis mulut.


Untuk menambah kepelbagai makanan warisan, stesen Kawah-Kawah pasti menjadi pilihan seterusnya! Variasi gulai seperti Gulai Kawah Daging Bersama Umbut Kelapa, Gulai Kawah Lemak Cili Padi Itik Bersama Rebung, Gulai Kawah Asam Pedas Ikan Bersama Terung. Pengunjung juga boleh menikmati menu Bazaar kegemaran semua seperti Roti John, Briyani Ayam, Pratha, Murtabak Ayam, Satay Ayam dan Satay Daging.









Akhir sekali, kami mempersembahkan variasi pemanis mulut seperti Ais Kacang, Bubur Pulut Hitam, Sago Gula Melaka, Red Velvet, Marble Cheese Cake, Pandan Tiramisu, Green Tea Cake, Kuih Seri Muka, Kuih Koley Kacang, Kuih Talam Pandan, Bread & Butter Pudding, Chocolate Fountain with Fruits Stewer yang pasti akan melengkapkan pengalaman bufet iftar.

Bagi mereka yang berniat untuk merancang iftar secara private group, Mardhiyyah Hotel & Suites juga menyediakan Private Function bermula pada 23 Mac 2023 hingga 20 April 2023 dengan harga RM 128.00 seorang.  



Bagi mengisi keberkatan malam Ramadan, tetamu boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di Surau Al-Latifah di Aras 4. Tetamu yang menginap di hotel turut berpeluang bersahur serta menunaikan solat subuh secara berjemaah.


Rebut peluang mendapatkan harga istimewa (early bird) dengan harga RM 125.00 untuk dewasa di Bufet Ramadan Restoran Royale Songket. Bufet Nostalgia Ramadan ini bermula pada 24 Mac 2023 hingga 20 April 2023 di Restoran Royale Songket dengan harga serendah RM 100.00 untuk kanak-kanak (6-12 tahun), RM 120.00 untuk warga emas (60 tahun dan ke atas) manakala untuk dewasa adalah RM 155.00. Sementara itu, harga bufet Ramadan untuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum berharga RM 222.00 bagi seorang dewasa dan seorang kanak-kanak di Restoran Royale Songket.

Selain Royale Songket, Restoran Cina Tung Yuen juga merupakan lokasi lain di sini untuk pengunjung berbuka puasa. Lokasi berbuka puasa ini dibuka pada 31 Mac 2023 hingga 20 April 2023 berharga RM 125.00 untuk dewasa, RM 105.00 untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan RM 85.00 kanak-kanak.

Borak Borak Cafe & Lounge turut menjadi lokasi berbuka puasa dengan mengetengahkan set Timur Tengah. Lokasi berbuka puasa ini dibuka pada 31 Mac 2023 hingga 20 April 2023 berharga RM 90.00 untuk dewasa dan RM 65.00 untuk kanak-kanak.



Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi 019-273 6801, 019-263 9801, 019-275 7801, 019-261 6847 atau e-mel sales@mardhiyyahhotel.com.

Promosi Tempahan awal (Early Bird) (11 Januari 2023 – 19 Mac 2023)
RM 125.00 dewasa sahaja
*Hanya di Restoran Royale Songket

Restoran Royale Songket
2 Ramadan – 29 Ramadan 1444H (24 Mac 2023 – 20 April 2023)
RM 155.00 Dewasa
RM 120.00 Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM 100.00 Kanak-Kanak (6-12 tahun)

Sabtu, Ahad & Cuti Am
RM 222.00 (1 Dewasa & 1 Kanak-Kanak)
*Hanya di Restoran Royale Songket

Restoran Cina Tung Yuen
9 Ramadan – 29 Ramadan 1444H (31 Mac 2023 – 20 April 2023)
RM 125.00 Dewasa
RM 105.00 Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM 85.00 Kanak-Kanak (6-12 tahun)

Borak Borak Café & Lounge
9 Ramadan – 29 Ramadan 1444H (31 Mac 2023 – 20 April 2023)
RM 90.00/set Dewasa
RM 65.00/set Kanak-Kanak (6-12 tahun)

Promosi Private Function (24 Mac 2023 – 20 April 2023)
RM 128.00 seorang

Ramadan Staycation
(23 Mac 2023 – 21 April 2023)
Bilik Deluxe dengan Sahur RM 270.00 (satu malam)
Diskaun 10% Bufet Ramadan di Royale Songket untuk dewasa sahaja (24 Mac 2023 – 20 April 2023)

Pakej Full-Day Meeting
(24 Mac 2023 – 20 April 2023)
Bilik Mesyuarat, Kemudahan Standard & Bufet Berbuka Puasa
RM 190.00 (minima 20 orang)

Pakej Half-Day Meeting
(24 Mac 2023 – 20 April 2023)
Bilik Mesyuarat, Kemudahan Standard & Bufet Berbuka Puasa
RM 175.00 (minima 20 orang)

Media Sosial (Facebook, Instagram, Twitter & Youtube): @mardhiyyahhotel
Alamat : Lot 5.5 Persiaran Perbandaran Seksyen 14, Shah Alam 40000 Selangor Darul Ehsan .


7 comments:

  1. Banyak sungguh pilihan makanan dan ada pilihan beberapa restoran pula.
    Bagus suraunya luas dan cantik.

    ReplyDelete
  2. Banyak makanan dan cafe yang berbeza ditawarkan.

    ReplyDelete
  3. wahh..sedap2 menu yg dihidangkan...ada pilihan chinese & middle eastern foods jg....ada solat terawih, bagus hotel ni..

    ReplyDelete
  4. uish, meriah makanan buffet ramadhan di hotel ni. bestnya, lepas berbuka boleh berterawih berjemaah di hotel.

    ReplyDelete
  5. Aduhai..banyak pilihan makanan dan meriah...scroll laju2...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...