Followers MamaTisya

Wednesday, April 7, 2021

Buffet Ramadhan 2021 ~ Buffet Antarabangsa di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam



As Salam...tak lama je lagi kita semua akan menyambut bulan ramadhan...pasti ramai yang rindu buffet ramadhan di hotel kan.. almaklumla semenjak negara di landa wabak covid-19 , kita semua disarankan duduk di rumah, keluar hanya mengikut keperluan sahaja tp insya allah tahun ni kita boleh menikmati hidangan buffet berbuka puasa mengikut SOP yang ditetapkan.

Mardhiyyah Hotel & Suites (MHS), mengalu-galukan kedatangan bulan Suci Ramadan dengan hidangan bufet yang amat menarik bersama hidangan sajian tempatan dan antarabangsa serta terdapat gerai-gerai. Tahun ini, Bufet Ramadan di Dewan Perdana, Mardhiyyah Hotel & Suites menampilkan tema, "Bufet Antarabangsa”.


jangan lupa pelitup muka dan sarung tangan disediakan juga semasa mengambil makanan

Bufet iftar ini menawarkan aneka pilihan masakan utama berasaskan pilihan tempatan. Antara masakan tempatan yang boleh di nikmati ialah Nasi Putih, Nasi Briyani Kukus, Ayam Masak Merah, Ikan Goreng Sambal Lado, Daging Masak Briyani, Sotong Telur Asin Goreng, Tauhu Kukus dengan Sos Tiram Bawang Putih, Pizza Ayam Bakar Teriyaki dan banyak lagi dan pelbagai lagi masakan untuk di cuba!




Tambahan lagi, terdapat masakan Pilihan Antarabangsa yang terdiri daripada Pelbagai Garden Salad, Tuna Salad, Grilled Chicken Salad, Tabbouleh Salad, Coleslaw, Pasta Salad Italian & Fresh Dressing.


Tetamu juga boleh menikmati pilihan tempatan seperti Ulam-ulam dengan 5 jenis Sambal Belacan, Cincaluk, Budu, Kicap Cili Padi, Air Assam dan Raita, Jeruk Buah- Buahan, Pelbagai Keropok, Lemang & Nasi Impit dengan Kuah Kacang, Serunding Ayam, Kerabu Ayam, Kacang Botol, Jantung Pisang dan Kacang Panjang & Som Tham.

Selain itu, tetamu juga boleh melihat barisan gerai-gerai  yang menampilkan  konsep berbeza semasa iftar nanti.  Antara gerai yang boleh di kunjungi ialah "Mesti Cuba" Smoke Hickory Roasted Whole Lamb, Masakan Jepun, Masakan Cina, Noodle Galore,  Gerai Roti John, Gerai Aneka Goreng-Goreng, Gerai ABC, Gerai Penang, Gerai Minuman Panas & Gerai Minuman Sejuk.

Tarikan utama Bufet Ramadan kali ini ialah Gerai Smoke & Grill yang merupakan konsep utama Buffet Ramadan kali ini. Tetamu juga berpeluang mencuba masakan istimewa chef iaitu “Smoke Hickory Roasted Whole Lamb” bersama dengan Sayur Panggang,  Sos Lada Hitam, Sos Rosemary,  Sos Cendawan dan Sos Pudina.





Terdapat juga gerai  yang menawarkan masakan panas serta aneka makanan yang terdiri dari konsep , Antara menu yang boleh di nikmati ialah Mee Goreng Mamak, Japanese Sushi Maki & Tempura, pelbagai Dim sum, ABC, Waffle, Nyonya Curry Laksa, Bee Hoon Soup Utara dengan bumbu & Roti John yang diharapkan.

Antara lain yang dinantikan semasa berbuka puasa selepas seharian menahan lapar dan dahaga, tentulah pilihan minuman menjadi keutamaaan. Terdapat dua gerai minuman yang tersedia iaitu Minuman Panas dan Minuman Sejuk. Oleh itu, mesti cuba pelbagai jenis minuman seperti Teh Tarik Madu, Nescafe Tarik, Teh Ais Cincau, Teh O Ice Limau, Ice Bandung, Fruits Punch & Flavour Ice Water.


Selain dari hidangan buffet yang membangkitkan selera, tetamu juga berpeluang mencuba pemanis mulut yang lazat. Chef Pastri kami menyediakan pelbagai jenis pemanis mulut  antaranya Bubur cha-cha keledek, Red Velvet, Marble Cheese Cake, Pandan Tiramisu, Choco Moist Cake, pelbagai aneka kuih tradisi melayu, Pelbagai Jelly, Agar-Agar & Pudding,  Puding Roti, Sago Gula Melaka & Embun Madu Sejuk dengan Sagu Pearl.

Bufet Antarabangsa Ramadan di buka setiap hari bermula 13 April - 12 Mei 2021 bermula 7.00 malam sehingga 10.00 malam. Harga bagi Bufet Ramadan RM 99.00 bersih seorang untuk dewasa RM 79.00 bersih  bagi Warga Emas 60 tahun & RM 59.00 bersih bagi Kanak-kanak berumur 4-11 Tahun. Sementara itu, untuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, harganya ialah RM 125.00 bersih di tawarkan bagi seorang dewasa dan seorang kanak kanak.

 Harga potongan istimewa untuk tempahan awal dan bayaran sebelum 1 Ramadan (1 April 2021 hingga 12 April 2021, berharga RM 89.00 bersih untuk dewasa. Khas untuk tetamu, pembelian 10 Orang dengan Harga RM 990.00 bersih,  layak mendapat  1 baucer penginapan di Bilik Deluxe selama 2 hari 1 malam.    

MHS juga menyediakan  set khas Bawa Pulang & Penghantaran dengan 3 jenis pilihan menu yang menarik untuk  2 orang.  Terdiri dari  pilihan menu Ala kampung dengan harga RM 59.00 bersih, Briyani RM 69.00 bersih & Smoke & Grill RM 79.00 bersih.

Syarikat korporat  & organisasi yang ingin mengadakan Majlis  iftar di dewan, pakej yang ditawarkan dari 79.00 bersih & RM 99.00 bersih untuk minimum 100 orang dan pakej ini disertakan dengan Bufet dan juga 2  jenis pilihan gerai.

MHS juga menawarkan Promosi harga Bilik Istimewa berharga  RM 150.00 berserta Sahur untuk 2 orang & tawaran diskaun 10% Bufet Ramadan dengan harga RM 330.00 bersih berserta Sahur & Iftar untuk 2 Orang.

Terdapat juga Pakej Mesyuarat Ramadan Seminar Separuh Hari Pakej Istimewa  RM 90.00 bersih minimum 20 Orang,  Pakej termasuk Minuman Petang & Makanan Ringan, Makan Tengahari & Bufet Iftar untuk Peserta Muslim. Harga Mesyuarat Sepenuh hari RM 100.00 bersih bagi setiap orang dengan minimum 20 Orang pakej termasuk Minuman Petang & Makanan Ringan, Makan Tengahari & Bufet untuk peserta Muslim.

Bagi mengisi malam Ramadan dengan keberkatan, tetamu juga dapat menikmati alunan bacaan ayat suci Al-Quran dan tetamu boleh menunaikan solat maghrib dan solat terawih yang di ketuai oleh imam di Surau Al-Latifah di Mardhiyyah Hotel & Suite

Untuk maklumat dan tempahan lebih lanjut, hubungi Jabatan Penjualan & Pemasaran di 03-5511 8811 samb. 2801, 2804 atau 2806 atau e-mel terus ke sales@mardhiyyahhotel.com atau melalui WhatsApp 019-273 6801 atau 019-275 7801.




TENTANG MARDHIYYAH HOTEL & SUITES

Mardhiyyah Hotel and Suites, hotel antarabangsa patuh Syariah bertaraf 5 bintang, Nama jenama Mardhiyyah, perkataan Arab yang bermaksud Yang diredhai, di namakan  sendiri oleh pemilik Dato 'Seri Haji Mohamed Rafik bin Haji Mohd Idris, Pengarah Urusan Mardhiyyah Hotel Sdn Bhd.

Hotel ini terletak di tengah-tengah ibu kota Shah Alam, Selangor, Mardhiyyah Hotel and Suites hanya beberapa minit dari tempat-tempat pelancongan di bandar ini, pusat membeli-belah, taman-taman popular dan juga pejabat-pejabat  kerajaan.

Mardhiyyah Hotel and Suites hotel ini dahulunya dikenali sebagai Grand BlueWave Hotel Shah Alam dinobatkan sebagai pemenang bagi Pengiktirafan Penginapan Mesra Muslim (MFAR) Kategori Platinum oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia melalui Pusat Pelancongan Islam (ITC). Anugerah platinum MFAR diiktiraf sebagai hotel konsep 'mesra Muslim' dengan peralatan dan kemudahan yang mematuhi syariah. Sebagai ciri pelancongan yang mesra Muslim, ia mempunyai restoran halal dengan disahkan oleh JAKIM.


9 comments:

  1. Tak tahan tengok hidangan yang disediakan tu. Nampak semuanya sedap!.

    ReplyDelete
  2. Ada sijil halal jakim tu yang buat lebih yakin dan tak ragu ragu nak menyuap makanan

    ReplyDelete
  3. makan buffet nih kalo tak habis kena saman tak? huhuhu

    ReplyDelete
  4. Tahun ni boleh lah merasa buffet ramadhan di hotel. yang penting jaga SOP :)

    ReplyDelete
  5. very nice kan....kolin pun suka hotel ni punya buffet

    ReplyDelete
  6. Banyak menu nya. Selesa tempat dia.

    ReplyDelete
  7. meriahnyaaaa!! rambang mata tgk semua mcm nk mkn

    ReplyDelete
  8. Sexy betul Lamb tu...mak oiii banyak betul makanan....lambat baca..kalau tau dah beli dah voucher early birds tu...mmg nak berbuka kat hotel sebab dah lama x dapat jemputan kan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...