Followers MamaTisya

Monday, May 28, 2018

Majlis Iftar Amal 2018 Bersama Anak Yatim @ Grand BlueWave Hotel Shah Alam


Ramadan 2018 , bulan penuh keberkatan, kesucian dan semua umat Islam berpuasa selama sebulan iaitu salah satu daripada Lima Rukun Islam. Puasa dalam Islam adalah bulan kesopanan, kesabaran, disiplin dan yang paling penting, mencari pengampunan dari Allah SWT dan mengingati orang-orang yang kurang beruntung daripada diri kita sendiri.

Bagi kebanyakan kita, apabila kita berpuasa, minda kita cenderung dengan makanan yang lazat tibanya waktu berbuka. Bagaimanapun, bulan ini juga mengingatkan kita tentang berjuta-juta orang di luar sana di dunia yang tidak mempunyai keluarga lagi.





Untuk itu Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) telah mengambil peluang untuk meraikan anak-anak yatim dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia dan Teratak Nur Barakah. Mereka telah dijemput untuk menikmati Buffet Ramadhan kami untuk acara amal pada 2 Ramadan 1439H / 2018M .


Acara Iftar yang penuh kebahagiaan dimulakan dengan upacara penyampaian hadiah diikuti dengan sesi foto dengan anak-anak yatim dan media.







Anak-anak yatim teruja dan bersemangat untuk menikmati buffet ramadhan yang disediakan oleh pihak hotel. Selepas doa Maghrib, mereka menikmati berbuka puasa dengan hidangan yang lazat yang terdiri daripada Kambing Panggang, Pizza Margarita, Braised Beef Wellington, Assorted Dim Sum dan banyak lagi diikuti dengan pelbagai pencuci mulut yang tidak berkesudahan.



“Alhamdulillah, we are very happy to always have this gathering because it makes us feel very proud when we see these children and the needy smile and happy. We shall continue giving the best service to our customers and we encourage everyone to come and experience our services. The background of the Iftar with the orphans is as backed by our hospitality and unique service we offer our customers. We encourage all to use this period for constructive things and also unite for a better tomorrow" kata Pengurus Hotel GBWHSA, Tuan Haji Mohd Ghazali Sayed Ibrahim.

Program Amal ini juga turut mendapat penajaan dari Bayu Spa. Hari yang penuh dengan kegembiraan apabila melihat wajah anak-anak yatim penuh dengan senyuman. Semoga tradisi ini akan kekal selama-lamanya.


Antara hidangan buffet yg disediakan di GBWHSA
Untuk  berbuka puasa disini  boleh juga baca di entry
http://mamatisya.blogspot.my/2018/04/buffet-ramadhan-2018-juadah-istimewa.html

1 comment:

  1. Alhamdulillah rezeki dikongsi bersama tambahan pula di bulan Ramadan ini memang sangat digalakkan untuk memperbanyakkan bersedekah.

    Tengok menu pun menarik semuanya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...