Husband share poster ni dr group whatsappp taman
ada Program Jualan Rahmah Madani 2026
lokasinya di Keramat Permai bersebelahan dgn Surau Al-Ittifaq
kami smp dlm pukul 4.10 ptg
ada khemah disediakan ..org yg jaga tu akan lepaskan 10 org masuk
so tkde la sesak utk membeli
husband dh lebih 3x pegi Program Jualan Rahmah Madani 2026
kt kawasan sekitar Keramat...biasa dia pegi tarikh tu weekdays
so yg ni weekend ...1st time aku follow..makanya sempat la snap gmbr utk content blog :)
ayam, daging, telur, beras ni mmg ramai la beli
selain dr tu ada biskut, kicap, sos cili, frozen food, tepung dan mcm2 lg
mana keperluan brg yg bole dpt murah, kita beli
total pembelian aritu rm 64
korang kalau nk tahu psl Program Jualan Rahmah Madani 2026
kt negeri & kawasan berdekatan korang
bole klik website https://pjrm.kpdn.gov.my/
ni la hasil yg di beli
2 ekor ayam ( rm 10 each )
2 papan telur gred B ( rm 10 each )
2 pek paru ( rm 2 each )
daging frozen rm 10
popia carbonara rm 6
roti paratha rm 4
korang pernah pegi Program Jualan Rahmah Madani 2026 ???



.jpeg)



.jpeg)
berbaloi2 betul hasil beliannya tu..so far tak pernah lg singgah mana2 jualan rahmah madani ni
ReplyDeleteSo far ammi tak pernah lagi berpeluang pergi sebab time ada jualan Rahmah ni kami mesti tak ada kat area rumah.
ReplyDeletesuka makan fries jenama ehsan ni sebab sedap, tak habis defrost terus goreng pun tak rasa ais. mak suka jugak beli roti boom tu
ReplyDeleteBagusnya ada Jualan Rahmah Madani ni. Dapat shopping barang dapur murah-murah daripada harga biasa. Bagus jugalah mereka jaga dan hadkan jumlah tu, tak sesak dan senang nak tengok-tengok dan membeli.
ReplyDeleteBanyak juga barang jualan yang dijual kat sini. Macam berbaloi shopping dengan harga macam tu. So far tak pernah pergi lagi dan tak tahu lokasi kat sini. Kena check lah nanti link yang akak share tu. Terima kasih kak.
Suami ciknur selalu pegi bila ada jualan rahmah ni. Biasa beli beras, ayam, biskut dll
ReplyDeleteHarga lebih murah.
Alhamdulillah
Baru ni kat masjid Al
Ansar
Murahlah telur gred B sepapan.
ReplyDeleteArea rumah kerap juga adakan Jualan Rahmah Madani tapi akak tak pernah pergi lagi. Ada sahaja halangannya.
Memang ada je kat kawasan kita ni tapi yang singgah nun kat Perlis. Hehe. Memang ya harganya sangat berpatutan. Terima kasih la pihak kerajaan.
ReplyDeletePernah pergi, beli ayam. Masalahnya depa jual ayam belum potong, jenuh la kita nak mengerjakan ayam tu hihi... tapi banyak item yg berbaloi utk dibeli kan
ReplyDeletehah tukang potong ayam husband..kita tlg packing je :)
DeleteMacam2 ada jual tu berbaloi beli dapat harga rahmah.
ReplyDeleteAlhamdulillah... Banyak kebaikan program ni
ReplyDeleteSy selalu trlepas program madani ni...=(
ReplyDeletepernah dgr je
ReplyDeletepergi tak pernah lg😁
Bestnyua kak... tak pernah berkesempatan untuk membeli masa jualan rahmah ni...
ReplyDeleteMurah giler...berbaloi-baloi la...
ReplyDeletetq share link tu. nk try usha la kalau ada jual berdekatan dgn kawasan saya. tak pernah lagi pergi mana2 jualan rahmah
ReplyDeleteThanks for sharing. Mydin P15 ada juga nanti, baru check link. Wahh hasil belian Amy tak pernah tengok atau jumpa. Best ni jualan Rahmah
ReplyDeleteTak tahulah di Indonesia ada jualan seperti ini atau tak. Tapi saya rasa kalau ada, memang tak bisa semua orang beli, sebab di sini seringnya hanya orang2 tertentu yang boleh membeli barang2 rumah tangga yang disubsidi seperti ini. Jadi kalau nama tak masuk dalam senarai, memang tak boleh.
ReplyDeleteDah lama tak pergi ke Program Jualan Rahmah Madani ini.
ReplyDelete