Followers MamaTisya

Friday, November 27, 2026

Rezeki dapat makan sambal pauh klate




Smlm berbuka puasa MIL masak 2 menu...
siakap goreng & bendi goreng belacan...aku buat sambal pauh klate
biasa guna ikan masin tp smlm guna ikan bilis sbb ikan masin tkde




Papa whatsapp gmbr tgh mkn mangga ngan colek
 soh husband dtg amik buah mangga sbb Papa tau menantunya fav sgt la
lps Zohor smlm blk Gombak la kejap....


lama tk mkn sambal pauh 
dh la smlm terliur tgk PH update entry menu sambal pauh

tgk2 ada rezeki utk org puasa bila Papa soh blk amik mangga..alhamdulillah
husband kemain bertambah nasi bila ada sambal pauh & budu tu

yg nk try resepi sambal pauh klate ni....bole klik SINI



Thursday, November 26, 2026

Kelebihan Puasa Sunat Hari Putih




Puasa sunat hari putih pada 13, 14 & 15 setiap bulan Hijrah 
adalah amalan sunat yang ganjarannya seumpama berpuasa sepanjang tahun. 
Jika tidak mampu cukupkan tiga hari, puasa yang dilakukan tetap sah
 dan berpahala kerana setiap kebaikan tetap dinilai Allah SWT.



Kelebihan lain termasuk:

• Menghidupkan sunnah dan wasiat Nabi SAW
Mengamalkan sunnah yang digalakkan oleh Rasulullah SAW.

• dapat Pahala walaupun tidak cukup tiga hari: 
Jika tidak mampu melengkapkan tiga hari, puasa satu atau dua hari tetap mendapat pahala sunat.

• Membersihkan jiwa dan empati: 
Melatih diri menahan nafsu serta merasai kesusahan golongan fakir miskin.

• Kesihatan badan: 
Membantu merehatkan sistem pencernaan dan menyokong ketahanan tubuh.


Menu Berbuka Puasa Sunat Hari Putih


Isnin 23 Nov 2026 
 13 Jamadilakhir 1448H 

aku masak ikan bawal sweet sour & sayur lemak putih


Selasa 24 Nov 2026 
 14 Jamadilakhir 1448H 

aku masak tomyam ayam + sotong & goreng telur dadar


Rabu 25 Nov 2026 
 15 Jamadilakhir 1448H 

Chef husband masak kari daging...aku goreng sayur & telur dadar 


kebiasaan  aku Puasa Sunat Hari Isnin & Khamis
lps ni smoga lebih istiqamah utk Puasa Sunat Hari Putih plak


• Pengecualian: Tidak boleh berpuasa pada 13 Zulhijjah 
kerana ia termasuk dalam Hari Tasyrik yang diharamkan berpuasa


Niat Puasa Hari Putih 

نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ الْبَيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.”


Wednesday, November 25, 2026

wordless wednesday #729




selepas 6 hari ....baru bunga lily tu kembang sepenuhnya



jrg nk dpt fresh flowers yg murah bawah rm 30 



korang suka fresh flowers???



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...