Followers MamaTisya

Sunday, October 15, 2017

jumpa Dato Siti Nurhaliza semalam & tahniah untuk good news yang telah diumumkan

 

smlm singgah Directd Gadget Mega Store 
anak dara nmpk ni , die nk posing sebelah Dato Siti Nurhaliza :)  


tokti duta vivo....ni yg latest Vivo V7+


sebenarnya nk survey hp utk org lain, tp org lain plak yg beli :-p
nanti aku update details ye hp baru ni



kenangan bergambar bersama Tokti ...masa ni th 2010 terjumpa kt pavilion
apa2pn tahniah tokti utk good news yg telah diumumkan jumaat aritu...
ramai yg mendoakan utk kandungan die slamat smuanya....
anniversary kami sama yg ke 11 tahun...penantian 11 thn yg ditunggu2 oleh tokti

tokti nikah sama bln & sama tahun ngan aku...
date je xsama..aku 18/8/2006 Tokti 21/8/2006.... 
rmi tk sbr tgu kelahiran baby tokti mac 2018....smoga dipermudahkan smuanya
sebak juga tgk video live die update jumaat aritu

Friday, October 13, 2017

resepi Nutella Banana Sandwich

lama dh buat ni...lupa nk share resepi...ala mudah sgt la..bahan pn xbyk 
kalo nk buat utk bekal anak sekolah, ataupun minum ptg mmg sesuai sgt la

Bahan-bahan:

roti
pisang
nutella

cara-cara:-

1. Pisang dipotong bulat

2. Sapukan nutella kt atas roti

3. Susun pisang yg telah dipotong atas roti yg telah disapu nutella

4. Bakar dalam toaster...siap utk dihidangkan....potong la 3 segi tu...melting kn

**bahan2 tu byk mana ikut kesesuaian korang la ..buah tu nk tukar lain pn bole


kalau tkmo bakar pn boleh juga..lps dh susun tu kapit 2 roti bole ngap


tp kalo bakar lg ummmppppp
berebut2 smua nk ngap Nutella Banana Sandwich panas2 ni


aku guna toaster yg mcm ni tau...kalo toaster yg menegak tu abis la jatuh pisang
tkpn bole guna pemanggang ajaib atau nonstick pan......selamat mencuba

Thursday, October 12, 2017

Pelancaran Jenama Beg Kanak-kanak dari Nohoo @The Parenthood Sunway Pyramid

 

Nohoo adalah jenama beg kanak-kanak antarabangsa, khusus dalam beg kanak-kanak mesra alam, menggunakan Neoprena berkualiti tinggi, untuk mewujudkan beg yang selamat dan ringan khusus untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas.



Baru-baru ni berkesempatan untuk pergi ke event Pelancaran Jenama Beg Kanak-kanak dari Nohoo di The Parenthood Sunway Pyramid. Purple Box Sdn Bhd adalah pengedar beg rasmi untuk jenama Nohoo dan bertujuan untuk menjadi pengedar terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara. Syarikat ini juga mempunyai pengalaman selama 12 tahun sebagai pengimport dan pengedar.  Mereka juga merupakan pengilang dan pemborong beg dan luggage.
 


Dengan lebih daripada 40 reka bentuk , Nohoo berhasrat untuk menjadi pembekal beg No 1 kanak-kanak . Nohoo menawarkan pelbagai reka bentuk yang unik dan berwarna-warni berdasarkan tema dan watak yang berbeza yang menjadi kegemaran kanak-kanak






Antara kelebihan beg kanak-kanak dari Nohoo adalah ia ringan dan selamat digunakan oleh kanak-kanak dari umur 2 tahun dan ke atas, diperakui oleh organisasi keselamatan & kesihatan dunia. ergonomic iaitu material yang digunakan adalah mengikut kesesuai kanak-kanak, beg ini juga kalis air, tahan lama dan mempunyai jaminan seumur hidup.



Terdapat 3 tema yang berbeza ~ tema lautan, tema hutan & tema istana. Nampak tak rekabentuk yang pelbagai itu, comel kan...pasti anak-anak anda terpikat. Kalau sekarang tengah popular lagu "Baby Shark", hah ada di situ rekaan itu .


Aktiviti mewarna diadakan untuk kanak-kanak selepas pelancaran haritu
sementara itu, kami berpeluang untuk melihat koleksi beg Nohoo 
yang ada di The Parenthood Sunway Pyramid


tisya menggayakan reka bentuk MONSTER untuk size ini berharga rm 129
memang selesa digayakan dan ringan..harga bermula rm 99 - rm 149 mengikut size bag..


Selain di The Parenthood Sunway Pyramid, anda juga boleh dapati jenama Nohoo di beberapa tempat seperti Aeon Mid Valley, Aeon Shah Alam, Aeon Sunway Pyramid, Sogo KL, Sunway Lagoon Merchandise Store dan Aeon Bandar Dato' Onn Johor.

Jika anda tidak berkesempatan untuk pergi ke tempat-tempat yang dinyatakan, anda juga bole membeli dalam talian di website http://www.nohoo2u.com/ 

Tawaran istimewa khas untuk pembaca setia blog MamaTisya , jangan lupa masukkan promo code mamalovesnohoo apabila anda membuat pembelian dalam talian. Apa tunggu lagi, jom shopping beg kanak-kanak dari jenama Nohoo ini.

Facebook : www.facebook.com/nohoo2u
Website: http://www.nohoo2u.com/
Instagram : https://www.instagram.com/nohoo2u/


Lepas habis event, tisya tak sabar nak main di playland The Parenthood Sunway Pyramid.
Info berkenaan playland ni akan di share entry khas ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...