aku goreng mee suka letak daging or kerang
tp kerang kadang2 tkde stock..aku tak suka guna kerang yg dh siap kopek tu
kalau chef husband yg masak...die suka letak udang
Bahan-bahan:
Mee kuning
Bawang Putih
Cili boh
Daging
Fish ball/Fish cake
Telur
Taugeh
Sos cili
Kicap manis
**sukatan bahan2 tu pandai2 la adjust ikut kesesuaian byk mana mee korang nk goreng
**kalau tk suka daging bole je letak udang, sotong..ikut masing2 la
**sayur tu pn ada yg letak sawi, tomato..so ikut suka la
**nk extra pedas lebihkan cili boh tu
Cara-cara:-
1. Basuh mee dan toskan.
2. Panaskn minyak, tumis bawang putih dan cili boh smp garing skit..
3. Masukkan daging & fish ball/fish cake....kacau2.. biarkan seketika.
4. Masukkan sos cili & kicap manis secukup rasa...bole tambah sedikit air nk bg basah2 berkuah
5. Masukkan mee..kacau bagi segala sos serap dgn mee tu..
6. Masukkan taugeh...kacau2 kemudian pecahkan telur..kacau perlahan2
7. Siap untuk dihidangkan bersama cili kicap + limau kasturi.
mee goreng basah extra daging is done
bersama cili kicap + limau kasturi...yummmyyy