kelmarin singgah Kafe My31 Kueh ni....
kt sri gombak..meriah ada mcm2 jenis nasi & kuih
actually di bawa khas dr Kelantan & Terengganu
bole bc artikel kt bwh ni
Menu naik kapal terbang
Mohd Azam Shah Yaacob
mohdazam@hmetro.com.my
mohdazam@hmetro.com.my
Kelantan dan Terengganu sinonim dengan menu masakan yang unik dan mempunyai cita rasa tersendiri. Bukan saja sedap, malah masakan itu tiada di negeri lain seperti hidangan nasi air dingin, nasi tumpang (nasi tupe), nasi impit inti selain kuih seperti nekbat, jala mas dan bunga tanjung.
Jika ada di negeri lain sekalipun, rasanya pasti tidak sama seperti yang ada di negeri pantai timur berkenaan.
Bagi membolehkan penggemar masakan itu mendapat juadah asli dari dua negeri berkenaan, kafe My31 Kueh di Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor, ‘mengimport’ menu berkenaan dari Kelantan dan Terengganu setiap hari.
Juadah berkenaan dibawa menaiki kapal terbang membabitkan pelbagai hidangan terkenal di Kelantan seperti nasi tupe, nasi impit inti, nasi kerabu pasir pekan, nasi air dingin kak cik, nekbat, jala mas, bunga tanjung dan nasi dagang dari Terengganu.
Pemilik My31 Kueh, Azrin Abdullah berkata, konsep kafenya hanya sebagai stesen yang menghimpunkan hidangan terkenal di Kelantan serta Terengganu dan tidak membuatnya sendiri.
Katanya, konsep mewujudkan kafenya sebagai stesen menghimpunkan pelbagai hidangan popular Kelantan dan Terengganu itu dibuat berikutan wujud permintaan dalam kalangan penggemarnya sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
“Di kafe kami, setiap hidangan ini dibawa khas dari dua negeri berkenaan. Kami di sini tidak menyediakan menu sendiri melainkan air minuman sahaja kerana penggemar hanya mahukan masakan asli dari sana.
“Jadi, setiap hari kecuali Jumaat, kami bawa juadah berkenaan menaiki kapal terbang dalam jumlah tertentu,” katanya.
Menurut Azrin, setiap menu juga mempunyai lauk berbeza seperti nasi tupe yang disediakan dalam empat jenis hidangan iaitu nasi tupe udang, nasi tupe kerang, nasi tupe ikan dan nasi tupe ayam.
Selain hidangan dari Kelantan, My31 Kueh juga menghidangkan juadah yang dibuat pengusaha makanan terdiri daripada ibu tunggal dan orang susah sekitar Seri Gombak seperti nasi lemak dengan beberapa jenis pilihan lauk, nasi minyak, nasi kerabu, laksam serta beberapa jenis kuih seperti kuih talam, pulut pagi, pulut inti, sandwic dan karipap.
“Setiap hari, kami menghidang 2,400 bungkusan hidangan berkenaan yang dijual pada harga RM5 setiap satu, manakala kuih dengan harga 50 sen sebiji.
“Hidangan ini kami sediakan dalam dua sesi iaitu sebanyak 1,200 bagi sesi pagi antara jam 7 pagi hingga 9 pagi dan 1,200 lagi bagi sesi petang bermula jam 5 petang hingga 11 malam. Bagi Sabtu dan Ahad pula, jumlah itu kita tambah sekali ganda,” katanya.
Bagi mengekalkan kualiti makanan agar tidak basi, Azrin berkata setiap juadah berkenaan diambil dari Kelantan dan Terengganu menggunakan khidmat penerbangan sebanyak dua kali sehari iaitu menerusi penerbangan pagi untuk hidangan sarapan dan penerbangan tengah hari untuk hidangan petang serta malam.
ni yg aku pegi belah ptg blk kj aritu...tkde la rmi
belah pagi hubbyku pernah pegi katanya ramai
tu ada alamat & operation hours
more info visit IG my31kueh
mila ingatkan rumah kueh rita rudaini tu hehe..bila baca sampai abis baru tau. tapi hebat jugakla naik flight.berapa lah costnya? klau jual semua kuih tu boleh tampung kos flight.
ReplyDeleteke? eh itu yg dipikirnya haha....