Kuala
Lumpur, 16 Januari 2017 - Y.B. Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan telah melancarkan platform e-dagang terbesat, GT Dollar Malaysia di
Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur hari ini pada
Persidangan FinTech Ekosistem Malaysia dan Pelancaran GT Dollar.
Majlis
itu disaksikan oleh tetamu kehormat pegawai-pegawai kerajaan beserta 3,000
tokoh-tokoh pemimpin industry tekonologi maklumat dan e-dagang yang menyokong
pembangunan dinamik FinTech ekosistem, yang memacu inovasi SMART seperti GT Dollar,
menjadikan Malaysia satu kuasa yang berpengaruh dalam sektor FinTech.
Kerjasama
di antara kerajaan Malaysia dan GT Dollar dapat membantu untuk meringankan
kehidupan rakyat melalui pelancaran aplikasi mudah alih GT Dollar yang
merupakan "platform mudah alih sehenti e-dagang" yang bertujuan
membina sebuah masyarakat yang padu di antara pengguna dan peniaga dari
pelbagai industri berinteraksi di dalam pasarannya.
Bagi melengkapkan usahasama ini, GT Robot sebuah inovatif teknologi tinggi di bentuk di bawah GT Group, merupakan pakar kemajuan dalam penyelesaian robot humanoid. Bagi mengiktiraf kemajuan ini, kerajaan Malaysia sedang merancang untuk memperuntukkan pelaburan satu kawasan kilang pembuatan dan pemasangan sendiri GT Robot di sepanjang sempadan Negeri Sembilan-Melaka yang bernilai lebih kurang RM300 juta. Pelaburan ini dianggarkan menjana pertumbuhan pendapatan bagi syarikat sebanyak lebih kurang USD20 Billon (yang bersamaan dengan 10 juta unit Mobile Robot) dan mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan dalam tempoh 5 tahun yang akan datang. Kilang GT Robot ini akan menjadi kilang mesra alam pertama di Asia dalam pembuatan dengan peralatan teknologi tinggi selepas China.
Acara
pecah tanah hari ini menandakan pelancaran yang akan tersemat dalam sejarah
tanah air. GT Dollar melancarkan applikasi utama mereka yang telah di kemas
kini, sebuah perisian mudah alih sosial e-dagang yang pertama di dunia. Konsep
baru ini yang ditemui oleh Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif GT iaitu
Dr. Paul Zhang Baolu pada tahun 2014, seorang yang mempunyai lebih daripada 30
tahun pengalaman dalam industri pengurusan berteknologi tinggi, pembangunan
ekonomi dan pelancongan di seluruh dunia. Syarikat GT Group ini bernilai lebih
daripada USD4.7 bilion. Persidangan ini bertujuan untuk memacu pembangunan
penggunaan internet serantau, di mana pengguna dan perniagaan berhubung dengan
lancar tanpa halangan. Ini memberi manfaat sangat besar kepada pengguna apabila
harga menjadi lebih murah sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi, hasil
cukai negara dan pertumbuhan pekerjaan.
Kemas
kini utama perisian, terdapat ciri-ciri utama yang baru dipertingkatkan untuk
membantu pengalaman pengguna secara keseluruhan. Melalui penggunaan teknologi
SMART yang terdiri daripada teknologi reality tambahan (Augmented Reality) bagi
melaksanakan "ciri mendapatkan madu (seek
the honey feature)", "ciri-ciri menangkap lebah bagi mendapatkan
GT Tunai (catch a bee to earn GT Cash
features)" yang boleh digunakan untuk pembelian dalam pasaran
interaktif. Serta menjadi peralatan Bee Commerce yang membantu pengguna
menguruskan kewangan mereka dengan berkesan dengan menikmati simpanan jangka
panjang yang eksklusif, menjadikan Malaysia sebagai trendsetter dalam dunia e-dagang.
Aplikasi
ini bertujuan menjadikan teknologi sebagai penyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi negara. Sebuah platform komprehensif untuk pengguna dan peniaga yang menggalakkan
transaksi tanpa tunai (cash free) di
seluruh dunia. Dengan tiada yuran pendaftaran, langganan atau pengiklanan, peniaga
hanya perlu membeli GT Dollar (Mata Wang Maya) dan mengedarkannya kepada
pengguna mereka pada bila-bila masa, di mana sahaja. Ini akan bertukar bentuk menjadi
e-promosi atau e-pengiklanan dengan caj minimum. Gerbang pembayaran atas talian
akan digunakan untuk menerima bayaran dalam talian - E-wallet / Visa (Kredit,
Debit, Prepaid) / MasterCard (Kredit, Debit, Prepaid) / CUP Kad (Kredit, Debit,
Prepaid) / Akaun Debit langsung untuk melaksanakan caj transaksi.
Fokus
utama GT Dollar adalah mewujudkan satu dunia kemudahan berpusat di sekitar
akaun kredit maya bagi membolehkan pengguna membuat pembayaran melalui sistem
e-wallet, yang membolehkan carian luas untuk produk atau perkhidmatan melalui
pasaran.
GT Dollar
membolehkan Perusahaan Kecil Sederhana (SMEs) untuk berfungsi di alam maya. Ia
menghubungkan mereka dengan pengguna baru dan sedia ada dan mengekalkan penguna
dengan program kesetiaan (loyalty program)
melalui pengagihan kredit maya (GTD). Komunikasi antara peniaga dan pengguna
dipermudahkan melalui lokasi GPS dan platform tempahan mesra pengguna.
Aplikasi
ini berfungsi sebagai komposit gaya hidup seharian seseorang, juga panduan bagi
melengkapkan dan memudahkan gaya hidup pengguna yang semakin sibuk dengan
menyediakan akses ke pangkalan data besar yang mempunyai lebih dari 80,000
peniaga di seluruh dunia, yang sebelum ini tidak berada di internet, tetapi
menawarkan pelbagai produk. Selain menikmati perkhidmatan membeli-belah atas
talian, peniaga dan pengguna juga boleh menikmati perkhidmatan lain seperti
pemindahan dana, pembayaran bil utiliti, tambah nilai kad prabayar, Rangkaian Perbualan
Sosial (sehingga 20 orang dalam setiap kumpulan) dan lain-lain lagi.
Mengikut statistik,
terdapat lebih daripada 18 juta pengguna digital yang aktif di Malaysia dan
sehingga tahun 2015, sebanyak 77.3% daripada isi rumah di Malaysia mempunyai
akses kepada perkhidmatan jalur lebar.
Aplikasi
ini adalah aktif sepanjang hari, bagi membolehkan pengguna untuk membeli-belah mengikut
kelapangan masa mereka dan hanya melalui kemudahan telefon pintar. "Kami nampak
peluang untuk mengambil kesempatan daripada ledakan digital dan membangunkan
penyelesaian inovatif yang memberi manfaat kepada peniaga dan pengguna," kata
Encik Patrick Chew, Ketua Pegawai
Eksekutif GT Dollar Malaysia.
YB Datuk
Seri Panglima Madius Tangau, Menteri di MOSTI menyebut, "pada tahun 2015,
terdapat 3.4 bilion pengguna internet di seluruh dunia dengan jangkaan ia akan
meningkat kepada 9 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang. Malah, kerajaan
mengiktiraf kepentingan teknologi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi.
Kami gembira melihat sebuah syarikat tempatan memulakan usaha inovatif yang
sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melonjak dalam pembangunan teknologi. Kami
memuji GT Dollar kerana menjadi ejen pengubah dalam sektor e-dagang. Dan saya
yakin pengguna yang akan mendapat manfaat besar dari hasil penggunaan platform
ini dan ciri-cirinya".
GT Dollar
berhasrat membentuk perjalanan mudah alih di masa akan datang dan memacu
pertumbuhan pelancongan dengan bekerjasama dengan Persatuan Pelancongan yang
berpotensi bagi meningkatkan landskap pelancongan di Malaysia. Paul Zhang merupakan
Pengerusi China Tian Ma Travel Group, penyedia ketiga terbesar perkhidmatan
pelancongan dan rekreasi di China berharap dapat menarik pelancong China ke
Malaysia dengan GT Dollar, yang berfungsi sebagai panduan bandar yang utama
kepada pelancong.
GT Robot telah merancang untuk memulakan sebuah kilang pembuatan dan pemasangannya di Malaysia yang terletak di sepanjang sempadan Negeri Sembilan-Melaka yang pelaburannya bernilai lebih kurang RM300 juta. Kilang ini dianggarkan akan menjana pendapatan bagi syarikat sebanyak lebih kurang USD20 Bilion (yang bersamaan dengan 10 juta unit Robot Mobile) dan mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan dalam tempoh 5 tahun yang akan datang. Kilang GT Robot ini akan menjadi kilang mesra alam pertama di Asia dalam pembuatan dengan peralatan teknologi tinggi selepas China.
GT Dollar
Malaysia berharap dapat mengembangkan perniagaan e-dagang keseluruh dunia dan
menjadi gerbang masuk ke Asia. Pada majlis ini, GT Robot, pakar kemajuan dalam
penyelesaian robot humanoid merupakan sayap inovatif teknologi tinggi GT Group
akan melancarkan dua robot yang dikenali sebagai GT Wonder Boy, sahabat robot
sosial SMART dan GT Gobot, perkhidmatan robot pelbagai fungsi yang disasarkan
untuk meningkatkan kualiti hidup keseluruhan rakyat, merentasi ke era
kepintaran baru.
Aplikasi GT Dollar
Di bawah GT Group terdapat juga produk GT Mobile dan GT Smart Watch
GT Mobile – Telefon pintar yang bakal berada di pasaran Malaysia nanti
Untuk maklumat lanjut mengenai GT Dollar, anda boleh layari www.gtdollar.com
robot tuh!! best best..
ReplyDeletemenarik .. kena baca lebih lagi nk bebtul paham pasal GT dollar ni
ReplyDeletebestnya yb emy..yb parlimen kami..
ReplyDelete