Suasana khemah besar itu juga dilengkapi dekorasi dengan elemen tradisional seperti lampu minyak antik, kain sarung, pelbagai buah-buahan dan bunga-bungaan tempatan termasuklah motif batik Mega Mendung.
Lebih daripada 70 jenis hidangan tersedia, Antara menu popular adalah Kari Kepala Ikan, Ayam Masak Ros, Daging Gulai Kawah, Nasi Briyani, Pindang Ikan dan Sotong Masak Hitam.
Tidak ketinggalan juga juadah sampingan yang menjadi pilihan orang ramai seperti Murtabak, Kambing Golek, Pasembur, Cucur Udang, Laksa Utara, Kuey Teow goreng dan Mee Rebus yang di masak segar daripada stesen secara langsung.
Untuk hidangan pencuci mulut pula seperti Sagu Gula Melaka, Bubur Pulut Hitam, Bubur Cha Cha, Agar-Agar Pandan, kuih muih tradisional termasuklah kek dan buah-buahan segar pasti melengkapkan hidangan anda.
ni baru 1st round..penuh meja :)
Sesi Iftar di INTEKMA ini berlangsung dari 28 Mei 2017 sehingga 24 Jun 2017
Harga buffet adalah RM 55 nett untuk dewasa dan RM 27nett untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun. Manakala mereka juga boleh mendapatkan harga istimewa menerusi kupon pembelian terawal bernilai RM 45nett setiap satu. Terdapat juga pakej keluarga RM 149 nett ( 2 dewasa 2 kanak-kanak).
Untuk maklumat lanjut dan tempahan kalian boleh menghubungi :-
03-5522 5009 / 5001 / 5104 / 5106 / 5222 / 5066
Website : www.intekmaresort.com.my
Instagram : @intekmaresort
Twitter : @intekmarcc
Facebook : INTEKMA Resort & Convention Centre
wahh banyaknye dessert tuuu
ReplyDeletehappening dan meriah dgn makanan...terbaik!
ReplyDeletetemapt dia nampak santai je
ReplyDeleteWahh meriah macam macam makanan ada :)
ReplyDelete