Followers MamaTisya

Monday, April 29, 2019

Buffet Ramadhan 2019 ~ Sajian Melayu Asli @Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur


kurang seminggu je lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan...
ok harini nk share buffet Ramadhan di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur


thn ini tetamu yang berbuka puasa di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur boleh menikmati  hidangan tempatan yang dinamakan 'Sajian Melayu Asli' di TrEat Restaurant & Bar bermula dari 10 Mei  2019 hingga 2 Jun 2019.


Ruang makan bole memuatkan 200 pengunjung
anda bole menjamu selera samada di sebelah dlm restoran
ataupun di luar restoran berdekatan dengan swimming pool


Keistimewaan masakan Melayu ialah mereka disediakan dari resipi keluarga yang telah diturunkan dari generasi ke generasi. Hidangan ini kuat, pedas dan aromatik, menggabungkan rasa kaya dengan herba dan rempah-rempah disediakan oleh Chef Syaiful Alwi




Antara hidangan Melayu asli boleh didapati seperti Gulai Kawah, Durian Cendol, Kari Kepala Ikan, Sup Gear Box, Ketam Goreng Bercili, Dalcha Kambing, Sotong Kembang Kicap Pedas, jenis Kerabu, minuman seperti Mata Kucing, Jagung Ketagih dan banyak lebih lagi. 



Terdapat sembilan gerai dengan stesen langsung untuk mi, sate, lemang, pelbagai jenis goreng, ikan bakar, Roti John dan juga durian cendol untuk dipilih.


gerai kambing bakar



tak lupa pencuci mulut, aneka jenis kuih muih tradisional, minuman panas & sejuk, abc, aiskrim, buah-buahan dan macam-macam lagi



Promosi ini bermula pada 10 Mei 2019 - 2 Jun 2019 dari 6.30 malam sehingga 10.30 malam.

Harga buffet Sajian Melayu Asli 

RM75 nett (dewasa)
RM38 nett (kanak-kanak 4-12 tahun).


Untuk harga EARLY BIRD  sebelum 3 Mei 

RM68 nett (dewasa)
RM34 nett (kanak-kanak 4-12 tahun).

Untuk tetamu yang menginap di hotel boleh menikmati diskaun 20% dan membeli secara kumpulan besar boleh menikmati diskaun iaitu Beli 8, Percuma 1


Sila hubungi 03-27203827 atau e-mel fnb.event@oakwood.com untuk tempahan. 

Boleh layari website di Facebook :  OakwoodKualaLumpur atau Instagram : OakwoodKualaLumpur

4 comments:

  1. Eh..eh...murah jugak kat sini erk...hidangan dan menu semua nampak best

    ReplyDelete
  2. okay...rasa nak balik Malaysia buka puasa kat sana yer.. adoi la. dap nya...

    ReplyDelete
  3. Wah.. seronoknya menu sajian melayu..

    ReplyDelete
  4. Ya Allah laparnya tgk menu2 sedap

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...