Followers MamaTisya

Friday, April 28, 2017

Istimewa Citarasa Penang @Grand BlueWave Hotel Shah Alam




Bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti,  Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) akan menawarkan bufet mewah lebih 100 hidangan yang berbeza setiap hari yang menawarkan masakan Istimewa Citarasa Pulau Pinang. Juadah ini disediakan dengan sempurna oleh chef profesional antaranya Nasi Kandar, Kari Kepala Ikan, Kambing Panggang, Daging Masak Hitam, Ayam Golek Serai Wangi, Ikan Bakar, Rendang Mamu, Mee Udang Hokkien, Murtabak, Roti John, Roti Keju, Roti Pisang, Rojak Pasembur dan banyak lagi.





Bulan paling indah setiap tahun pastinya bulan Ramadhan Al-Mubarak! Ini kerana banyak majlis 'Berbuka Puasa' atau 'Iftar' , sekaligus bukan sahaja berpeluang dapat berkumpul dengan ahli keluarga dan rakan-rakan bahkan keukhwahan diserikan lagi dengan menjamu pelbagai hidangan enak semasa berbuka.








Terdapat juga hidangan enak seperti Lemang, Nasi Impit, Ketupat Nasi, Ketupat Daun Palas, Pulau Pinang Char Kuey Teow, Ayam Tandoori dengan Naan Roti, Tosai, Rojak Pasembur, Popiah Basah, Sotong Kangkung, Bubur Lambuk, Dim Sum dan Fried Wanton dan banyak lagi hidangan lazat menunggu untuk anda nikmati.








Selain dari itu  'mesti cuba' hidangan Nasi Tomato , Daging Rendang Tok Mamu, Kari Ketam, Nasi Dhal, Ketam Masak Lemak, Ayam Masak Merah Berkacang Peas, Rendang Ayam Utara, Sambal Udang Petai dan Pajeri Nenas Berkerisik dan Nasi Ayam Hainan .







Pelbagai pencuci mulut juga disediakan . Antaranya Pop Corn, Ice Cream, ABC Ice Kacang, Chendol Pulut, Kek, Kuih muih Tradisional, Pelbagai Bubur, Roti Pisang , Puding dan banyak lagi. Tambahan pula, terdapat pelbagai minuman sejuk dan panas untuk menghilangkan dahaga.



Promosi buffet Ramadhan GBWHSA bermula dari 27 Mei hingga 24 Jun 2017 bertempat di Restoran Royale Songket, yang terletak di tingkat bawah. Harga bermula dari RM115.00 + untuk dewasa dan RM65.00 + untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan kanak-kanak (4-11 tahun). 

Terdapat juga promosi harga istimewa untuk hujung minggu dan cuti umum iaitu dari RM115.00 + untuk 1 dewasa dengan 1 kanak-kanak.


Bagi syarikat yang ingin membuat tempahan berbuka puasa, GBWHSA menawarkan menu jamuan berharga  RM 75.00+ (seorang), minimum untuk 100 orang.

Untuk 10 hari pertama Ramadhan, ada promosi istimewa dengan harga RM90.00 + untuk dewasa dan RM50.00 + untuk kanak-kanak (4-11 tahun).

Selain dari itu, pengunjung juga akan dapat menikmati bacaan Al-Quran dan solat Maghrib di surau yang turut disediakan. Seperti biasa, GBWHSA akan menjalankan Projeck Amal Bubur Lambuk Barakah dan acara khas untuk anak-anak yatim di bulan suci ini.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi 03-5511 8811 ext. 2801/2804/2806, 
e-mel kepada dosm@bluewavehotels.com atau layari laman web kami di www.bluewavehotels.com

Thursday, April 27, 2017

Buffet Ramadhan 2017 serendah RM 58 @ Bangi Golf Resort


   


baru2 ni  aku dpt jemputan ke Annual Ramadhan Buffet  Exclusive Media Review
bertempat di Bangi Golf Resort
ni kali pertama aku di jemput untuk menikmati juadah buffet ramadhan
jom tgk juadah yg dihidangkan untuk anda nikmati nanti bln ramadhan yg bakal tiba


Restoran BGR menampilkan sehingga 200 jenis juadah istimewa 
bercirikan masakan popular Ala Melayu, Barat dan Timur


jom kita merasa juadaha yg dihidangkan



salah 1 menu unik di Restoran BGR adalah Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma
tkde jmpa kt tmpt lain lg hanya di sini aje ada menu ni


kambing bakar dan sup kambing mamak turut disediakan


sedap2 belaka...yummmm


pelbagai hidangan pencuci mulut , kuih tradisional,
puding, agar-agar, buah-buahan dan byk lagi


para pengunjung tgh beratur utk menikmati pelbagai buah di gerai buah-buahan


ada gerai buah juga tau utk dinikmati, promosi Durian Runtuh ni
 di mana pengunjung bole membeli durian yg dibawa khas dr ladang di Raub, Pahang.


terdapat juga Musang King Gelato, popcorn & spanish churros pn ada 


para pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan muzik
 secara "live" dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap hari


terima kasih Bangi Golf Resort utk jemputan ini
untuk tempahan anda bole hubungi 1-700-71-7558
website: www.bgrrest.com

harga untuk dewasa rm 58nett dan kanak-kanak rm 28 nett
bermula 29 Mei - 23 Jun 2017

lebih 800 ruang parking dan ruang solat disediakan  
utk pengunjung yg dtg menikmati buffet ramadhan di sini


Wednesday, April 26, 2017

wordless wednesday #346


gambar di pagi 26 april 2017.. meningkat lagi usia arini
alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik 
utk menikmati kehidupan bersama family tercinta
TQ utk ucapan dan doa2 anda smua


💍 #birthdaygirl testing je tu 💍 #260417
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...