Followers MamaTisya

Friday, April 28, 2017

Istimewa Citarasa Penang @Grand BlueWave Hotel Shah Alam




Bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti,  Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) akan menawarkan bufet mewah lebih 100 hidangan yang berbeza setiap hari yang menawarkan masakan Istimewa Citarasa Pulau Pinang. Juadah ini disediakan dengan sempurna oleh chef profesional antaranya Nasi Kandar, Kari Kepala Ikan, Kambing Panggang, Daging Masak Hitam, Ayam Golek Serai Wangi, Ikan Bakar, Rendang Mamu, Mee Udang Hokkien, Murtabak, Roti John, Roti Keju, Roti Pisang, Rojak Pasembur dan banyak lagi.





Bulan paling indah setiap tahun pastinya bulan Ramadhan Al-Mubarak! Ini kerana banyak majlis 'Berbuka Puasa' atau 'Iftar' , sekaligus bukan sahaja berpeluang dapat berkumpul dengan ahli keluarga dan rakan-rakan bahkan keukhwahan diserikan lagi dengan menjamu pelbagai hidangan enak semasa berbuka.








Terdapat juga hidangan enak seperti Lemang, Nasi Impit, Ketupat Nasi, Ketupat Daun Palas, Pulau Pinang Char Kuey Teow, Ayam Tandoori dengan Naan Roti, Tosai, Rojak Pasembur, Popiah Basah, Sotong Kangkung, Bubur Lambuk, Dim Sum dan Fried Wanton dan banyak lagi hidangan lazat menunggu untuk anda nikmati.








Selain dari itu  'mesti cuba' hidangan Nasi Tomato , Daging Rendang Tok Mamu, Kari Ketam, Nasi Dhal, Ketam Masak Lemak, Ayam Masak Merah Berkacang Peas, Rendang Ayam Utara, Sambal Udang Petai dan Pajeri Nenas Berkerisik dan Nasi Ayam Hainan .







Pelbagai pencuci mulut juga disediakan . Antaranya Pop Corn, Ice Cream, ABC Ice Kacang, Chendol Pulut, Kek, Kuih muih Tradisional, Pelbagai Bubur, Roti Pisang , Puding dan banyak lagi. Tambahan pula, terdapat pelbagai minuman sejuk dan panas untuk menghilangkan dahaga.



Promosi buffet Ramadhan GBWHSA bermula dari 27 Mei hingga 24 Jun 2017 bertempat di Restoran Royale Songket, yang terletak di tingkat bawah. Harga bermula dari RM115.00 + untuk dewasa dan RM65.00 + untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan kanak-kanak (4-11 tahun). 

Terdapat juga promosi harga istimewa untuk hujung minggu dan cuti umum iaitu dari RM115.00 + untuk 1 dewasa dengan 1 kanak-kanak.


Bagi syarikat yang ingin membuat tempahan berbuka puasa, GBWHSA menawarkan menu jamuan berharga  RM 75.00+ (seorang), minimum untuk 100 orang.

Untuk 10 hari pertama Ramadhan, ada promosi istimewa dengan harga RM90.00 + untuk dewasa dan RM50.00 + untuk kanak-kanak (4-11 tahun).

Selain dari itu, pengunjung juga akan dapat menikmati bacaan Al-Quran dan solat Maghrib di surau yang turut disediakan. Seperti biasa, GBWHSA akan menjalankan Projeck Amal Bubur Lambuk Barakah dan acara khas untuk anak-anak yatim di bulan suci ini.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi 03-5511 8811 ext. 2801/2804/2806, 
e-mel kepada dosm@bluewavehotels.com atau layari laman web kami di www.bluewavehotels.com

2 comments:

  1. meriahnya dgn makanan.. kambing bakar itu adoiii..

    ReplyDelete
  2. wah belom lagi masuk Ramadhan dah macam2 promosi bufet Ramadhan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...